Advertisement

Advertisement

Saturday, October 21, 2017

[FIKSYEN SERAM]: Insan yang bernama 'Seri (PART AKHIR)

***Sebulan Kemudian***


“Arghhh! Penatnya hari ni…” Keluh Naim. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu, masih lengkap berpakaian baju pejabat. Dicapai remote TV itu dan dihidupkan. Sudah berulang kali Naim bermimpi benda yang sama, fikirannya terus bercelaru tanpa kata noktah. “Siapa Seri? Kenapa setiap malam aku asyik termimpikan seri? Kenapa acap kali aku berada diranjang asmara bersama Seri? Kenapa aku mimpi Seri sedang sarat mengandung?” Naim melontarkan tanda tanya kepada dirinya. Naim mengeluh memikirkan musibat ini, seperti ada petanda yang tidak bagus menghantui dirinya.

Jam didinding terus berdetik, menandakan masuknya jam 10 malam. Naim masih lagi duduk menghadap TV…   Terdengar bunyi guruh sambung menyambung di kaki langit, angin bersiulan di luar pintu. Seperti hujan bakal membasahi bumi. Naim mematikan TV, lalu bergerak menuju ke bilik tidur. Dia kemudiannya menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Bulu romanya meremang naik tiba-tiba, merasa tubuhnya dibelai manja oleh seseorang ketika sedang mandi.  Naim mengalihkan pandangan cemas ke belakang, tapi tiada sesiapa pun pada ketika itu. Dia bergegas keluar dari bilik mandi itu dan menuju ke bilik tidur. Pandangan Naim menjadi liar, menoleh ke kiri dan kanan, menggeletar ketakutan.

Usai memakai pakaian, Naim baring di katil. Selimut tebal menutupi tubuhnya, hanya mata terselak keluar melihat ruangan bilik yang diterangi cahaya lampu. Naim cuba memejamkan mata, dengan harapan dapat melupakan seketika ketakutan itu. Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu, kebisingan hujan jatuh menyekat sebarang bunyi lain. Naim memejamkan mata dengan rapat semampu boleh…


“Sayang…   Sayang…  Sayang…”      “Ayah…   Ayah… Ayah…”

Kedengaran bisikan halus tepat memasuki gegendang telinga Naim. Dia membuka kedua belah kelopak matanya, memandang liar ruangan bilik itu. Naim yakin, belum di buai mimpi. Masih sedar dan benar-benar mendengar bisikan halus itu. Dek kerana melawan arus ketakutan itu, Naim menjerit sekuat hatinya “Hoi! Siapa tu? jangan cuba-cuba nak takutkan aku!” darah berderau hebat, sifat kejantanan itu merasuk dirinya. Naim bangkit dari katil itu lalu keluar tercari-cari dari mana datangnya bisikan halus itu. Sumpah seranah terluak dari mulutnya, merasa geram akibat gangguan yang sering menghantui dirinya.

“Dimana keberadaan kau syaitan! Tak putus-putus kau ganggu aku!” Naim terjerit-jerit di ruang tamu, mencabar bisikan halus itu untuk berdamping dengannya. “Pappp!” Bekalan elektrik terputus tiba-tiba. Naim bergerak beberapa tapak dengan perlahan-lahan menuju ke almari TV, disentuhnya setiap inci benda yang berada dihadapannya selepas pandangannya terhalang oleh kegelapan malam. Naim membuka dan menyelongkar laci kecil almari itu, lampu torch light dicapai dan menyalakannya. Darah kejantanan Naim masih membuak-buak, menyuluh setiap ruangan di sudut ruang tamu. Semakin lebat hujan membasahi bumi pada malam itu, kebisingan hujan jatuh menyekat terus sebarang bunyi lain.

Naim mengalihkan suluhan itu di ruang dapur, kilat sambung menyambung, cahaya kilat itu menerangi sudut rumah buat seketika. “Dummm! Dummm! Dummm!” bunyi guruh di kaki langit.


“Sayang…   Sayang…   Sayang…”   “Ayah…   Ayah…   Ayah…”

Bisikan halus itu masih jelas kedengaran oleh Naim, walaupun kebisingan hujan turun dan bunyi guruh itu menyekat sebarang bunyi lain. “Hoi Syaitan! Kalau setakat bisik-bisik tapi tak muncul juga, aku pun boleh buat lah!” Jerit Naim, mencabar bisikan itu untuk munculkan dirinya. Naim bergerak beberapa tapak menuju ke sudut dapur…


“Seri disini…   Pandang ke belakang sayang. Seri bawa anak kita sekali…”

Naim tersentap seketika, lalu menoleh ke belakang, suluhan itu tepat ke wajah Seri dan anak kecil itu. Naim tercegat, berdiri kaku sebaik melihat wajah mereka. Wajah anak dan ibu itu pucat dan sangat menakutkan! Matanya tertonjol keluar, tiada mata hitam hanya mata putih, dihiasi selirat urat merah! Menguntumkan satu senyuman yang melebar. Mulut anak dan ibu itu koyak sampai ke telinga, sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang tajam. Cabaran itu diterima, Seri dan anak Naim akhirnya muncul menampilkan wajah mereka. “Sayang… ini Seri lah. buat-buat tak kenal pulak, dan disebelah kiri ni pulak anak kita! Anak kita! HEHEHEHE…”  “Ayah! Sayaaang Ayah! HIKHIKHIK…”

 “Engkau rupanya insan yang bernama Seri? Gadis jelita yang sering ku mimpi-mimpi itu? Indah khabar dari rupa! Jadi… Jadi… Jadi… Benarlah anak kecil ini hasil hubungan aku dengan Seri?” bisik hati kecilnya didamba ketakutan dan seribu tanda tanya. Tubuh Naim menggigil, menggeletar ketakutan lalu rebah pengsan.

[FIKSYEN SERAM]: Insan yang bernama 'Seri (PART AKHIR)

***Sebulan Kemudian*** “Arghhh! Penatnya hari ni…” Keluh Naim. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu, masih lengkap be...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *