Adakah anda kenal Maurice dan Pasangannya Maralyn Bailey?. Mereka merupakan pasangan yang hanyut di lautan selama 117 hari selepas kapal layar mereka dipukul oleh ikan paus menyebabkan kapal mereka rosak teruk.
Maurice dan Maralyn memulakan perjalanan mereka dengan menaiki sebuah kapal layar 'Auralyn' setinggi 9.4 meter. Mereka meninggalkan Southampton, England dan berniat untuk menuju ke New Zealand. Pada permulaannya, pelayaran mereka berjalan dengan lancar selepas melepasi terusan Panama dengan selamat pada bulan Febuari dan meneruskan pelayaran mereka menuju ke pulau Galapagos.
Tanpa diduga oleh mereka, kapal layar mereka dipukul dengan kuat sekali oleh seekor paus dan mengalami kerosakan yang teruk pada 4 Mac 1973. Mereka kemudian bergegas memindahkan beberapa bekalan makanan ke dalam rakit keselamatan dan sempat membawa sedikit makanan, kompas, dan beberapa bekalan lain. Mereka melihat Kapal layar 'Auralyn' hilang dari pengelihatan sedikit demi sedikit dipukul oleh ombak.
Bermulalah kisah tragik kehidupan mereka. setelah beberapa lama berada di tengah lautan, bekalan makanan yang sempat mereka selamatkan telah habis. Mereka meneruskan kehidupan dengan meminum air hujan, memakan apa sahaja yang hidup di lautan itu tanpa dimasak seperti penyu, burung laut, dan ikan yang ditangkap dengan tangan atau menggunakan pin keselamatan yang diubah suai menjadi cangkuk.
Semasa mereka hanyut terdampar di tengah lautan Pasifik, pasangan itu terlihat 7 buah kapal yang berlainan namun mereka tidak dikesan langsung disebabkan alat penghasil nyalaan mereka gagal untuk berfungsi dan lebih malang lagi, kit keselamatan mereka tidak mempunyai cermin isyarat. Lama-kelamaan rakit keselamatan mereka mulai hancur dan memerlukan perhatian yang kerap terhadap rakit itu (membaiki jika ada kebocoran/kerosakan).
Bagi mengawal emosi dan minda, mereka bermain kad dan membaca di rakit keselamatan itu. Namun, mereka tidak mampu untuk mengawal dan bertahan dengan keadaan persekitaran sebegitu ekstrim. Pasangan ini menderita akibat kekurangan zat makanan dan gusi. keadaan menjadi lebih teruk bilamana rakit keselamatan mereka dimasuki air. Dalam keadaan yang begitu ekstrim, mereka terpaksa berhadapan dengan jerung pemangsa dan ikan dolphin serta mengharungi beberapa ribut yang teruk.
selepas belayar sejauh 1500 batu (2400 Km), akhirnya mereka berjaya ditemui dan diselamatkan oleh kru-kru kapal ikan Korea Selatan 'Welomi 306' pada 30 Jun 1973. pasangan suami isteri ini dibawa ke negara itu dalam keadaan mereka yang sangat kurus (kehilangan 40 paun = 18 Kg). Kaki mereka seakan-akan tidak mampu untuk menampung berat badan mereka. Pasangan itu kemudian dibawa ke Honolulu, Hawai oleh kru 'Welomi 306'
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment