Advertisement

Advertisement

Tuesday, October 10, 2017

[FAKTA & MITOS SERAM]: Burung Gagak, Petanda Buruk

[BURUNG GAGAK]

Burung gagak atau nama saintifiknya "Corvus corone" adalah sejenis burung yang kebiasaanya berhabitat di Eropah Barat dan Asia Timur. Burung gagak ini mempunyai saiz yang berbeza-beza mengikut jenis/kelompok burung. Seperti sedia maklum, burung gagak merupakan sejenis burung pemakan bangkai. Burung ini mempunyai kebolehan dan pengelihatan yang sangat tajam, membolehkannya menghidu bau bangkai walaupun jarak ribuan Kilometer. Tapi apa pula kaitannya dengan mitos dan kepercayaan orang dulu-dulu?




[MITOS DAN KEPERCAYAAN MENGENAI BURUNG GAGAK]

Menurut kisah dan kepercayaan orang dulu-dulu, burung gagak merupakan satu tanda "kematian". Kononnnya, burung ini mempunyai kelebihan dan memberikan petanda, sekiranya burung gagak ini berlegar-legar dikawasan rumah tersebut, maka akan berlakulah satu kematian salah seorang penghuni di rumah itu. Burung gagak juga dianggap sebagai pembawa malang/sial, sekiranya sesuatu kawasan/tempat itu didiami oleh ribuan burung gagak.

Menurut kepercayaan orang dulu-dulu lagi, burung gagak merupakan salah satu makanan kegemaran jembalang/makhluk halus. Sekiranya daging burung gagak ini dibakar/dipanggang, jembalang/makhluk halus akan datang ke tempat berkenaan. lebih kurang, perbuatan seperti itu cuba mengundang/menjemput hantu.

Adakah anda tahu "Genderuwo"?  Sejenis makhluk/jin tanah yang mempunyai fizikal tubuh badan yang sangat besar, tubuhnya dipenuhi dengan bulu yang tebal, dan mempunyai gigi taring yang memenuhi ruangan mulutnya. Dikatakan makhluk ini kebiasaannya tinggal di kawasan yang lembap seperti paya bakau dan dihutan. Genderuwo sangat menyukai daging bakar burung gagak. 

Dalam upacara-upacara tertentu, seperti penerokaan sesuatu kawasan hutan, memohon hajat, genderuwo akan diseru keluar menggunakan daging bakar burung gagak dan membaca/melakukan ritual-ritual tertentu. 

Ini hanyalah satu mitos dan kepercayaan orang dulu-dulu, jangan ade pula yang terniat untuk membuat perkara macam ni. sudah terang-terangan, perbuatan ini sememangnya terpesong dan merosakkan akidah kita. peace!

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *