seperti yang kita sedia maklum, semasa penjajahan jepun di tanah melayu. diorang ni memang kejam. tidak kira siapa pun, tentera jepun ni tidak akan berbelas kasihan. dia akan seksa dan bunuh sesiapa sahaja yang mengingkari cakap atau arahan mereka. golongan lelaki akan dijadikan hamba abdi, wanita akan dirogol kemudiannya dibunuh. dalam sejarah penjajahan jepun di tanah melayu, ramai tentera jepun yang terbunuh semasa tanah melayu bangkit semula untuk merampas balik tanah melayu daripada mereka. pernah dengar MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army)?, diorang ni lah yang berjuang melakukan perang gerila ke atas tentera jepun. akhirnya, tentera jepun menyerah kalah dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada tanah melayu. lagi 1, negara jepun masa tu memang agak teruk, disebabkan faktor dalaman kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah penjajahan jepun di tanah melayu rajin-rajin lah membaca ye.
ok, berbalik kepada cerita kita. roh atau semangat tentera jepun yang mati dekat sini (malaysia) dikatakan tidak tenteram. kebiasannya, hantu jepun ini dilihat sama ada berpakaian tentera dan bersenjatakan pedang atau senapang. apa lebih menyeramkan, hantu jepun ini tidak berkepala!. dikatakan, hantu ini berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam, dengan bunyi derapan kasut tentera. Hantu jepun ni biasanya akan terlihat di kawasan seperti asrama-asrama, pejabat kerajaan, dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa perang dunia ke dua. jadi tidak hairan lah, kalau anda tinggal berdekatan di kawasan itu. mungkin terlihat hantu jepun tanpa kepala atau mungkin terdengar bunyi derapan kasut tentera.....
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment