Advertisement

Advertisement

Sunday, October 8, 2017

[FIKSYEN SERAM]: Mak Mon (Bahagian Akhir)

Dalam tak sedar, aku tengok henfon aku dah dekat pukul 1 pagi. Diorang ni pun rancak sangat bersembang. Risau juga kalau ibu dah tido, tak pasal-pasal aku tido dekat kaki lima tu. “Weyh, aku balik dulu lah. Aku lupa bawa kunci rumah. Esok jela kita sembang-sembang lagi ye?” “Alaa, kau ni. Awal lagi kot? Nanti lah, kejap lagi kita blah” “Alaa, sori ah geng. Esok kita lepak. Amacam?” “Yela… nanti kitaorang contact kau” Lepas bayar minuman, aku pun blah dari situ. Baik aku cepat, ibu mesti bising punya! Aku pun hidupkan enjin moto dan beredar pulang…   “Assalammualaikum Ibu! Adam balik ni…” “Aik, ibu ingat kau tak reti balik?” Ibu membuka pintu rumah. Aku dah agak, sindiran itu sangat pedas. Aku pun masuk ke dalam rumah dan menuju ke tandas sebelum masuk ke bilik. Aku teringat dengan apa yang aku nampak tadi. Aku masih tertanya-tanya, siapa perempuan tu. Lepas dah basuh kaki, aku pun masuk ke bilik untuk melelapkan mata. Penat pun belum hilang lagi, seharian berjalan…


Aku terjaga dari tidur… Tengok henfon aku, kul 8 pagi. Awalnya aku bangun, aku pun keluar dari bilik. Ibu dengan ayah takde kat umah. Diorang dekat kebun kot. Aku pun ke tandas untuk mandi dan kemudian bersiap untuk sarapan. Sedang-sedang sarapan tu “Adam… Adam… dah bangun ke blom?” ibu ngan ayah balik… “Ye bu! Adam dekat dapur ni” “Awal kamu bangun ye. Kamu makan lah dulu, ajak ayah kamu sekali. Ibu nak mandi” “Yela. Ni, petang nanti Adam nak ke rumah Mak Mon” “Elok lah kamu lawat dia. Ibu ade bawa sayur dari kebun tadi, nanti kamu beri dengan Mak Mon…”   sehingglah ke petang… Aku pun menuju ke rumah Mak Mon menaiki motor. Sedang menuju ke simpang tu, aku nampak Mak Mon tengah menebas pokok pisang. “Mak Mon! Oh Mak Mon!” “Eh Adam! Ape hal kamu ke mari?” “Saje nak lawat Mak Mon. Ni Adam ade bawa sedikit buah tangan, ibu kirim tadi” “Laaa, yeke. Susah-susah je. Jom lah kita ke rumah”   Kami pun berjalan bersama-sama menuju ke rumah Mak Mon. Kami pun borak-borak panjang, faham-faham jela kalau Mak Mon dah bersembang. Memang panjang! Aku pun layan jela. Bila tengok keadaan dia, rase kesian juga. Aku tengok raut wajahnya memang tengah sakit, tapi dia macam nak sembunyikan semua tu.

Dalam tak sedar, tengah rancak berbual tu, ibu telefon. “Adam, kamu kat mana? Dah dekat maghrib ni…” “Siapa telefon? Ibu kamu ke?” “A’ah… saya balik dulu lah Mak Mon. kalau ade masa, saya ke sini jenguk Mak Mon…”    Aku salam Mak Mon dan kemudian beredar dari situ…   Macam tula aktiviti seharian aku selama duduk di kampung ni, kalau aku rajin, aku jenguk Mak Mon. Kekadang teman ayah ngan ibu pergi ke kebun, lepak dengan kawan-kawan.  Sehinggalah ke satu petang tu selepas beberapa hari aku berada di kampung, dan malamnya adelah malam jumaat. Ade majlis bacaan Yassin dekat surau, ayah awal lagi ke surau jalan kaki dengan kawan-kawan dia. “Ibu, malam ni Adam nak ke surau. Ade majlis bacaan Yassin” “Yela. Nanti kalau balik tu, kau tumpangkan ayah sekali naik motor dengan kau. Ni, Ibu ade hal nak bagitau dengan kau. Mak Mon kene tahan dekat hospital, ibu dengar dah 2 hari lebih dia dekat hospital tu. Entah dah keluar ke belum. Esok ibu ngan ayah nak lawat dia…” Yeke? Kesian pulak dengan Mak Mon, aku tengok keadaan Mak Mon mase lawat dia tempoh hari tu pun memang sakit aku tengok…

Sebelum Azan Maghrib tu, aku pun turun ke bawah dan hidupkan enjin motor, kemudian bergerak menuju ke surau. Cuaca masa tu pun, semakin gelap. Surau tu dekat hujung kampung, takdelah jauh sangat. Masa sedang bergerak ke surau tu, aku toleh lah ke kebun pisang tu… tetibe aku nampak kelibat seorang perempuan sedang menebas pokok pisang tu. Aik? Siapa pulak tu? Mak Mon ke? Aku menuju ke kebun pisang tu. Mak Mon tengah menebas pisang. “Eh Mak Mon? bila masa Mak Mon keluar dari hospital?” “Eh, Adam… Baru je tadi. Bukan sakit sangat pun” “Dah lah buat kerja tu Mak Mon, mari saya hantar ke rumah” kami pun bergerak menuju ke rumah. Aku papah Mak Mon menaiki tangga rumahnya dan duduk di ruang tamu. “Kamu ni, rajin sangat jenguk Mak Mon… Mak Mon larat lagi nak buat-buat kerja tu” “Mak Mon tu, kalau ye pun nak tebas pisang tu. Elok la tunggu sakit tu hilang. Mana ubat Mak Mon? saya tolong ambilkan” “Ade dekat dapur tu. Plastik warne hitam”   Aku pun bergerak menuju ke ruang dapur dan ambil segelas air bersama-sama plastik berisi ubat.

Mak Mon masa tu sedang duduk bersimpuh di ruang tamu menghadap pintu rumah. Aku pun berjalan membawa ubat dan air. Aku rase pelik masa tu ketika melihat tubuh Mak Mon dari belakang. Rambutnya terurai, putih dan sangat panjang! Apa yang lebih menyeramkan… tubuhnya berlubang, organ-organ dalamnya jelas kelihatan! Benarkah apa yang aku lihat ni? Aku memberanikan diri ku dan menyapa Mak Mon  “Mak Mon? Oh Mak Mon?” “Ye… Dah jumpe ubat tu?” Kepala Mak Mon berpusing 180˚ melihat aku. Lidahnya terjelir ketika melihat aku! Ya Allah itu bukan Mak Mon! aku lepaskan ubat dan air itu, bergegas keluar dari pintu dapur! Aku berlari sekuat hati aku dan meninggalkan motor itu di halaman rumah Mak Mon. Azan maghrib berkumandang… Aku masih berlari menuju ke rumah. “Ibu! Ibu!” “Eh asal kau terhenjut-henjut ni? Kata nak ke masjid?” “Tadi…Tadi…Tadi Adam nampak Mak Mon!” “Budak ni! Kan ibu dak cakap, Mak Mon ade dekat hospital sekarang. Bila masa pulak Mak Mon ade dekat rumah tu?” “Betul! Adam tak tipu, tadi Adam nampak lagi Mak Mon tengah tebas kebun pisang dia. Tak sangka pula, Mak Mon jadi hantu!” “Itu pasal lah ibu selalu pesan dengan kau. Jangan rapat sangat dengan Mak Mon. Tapi kau taknak percaya, itu bukan dia, tapi benda lain…”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *