Advertisement

Advertisement

Friday, October 6, 2017

FIKSYEN SERAM: Kucing Hitam (Bahagian |||)

Rasenye baru beberapa minit kitaorang baring dekat katil, “Meow… Meow… Meow…” kucing tu memekak lagi! Kami bertentangan mata antara satu sama lain. Biar betul kucing ni? bapak kuat makan kucing ni, kang tak pasal-pasal habis lauk dekat dapur tu gegara nak kasi dia makan je! Aku dengan isteri aku diam je dekat bilik, semakin lama semakin jelas kedengaran suara kucing tu. Aku rase memang tak sedap hati, aku bukak pintu bilik perlahan-lahan…   dari mana datang suara kucing tu, jelas sangat! “Meow… Meow… Meow…” bunyi macam kat atas syiling? Entah ini ilusi atau aku benar-benar nampak, kucing tu merangkak di atas syiling! “Mana kucing tu bang?” aku tak tau nak kata apa-apa masa tu, pelik pon ade, seram pon ade. aku tunjuk dengan bini aku kucing tu. Kami masuk semula ke dalam bilik dan lock tombol pintu.   “Meow… Meow… Meow…” kami diam tanpa berkata apa-apa. suara kucing tu semakin lama semakin kuat.   “Meow! Meow! Meow!” Semakin lama semakin menakutkan aku dengar! Jelas sekali kami dengar kucing tu sedang mencakar-cakar pintu bilik ni “Shak! Shak! Shak!” walaupun tak nampak, tapi aku dapat rasekan cakaran kucing sememangnya tajam seperti pisau!


Malam tu kami tak tido, terus menerus kami diganggu oleh suara kucing dan bunyi cakarannya.   Sehinggalah henfon aku berbunyi nada azan, menandakan waktu subuh. Gangguan itu akhirnya berhenti. Nak keluar bilik, takut pula rasanya! Tapi aku risau dengan anak-anak aku. Nak tak nak, aku beranikan diri untuk membuka pintu secara perlahan-lahan. Aku tengok dekat syiling, kucing dah lenyap, aku meneruskan langkah menuju ke luar. Ini kucing ke apa? Aku sendiri rase tak percaya… pintu bilik ni habis rosak! seperti dicakar oleh singa! Sepanjang hidup aku, belum pernah lagi aku nampak kucing mencakar pintu ke dinding ke sampai teruk macam ni. memang sah benda ni bukan kucing, tapi benda lain! Aku bergegas menuju ke bilik anak-anak bersama isteri ku. Alhamdulillah, diorang masih tido. Lepas je selesai solat subuh, aku membuat keputusan untuk bawa anak bini aku ke kampung dan menceritakan hal ni kepada mak ayah aku….   Beberapa jam selepas perjalanan, kami akhirnya tiba dikampung…

“Awal kamu balik hari ni Asri? Ade apa-apa masalah ker?” “A’ah, ade hal nak bincang sikit dengan ayah” “Jemput lah masuk dulu, bawa anak bini kamu masuk. Kesian cucu atok, pagi-pagi lagi dah jalan-jauh…”   kami kemudian masuk ke dalam rumah, isteri aku masuk ke bilik bersama-sama anak, aku dan ayah duduk diruang tamu. “Ni apa hal yang nak dibincangkan? Gelisah semacam ayah tengok kamu ni. ade apa-apa masalah ker?” “Bagilah budak tu ruang sekejap, abang ni pun. Ni haa air kopi, jemput minum. Mak nak masuk ke bilik kejap, tengok cucu-cucu mak” Aku kemudian menceritakan segalanya kepada ayah tentang apa yang terjadi semalam ketika kami berada di rumah itu…   “Kalau ayah teliti cerita dari kamu ni, memang jelaslah itu bukan kucing. Tapi benda lain, antara dua je. Kalau itu bukan orang yang hantar, mesti dia dah lama menetap di rumah tu. Ayah rase baik kamu semua tinggal aje dekat rumah ni sementara waktu. Ayah ade dengar cerita orang kampung, ade sorang wak baru je berpindah dekat kampung ni. Orang kampung cakap dia tu pakar dalam bende-bende mistik macam ni…” “Dia pakai ilmu hitam ke yah?” “Yang tu ayah tak pasti, apa yang pasti sekarang ni, dia tu memang pandai dalam bab-bab macam ni. Dah, lepas ni kita pergi rumah dia…”

Selepas selesai minum, aku dan ayah berjalan menuju ke rumah wak. Alahai, rindunye! Rasenya dah bertahun-tahun aku tak berjalan kaki di kampung ni sejak dah berkahwin. kebetulan masa tu wak sedang berjalan-jalan bersama tongkatnya sedang menuju ke rumahnya. “Assalammualaikum wak… Assalammualaikum…” “Walaikumsalam, eh Pak Semat. Apa hajat kemari? Ini siapa ya?” “Ini anak saya, Asri dah lama duduk bandar. Kami ni sebenarnya ade hajat nak disampaikan. Boleh kita sembang-sembang sebentar?” “Eh, bisa aja Pak semat. Kita ke rumah dulu deh, kita cerita-cerita sambil minum kopi” Kami pun berjalan bersama-sama menuju ke rumahnya…   sedang-sedang duduk di ruang tamu rumah wak, aku lihat suasana rumahnya unik sekali. Hiasan dalaman rumah itu, memang bercirikan tradisi bangsa mereka. Terdapat bermacam-macam jenis tulisan khat al-quran tergantung di ruang tamu itu…   “Jadi boleh saya tahu hajat Pak semat dengan anak kemari?”   Aku menceritakan kepada beliau tentang apa yang berlaku di rumah itu. Beliau kelihatan tenang sekali ketika mendengar perbualan ku sambil menghirup kopi.

“Wak rase, itu bukan benda baru di situ. Kamu percaya nggak kalau wak bilang benda itu ialah jin peliharaan?” Aku terpaku mendengar soalan beliau. Benarkah kucing itu adalah jin? “Inn sha allah, wak bisa tolong kamu. Tapi dengan satu syarat. Lepas kita uda halau jin itu dari rumah, kamu cari aja rumah lain. Wak khuatir saudara mara jin itu bisa kembali ke situ, wak bisa merasakan makhluk itu udah lama tinggal di situ. Kamu bernasib baik, anak dan isteri kamu gak diganggu dengan teruk oleh jin itu. Mujur kamu bertindak lebih awal”   Akhirnya, wak bersetuju untuk membantu kami. Walaupun hakikatnya aku terpaksa meninggalkan rumah yang baru sahaja kami duduki itu. Setelah selesai berbincang, aku dan ayah kembali semula ke rumah untuk mengambil kereta sebelum membawa wak bersama-sama kami menuju ke rumah itu. Aku tinggalkan anak isteriku bersama-sama ibu. Sebelum menuju ke rumah baru kami, aku telah menelefon servis lori sewa berdekatan untuk mengangkut dan membawa barang-barang kami keluar daripada rumah itu.

Kami bertolak semula menuju ke rumah itu pada waktu tengahari.   Setibanya kami disitu, aku dan ayah bersama Wak masuk ke dalam rumah, sementara aku mengemas segala pakaian dan barang-barang di rumah itu. Beberapa ketika kemudian, lori sewa tiba di rumah ini. Syukurlah, depa pun turut sama membantu aku untuk mengemas barang-barang di rumah ni.   Aku nampak Wak sedang berjalan melihat setiap ruangan rumah ini, seperti sedang meneliti dan memeriksa sesuatu.   Beberapa jam selepas mengemas segala barang-barang di rumah ini, akhirnya siap juga. Aku kemudian memberikan alamat kepada pemandu lori itu untuk dihantar ke rumah ayah aku. Kami kemudiannya, menunaikan solat asar di ruang tamu diimamkan oleh Wak.   Kami menanti, sehingga tibanya, waktu Maghrib. Hati aku berdebar, rase takut sangat. Bermain-main di minda ni tentang apa yang akan terjadi selepas ini….   Waktu yang dinantikan telah tiba, selepas selesai solat Maghrib, kami berkumpul. Wak kemudiannya mengelurkan bungkusan kain hitam berisi Keris kecilnya dan kemudian mengarahkan aku untuk mengambil bekas untuk membakar kemenyan. Suasana pada ketika itu sunyi dan sepi, asap dan bau kemenyan mulai memenuhi ruang rumah ini…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *