Advertisement

Advertisement

Sunday, July 28, 2019

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER


Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal mastermind’, dia adalah ‘ THE JOKER’. Jika anda mengikuti perkembangan dan jalan kisah ‘ JOKER’ ,Karakter fiksyen antagonis ini dilihat mempunyai pelbagai versi cerita dan penampilannya turut tidak terkecuali. Tetapi jalan kisah ‘JOKER’ yang biasanya kita ketahui adalah melibatkan dirinya jatuh ke dalam tangki yang berisi sisa buangan bahan kimia yang mengakibatkan keseluruhan kulit tubuhya menjadi putih pucat, menyebabkan rambutnya bertukar menjadi hijau dan bibirnya menjadi merah. ‘John Doe’ , ‘Jackanapes’ , ‘The Clown Prince of Crime’ , ‘Puddin’ antara nama-nama samaran karakter antagonis ini. Namun sehingga kini, identiti sebenar ‘JOKER’ masih dirahsiakan oleh pencipta asal nya, membuatkan peminat-peminat setia ‘DC comic’ terus tertanya-tanya siapakah identiti ‘JOKER’ yang sebenarnya?


AMONG THE BEST ANTAGONIST CHARACTER



Tidak dinafikan, ‘THE JOKER’ adalah salah satu karakter ‘Supervillain’ yang tersenarai atau mungkin sebagai karakter fiksyen terbaik yang pernah tercipta. Dia tidak memiliki ‘superhuman abilities’ tetapi mempunyai kepakaran dalam mengendalikan bahan-bahan kimia, tetapi menyeleweng kepakaran yang dimiliki dengan menghasilkan racun berbahaya atau ramuan berbahaya dan juga pakar dalam membuat senjata tematik.
Lihat sahaja pelakon-pelakon yang pernah memainkan watak dalam filem sebagai ‘JOKER’. Gabungan pembawaan karakter dan pelakon itu sendiri, jelas sekali menghidupkan watak antagonis itu. ‘Heath Ledger’ ‘Joaquin Phoenix’ ‘Cesar Romeo’ ‘Cameron Monaghan’ ‘Jack Nicholson’ dan ‘Jared Leto’. Siapa tidak kenal dengan pelakon-pelakon hebat ini? Mereka inilah antara pelakon-pelakon yang sanggup mengambil risiko dan tugasan untuk memainkan watak antagonis ini.


HAUNTED CHARACTER

Setiap ‘JOKER’ mempunyai kekuatan, kehebatan dan impak masing-masing. Ramai yang berpendapat, pembawaan sesuatu watak itu bukan mudah, lebih-lebih lagi watak antagonis seperti ‘JOKER’ . Rata-rata pelakon yang pernah memainkan watak sebagai ‘JOKER’ mengakui, watak antagonis ini pernah menghantui dan mempengaruhi hidup mereka. Penghayatan watak antagonis ini turut dikatakan mempengaruhi mental dan emosi mereka. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Apakah benar karakter antagonis ini ‘berhantu’?

‘Jack Nicholson’
Versi pembawaan watak ‘JOKER’ pada zaman beliau sememangnya antara yang cukup diingati. Walaupun tiada kenyataan yang jelas daripada Nicholson, yang memberitahu bahawa dirinya dipengaruhi oleh watak ‘JOKER’ selepas itu. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja berita kematian seorang pelakon hebat yang memainkan watak antagonis ini iaitu ‘Heath Ledger’ disahkan, Nicholson yang diwawancara oleh wartawan diminta untuk memberikan komen mengenai kisah tragis itu. “Well, I warned him” Itulah Jawapan yang cukup ringkas tetapi kekal menjadi misteri.
Namun belum ada yang membuktikan bahawa watak antagonis ini memberi impak negatif kepada dirinya. Nicholson memberitahu, “THE JOKER comes from my childhood. That’s how I got involved with it in the first place. It’s a part I always thought I should play’

‘Jared Leto’
‘The suicide squad’ siapa pernah tengok? Dalam filem inilah ‘THE JOKER’ versi ‘Jared Leto’ memainkan beberapa ‘scene’ yang dimainkan. Walaupun babak ‘JOKER’ dalam filem ini agak singkat, namun cukup memberikan impak yang besar! Betul tidak?
‘Leto’ mengakui tugasan untuk memainkan watak antagonis ini cukup mencabar. Pembawaan watak sebagai ‘JOKER’ cukup memberikan impak besar kepada perubahan dalam dirinya. ‘Leto’ kekal dalam karakter ‘lainnya’ untuk menghayati sepenuhnya watak antagonis itu sepanjang masa pembikinan filem itu, dan banyak menghabiskan masa secara bersendirian.

‘Heath Ledger’
‘The most evil Joker ever made’, memang tidak dinafikan, kehadiran ‘JOKER’ versi ‘Heath Ledger’ sememangnya memberikan impak, jelas sekali menjadikan jalan cerita dalam filem ‘THE DARK KNIGHT’ begitu bertenaga.
Namun siapa yang menyangka, pelakon ‘JOKER’ ini mati dalam keadaan yang begitu tragik sekali. Kematian ‘Ledger’ pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah yang berlebihan semata-mata untuk mendalami watak ‘JOKER’ dalam filem ‘THE DARK KNIGHT’. tapi, sejauh manakah kebenaran itu?


‘KONSPIRASI KEMATIAN HEATH LEDGER’
Adakah kematian ‘Ledger’ disebabkan peranannya memegang watak ‘berhantu’ ini atau sebaliknya? Tiada sesiapa pun yang tahu punca yang sebenarnya. Menurut ‘Kim Ledger’, ayah kepada ‘Heath Ledger’ mendedahkan punca kematian anak lelakinya itu disebabkan terlalu mendalami atau ‘Obsession’ terhadap watak yang dipegangnya. Sehinggakan ‘Ledger’ mempunyai sebuah diari khas untuk watak antagonis itu.
Menerusi diari miliknya yang bertajuk ‘JOKER’, ‘Ledger’ menyenaraikan beberapa ciri-ciri dan sifat yang harus ada dalam mendalami watak antagonis itu yang diinspirasikan daripada watak ‘Malcom McDowel’, sebuah filem yang berunsur jenayah, ‘Clockwork Orange’. Dalam diari ‘Joker’ itu juga turut diselitkan dengan ujian solekan yang dilakukan, 8 bulan sebelum kematiannya.
“Demi mendalami watak ‘Joker’, dia sanggup bersendirian di bilik hotel berminggu lamanya. Tindakan itu semata-mata untuk meransang watak. Itulah perangai ‘Ledger’. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi mendalami watak tetapi saya tidak sangka ‘Joker’ telah membunuhnya”
“Ledger’ menganggap dirinya dirinya sebagai ‘Joker’ yang dicipta secara berperingkat”
“Pada muka surat terakhir, ‘Ledger’ turut menulis ‘selamat tinggal’. Ia amat pilu untuk ditatap” kata ‘Kim’
Imbas kembali detik ketika ‘Ledger’ masih hidup, dia memberitahu bahawa beliau sangat takut terhadap watak ‘Joker’ tetapi tetap ingin menampilkan perbezaan.
Dalam sebuah temuramah ‘NewYork Times’ (sebuah akhbar di USA), dia memberitahu bahawa dia telah menyempurnakan tugasannya dalam filem (I’m Not There 2007) dan (The Dark Knight 2008).
“Barangkali saya hanya tidur 2 jam secara puratanya setiap malam pada minggu lepas. Saya tidak boleh berhenti untuk berfikir. Tubuh saya sangat penat, tetapi fikiran saya tidak pernah untuk berhenti”
“Saya hanya duduk disebuah bilik hotel di London selama hampir sebulan, mengasingkan diri daripada orang lain, menulis diari sebagai ‘Joker’ dan mengadakan beberapa ekperimen untuk menghasilkan suaranya”
“Yang penting saya dapat menghasilkan suara ketawa yang ikonik sebagai ‘Joker”
“Namun akhirnya saya sedar, ‘Joker’ telah membuatkan saya gila dimana hati saya bertukar keras”
“Sememangnya ‘Joker’ adalah gila, berdarah dingin, dan si badut yang suka membunuh”


KONGSI KISAH SERAM ANDA: encikmisteriseram@gmail.com

FOLLOW KAMI DI FACEBOOK: EncikSeram
FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM: encikseram
FOLLOW KAMI DI BLOGGER: encikseram.blogspot.com

#encikseram#kisahseram#fiksyenseram#ceritaseram#infoseram#faktaseram#klipseram

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *