1. BUNGA CEMPAKA PUTIH
Bunga cempaka ni memang cantik dan harum. dikatakan bunga ini mampu merawat beberapa penyakit seperti kencing tidak lawas dan sebagainya. bunga ini dipercayai memiliki unsur seram, dimana hantu sangat menyukai harumannya. untuk pengetahuan semua, masyarakat melayu dulu-dulu percaya bahawa bunga ini merupakan bunga yang sangat disukai oleh cik ponti dan menjadikan tanaman ini sebagai tempat tinggalnya. menurut cerita, saksi pernah melihat pontianak sedang memetik bunga cempaka sambil berjalan-jalan mengelilingi pokok bunga cempaka ini. harumannya membuatkan cik ponti tertarik untuk terus berada di pokok cempaka ini. jadi terpulang lah kepada anda untuk percaya atau tidak. bukan itu sahaja, dipercayai rakan seperjuangannya juga seperti jin dan makhluk-makhluk halus yang lain turut menyukai haruman bunga cempaka ini.
2. BUNGA ROS
siapa sangka, bunga ros ini sebenarnya bunga yang turut disukai oleh hantu. dipercayai, bunga ini merupakan bahan campuran bagi melakukan upacara ritual untuk memanggil hantu.
3. BUNGA SUNDAL MALAM
bunga sundal malam ini dikatakan salah satu bunga kegemaran hantu. haruman daripada bunga ini membuatkan hantu suka kepada bunga ini. dipercayai, bunga ini merupakan salah satu campuran dalam sesuatu upacara ritual. bunga ini juga dipercayai mampu menghalang sihir.
4. BUNGA KEMBOJA
menurut cerita, bunga kemboja juga merupakan salah satu campuran dalam upacara ritual atau pemujaan roh. tapi belum ada kepastian dalam hal ini. kita selalu lihat bunga ini seringkali ditanam di kawasan perkuburan. betul? ada yang mempercayai bahawa, pokok cempaka itu merupakan tempat makhluk halus/hantu berlegar-legar. keharuman bunga itu membuat makhluk-makhluk ini terpikat.
5. BUNGA MELATI
Dipercayai bahawa bunga ini sebenarnya berasal daripada kawasan orang bunian dan tumbuh di kawasan kita. menurut cerita, sesiapa sahaja yang terhidu atau cuba untuk menghidu bunga ini, mereka akan didatangi oleh orang bunian untuk membawa anda ke tempatnya. kononnya, bunga ini merupakan tanaman yang sangat disukai oleh golongan bunian, dan sesiapa sahaja (golongan manusia) yang menghidu harumannya akan dibawa menuju ke tempatnya dan akan terperangkap disana buat selama-lamanya. golongan bunian menganggap anda adalah sebahagian daripada mereka.

No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment