Advertisement

Advertisement

Tuesday, August 22, 2017

MISTERI DISEBALIK PERMAINAN "SPIRIT OF THE COIN"

                                                              SPIRIT OF THE COIN

Hai semua. Malam ni admin nak kongsi sikit mengenai satu permainan seram, "spirit of the coin". mesti ada dikalangan korang ni yang pernah main benda alah ni kan?. budak-budak asrama lah yang selalu main benda ni. kalau kat luar negara, diorang selalu gak main benda ni yang lebih dikenali sebagai "ouija board". Banyak laporan, kes yang menyatakan bahawa permainan ni sudah membuatkan orang histeria dan pelbagai kejadian malang bakal berlaku. apa yang misteri tentang game ni, korang akan berhubung dengan roh yang ada kat kawasan tu. kalau bernasib malang, korang akan berhubunglah dengan roh tu. kalau bernasib baik, memang takde apa-apa lah jadi mse korang main tu. lebih baik jangan mainlah. senang cerita.

Pada asalnya, "spirit of the coin" ini bukan lah satu permainan. Tapi merupakan kaedah bagi orang untuk berhubung dengan orang yang sudah mati dengan membuat beberapa syarat/ritual agar anda dapat berhubung dengan si mati. Kaedah ini digunakan untuk:

1. BERTANYA KHABAR KEPADA ROH;
2. BERKOMUNIKASI KEPADA ROH;
3. MEMINTA BANTUAN KEPADA ROH;
4. MENCARI BARANG YANG HILANG;
5. MENGETAHUI KISAH SILAM ROH ( LATAR BELAKANG, CARA KEMATIAN).

Terdapat beberapa langkah sebelum memulakan permainan ini:

1. Sekeping kertas harus diisi dengan lengkap (HURUF A-Z), (NOMBOR 0-9), (PERKATAAN "YES" "NO"), (HOME), dan (GOODBYE). pemain boleh menjemput atau memanggil roh untuk berkomunikasi dengannya. perlu diingatkan, apabila roh hadir ia secara tidak langsung akan memasuki tubuh sesiapa sahaja yang ia inginkan ketika bermain permainan ini. ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang mahir dalam permainan ini dan boleh berkomunikasi dengan roh. sekiranya kesemua pemain tadi tidak mempunyai kemahiran dalam hal ini, berhati-hatilah. Ada sesetengah kes, salah seorang pemain dirasuk dan pemain-pemain yang lain akan mengalami kejadian malang. oleh sebab itulah salah seorang pemain harus mahir bagi mengeluarkan roh daripada tubuh pemain yang dirasuk.

2. Mantera atau bacaan diperlukan bagi membuatkan permainan ini 'menjadi'. (spirit, spirit of the coin. spirit, spirit of the coin. spirit, spirit of the coin. please come out and play with us). walaupun tiada kesahihan mengenai mantera ini, namun mantera ini lah yang selalu digunakan untuk memulakan permainan ini. Mantera tersebut harus dilafazkan sehingga syiling itu bergerak. perlu diingatkan, ketika salah seorang sedang menyebut mantera ini, pemain-pemain lain harus senyap.

KESAN DAN AKIBAT PERMAINAN INI:

Dalam sesetengah kes, roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan pemain selepas sahaja ritual itu selesai, sebaliknya roh itu akan mengganggu dan mengekori pemain seumur hidup. seram kan?. bukan itu sahaja, berkemungkinan besar roh yang dipanggil berdegil tidak ingin kembali ke tempat asalnya kerana ia ingin terus bermain dan berkawan dengan pemain yang disukainya.

Adalah lebih baik kita mengelakkan daripada bermain benda ini. kita sebagai orang islam seharusnya menjaga akidah kita daripada terpesong. permainan yang melibatkan pemujaan roh seperti ini sememangnya ditentang habis-habisan. bukan sahaja berdosa malah memudaratkan diri sendiri.








3 comments:

  1. Aku pernah kena ngan 'benda' ni. Tp aku ttp juga nak main ngan 'benda' ni. Tp kekadang entah kenapa aku rasa macam ada benda yang berbisik n bercakap ngan aku .. Seram lol

    ReplyDelete
  2. Hari ahad lalu, sekolah aq berlaku histeria. Cikgu kata berkemungkinan ada pelajar yg main permainan ni. Mula-mula kat asrama. Lps tu kat surau waktu baca yasin. Lps tu berlaku kat sekolah pulak. Kwn aq ramai yg kena. Alhamdulillah aq x kena. Pengetua sekolah benarkan kami semua balik hari rabu sbb takot lagi byk org yg kena. Yg paling teruk, parent yg ambik anak depa hari rabu tu pon kena jugak. Nasib baik sorang ja yg kena. Minta-minta balik hari sabtu ni, dah settle dahdgn masalah histeria ni

    ReplyDelete

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *