Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi popular tempatan yang terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu. Menerusi lagunya yang berjudul, "Ku Nyanyikan Lagu Ini" telah menjadikan beliau begitu popular dan nama beliau terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga kini. Menurut sumber, Mona Fandey dikatakan telah bertukar bidang daripada profesion nyanyian menjadi bomoh/bidang perubatan tradisional. Beliau dikatakan agak hebat dalam bidang ilmu hitam. Orang-orang tertentu seperti "VVIP" juga turut bertandang ke rumahnya untuk meminta bantuan ghaib daripada Mona Fandey. Sehinggalah terjadinya sebuah tragedi ngeri yang menyebabkan Mona Fandey menjadi sangat terkenal dengan sebuah kes pembunuhan yang melibatkan seorang ahli politik iaitu Datu Mazlan Idris.
Adakah anda tahu apa yang telah terjadi dengan dengan Datu Mazlan Idris? Pada Julai 1993, Datu Mazlan Idris dikatakan telah berjumpa dengan Mona Fandey bagi mendapatkan khidmat ilmu hitam bagi meningkatkan kerjaya politiknya. Namun, apa yang telah terjadi tidak seperti yang disangkakan oleh beliau. Datu Mazlan Idris telah dipancung dan badannya telah dikerat. Mayatnya ditemui dan telah dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam berhampiran rumah Mona Fandey. Dikatakan, sehari selepas kejadian itu, Mona Fandey dan pembantunya sedang membeli belah sakan di Kuala Lumpur.
Mona Fandey, suami, dan pembantunya dijatuhi hukuman mati selepas beliau, suami dan pembantunya didapati bersalah atas tuduhan membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam Pahang, Datu Mazlan Idris pada tahun 1993.
Sejauh manakah kebenaran disebalik kisah ngeri ini? terdapat pelbagai versi mengenai Mona Fandey. Menurut cerita, Mona Fandey dikatakan berkeupayaan untuk mengapungkan dirinya. Beliau juga berkebolehan untuk membaca surah Al-fatihah secara terbalik. selain itu, salah seorang kakitangan penjara juga melihat Mona Fandey keluar dari sel penjara dan berjalan-jalan di sekitar Chow Kit Road dan pelbagai lagi cerita-cerita aneh mengenai beliau.
PENDEDAHAN CIK JAH MENGENAI SAAT-SAAT TERAKHIR MONA FANDEY BERADA DI SEL PENJARA
Sarjan Azizah atau lebih dikenali sebagi Kak Jah merupakan seorang pegawai penjara yang bertugas bagi menjaga sel penjara wanita telah mendedahkan siapa sebenarnya Mona Fandey. Menurut beliau, Mona Fandey merupakan seorang yang sangat peramah dan baik orangnya. walaupun pada mulanya, cik jah risau apabila terpaksa berhadapan dengan banduan yang bernama Mona Fandey. Nama Mona Fandey yang pada ketika itu agak popular dan sangat menakutkan disebabkan pelbagai versi cerita mengenai kehebatan Mona Fandey dalam bidang ilmu hitam. Tetapi selepas mereka berkenalan, mereka seperti sahabat rapat yang sentiasa berkongsi apa-apa sahaja cerita. Cik Jah pernah bertanya demi mendapatkan kepastian tentang kehebatan Mona Fandey dalam ilmu hitam yang hangat diperkatakan oleh orang.
"Saya suruh Mona apungkan badan dia seperti yang dilaporkan dalam majalah. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia"
"Kemudian saya suruh dia baca surah Al-fatihah secara terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah, apatah lagi surah Al-fatihah"
"Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi"
Menurut cik jah, Mona seringkali meyakinkan beliau mengenai kejadian sebenar yang telah berlaku dan cik jah sendiri mengakui sukar mempercayai kata-kata Mona pada mulanya. Namun ternyata, Mona berjaya membuktikan bahawa dia tidak menipu kerana kenyataan beliau semasa berada di penjara dan mahkamah konsisten dan tiada perubahan cerita. Mona sentiasa tenang ketika menghadapi perbicaraan itu.
Adakah kita semua tahu bahawa Mona Fandey yang telah dituduh dalam kes ini, tidak bersalah? Menurut kenyataan yang diberikan, Mona bukanlah dalang disebalik kejadian ini. kebetulan Mona pada ketika itu berada di tempat kejadian dan telah dituduh 'bersubahat' peguam bela Mona berhempas pulas bagi mempertahankannya dan Hakim telah membuat keputusan untuk membebaskan Mona daripada hukuman itu. Hanya OKT-1 dan OKT-2 tertuduh untuk menjalani hukuman iaitu suami Mona dan pembantunya. Ketika perbicaraan berlangsung, Mona membuat kenyataan, jika dia dibebaskan, dia juga mahu suaminya turut dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarlah dia digantung bersama suaminya. Akhirnya, pada pagi jumaat, 2 November 2001, di penjara kajang. Mona, suaminya, dan pembantu dijatuhi hukuman gantung sehingga mati.
Jadi sejauh manakah kesahihan mengenai cerita-cerita kehebatan Mona Fandey dalam ilmu hitam ini? Sehingga kini belum ada kepastian dan persoalan belum terjawab, kekal misteri hingga kini...
SUMBER: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
Great story. Contact me for happy ending...
ReplyDeletesiakbin@yahoo.co.uk
shleow911@hotmail.com
kennyleow@theblacksheepgroup.com.my
calvinleow@theblacksheepgroup.com.my
+60125155122
+60125248936