Kira-kira satu dalam sejuta dianggarkan dilahirkan tanpa rasa sakit, yang boleh mengakibatkan kecederaan yang serius pada usia muda dan boleh mengakibatkan kematian "premature" (Tidak Matang). Menurut saintis, ia nya merupakan satu genetik yang agak "rare" yang menyebabkan manusia tidak berupaya untuk merasa kesakitan fizikal. Jadi anda semua sudah tahu, ianya bukan kelebihan, tapi lebih cenderung kepada kecederaan yang serius yang boleh menjerumus kepada kematian!
1. Tim Cridland
- Adakah anda kenal dengan Tim Cridland?, beliau merupakan seorang "entertainer" dan merupakan salah seorang daripada ahli circuis atau lebih dikenali sebagai "Zamora The Torture King". Antara lagak-lagak ngeri yang dilakukan oleh beliau seperti menelan pedang, berjalan di atas api, membaringkan diri di atas katil yang penuh dengan paku, dan pernah juga membuat aksi ngeri (tubuhnya dilanggar dengan kereta), menusuk jarum ke muka nya. Menurutnya, beliau mampu melakukan aksi lagak ngeri itu kerana beliau mempunyai kebolehan untuk mengawal mindanya daripada merasa sakit. Adakah anda rasa sebegitu? mustahil bukan?...
2. Ashlyn Blocker
- Ashyln Blocker, dilahirkan dengan satu genetik "rare" yang membuatkan dirinya tidak merasa sakit, Congenital insensitivity to pain with anhidrosis (CIPA). Semenjak dilahirkan, Ashely sememangnya berbeza dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya. menurut ibu dan ayahnya, anak perempuan mereka tidak pernah menangis dan sentiasa mendiamkan diri walaupun dalam keadaan lapar atau mempunyai penyakit ruam.
Ramai yang beranggapan bahawa semasa Ashyln Blocker masih kecil, dia merupakan seorang budak yang baik dan tidak banyak karenah semasa kecil. sebenarnya tidak...
3. Gabby Gingras
- Seorang kanak-kanak yang juga menghidap penyakit (CIPA). Anak gadis ini berasal daripada Minnesota US, apa yang ganjilnya kanak-kanak ini boleh merasa sentuhan (apa-apa sahaja sentuhan yang menyakitkan), namun dia tidak berkeupayaan untuk merasa sakit.
Kejadian pelik itu mula diketahui oleh ibu dan ayah Gabby ketika berusia 4 bulan. Gabby menggigit jarinya sehingga berdarah dan langsung tidak menangis. Pada usia 4 tahun, ibu dan ayahnya memutuskan untuk mencabut giginya kerana dikhuatiri akan menyakitkan dirinya sendiri.
Selain itu juga, pernah terlihat Gabby sedang menyapukan Gel ke kornea matanya. Perbuatan seperti ini pasti akan membuat mata merasa gatal seterusnya boleh merosakkan mata. Namun, tidak bagi Gabby. Selepas kejadian, Gabby terpaksa menggunakan alat perlindungan mata, kerana dikhuatiri tindakannya akan merosakkan kedua belah matanya.
4. Isaac Brown
- Seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun, juga penghidap penyakit "Rare" ini. Menurut ibunya, Isaac pernah merendam tangannya ke dalam cawan berisi air kopi yang masih panas tanpa merasa sakit. selain itu juga, dia pernah terjatuh dan menyebabkan tulangnya patah, sedikit pun Isaac tidak merasa sakit.
Isaac juga mengalami satu penyakit yang digelar sebagai andhidrosis, satu simptom dimana seseorang pesakit yang tidak berupaya untuk merasa panas atau sejuk. andhidrosis adalah satu penyakit yang mempengaruhi lebih kurang 100 orang rakyat Amerika dan penyakit yang sangat-sangat jarang dihidapi.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment