Advertisement

Advertisement

Thursday, August 17, 2017

ADAKAH BENAR ATAU AUTA FILEM-FILEM SERAM INI DIADAPTASI DARI SEBUAH KISAH YANG BENAR??

DIADAPTASIKAN MENJADI SEBUAH FILEM BERDASARKAN KISAH BENAR

Masih ramai lagi yang tak tahu rasanya, kebanyakan filem-filem seram antarabangsa dilakonkan semula berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi. Mesti ada golongan-golongan yang anggap, “eleh, saje je buat gempak supaya filem tu meletop”. Haaa… betul sangatlah tu. Ingat jangan takbur sangat, bukan manusia, haiwan, tumbuhan saja yang hidup dekat muka bumi Tuhan ni. Ada makhluk lain lagi…

1. THE CONJURING
The Conjuring adalah sebuah filem rumah berhantu, seriously agak menakutkan juga kalau tengok sorang-sorang. Filem ini berdasarkan kepada kes-kes dan rakaman penyiasat mistik/paranormal iaitu Lorraine dan Ed Warren. Mereka dipanggil bagi membantu ahli keluarga Perron, rumah yang baru sahaja mereka beli dan dilaporkan rumah itu berpenghuni (berhantu). Lorraine kemudian menghubungi pembuat filem pada masa itu bagi memastikan mereka menggambarkan dengan tepat tentang apa yang berlaku di rumah itu.

Ada beberapa cerita mengatakan bahawa, Bathsheba Sherman pernah tinggal di rumah itu dan dianggap sebagai ahli sihir oleh jirannya dan dikhabarkan membunuh anaknya dengan jarum mengait. Sekitar tahun 1971, dan pada ketika itu Carolyn Perron sedang berbaring di atas sofa. Secara tiba-tiba dia mula merasa kesakitan disekitar betisnya seperti dicucuk. Kakinya berdarah kesan daripada tusukan itu. Carolyn melihat keadaan sekeliling namun tiada benda yang mencederakannya. Andrea, anak perempuannya menggambarkan sebagai bulatan yang sempurna, “seolah-olah jarum besar menembusi kulitnya”.

Ada sejarah yang menyeramkan di bandar itu yang menyatakan bahawa sebelum keluarga itu berpindah ke rumah tersebut, terjadi beberapa kejadian ngeri yang berlaku di rumah itu (bunuh diri, seorang diracun, dua orang dilemaskan, empat orang dibekukan sehingga mati, kes rogol dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun). Lelaki yang dahulunya pemilik rumah itu menasihatkan mereka yang berpindah ke situ agar membiarkan lampu di rumah itu sentiasa terpasang.

Berdasarkan pengalaman mereka sendiri, mereka seringkali terhidu bau yang busuk, tempat tidur yang terapung dan pemilikan rohani (penghuni lain). Andrea yakin, bahawa penyewa rumah yang lain mungkin mengalami pengalaman yang sama seperti mereka. Pemilik semasa mendakwa terdengar bunyi orang bercakap di bilik lain, pintu bilik tertutup dan terbuka. Namun tiada penjelasan saintifik yang menyatakan kejadian paranormal ini.




2. OPEN WATER
Filem Seram, Open Water adalah sebuah kisah seram tentang pasangan yang sedang bercuti dan telah menyertai misi menyelam bersama dengan pasukan penyelam. Dipendekkan cerita, mereka berpisah daripada kumpulan penyelam itu dan mula bergerak secara sendiri. Setelah tiba dipermukaan air, kapal yang mereka naiki untuk ke tempat itu telah pergi meninggalkan mereka. Mereka berdua tertinggal di tengah lautan, terdedah kepada hidupan laut dan penghuninya. Filem ini berdasarkan daripada kisah benar (Tom dan Eileen Lonergan), pasangan rakyat Amerika yang ditinggalkan dengan cara yang sama.

Berdasarkan cerita, mayat mereka tidak pernah ditemui, tetapi peralatan selam mereka ditemui terdampar di pesisir pantai, terletak beberapa meter dari sana. Nelayan mencari peranti komunikasi bawah laut, yang dilaporkan (Kepada sesiapa yang dapat membantu kami: Kami telah ditinggalkan di Reef Agincourt oleh MV Outer Edge. Tolong bantu untuk menyelamatkan kami sebelum kami mati. TOLONG!)

Akibat kelalaian itu, syarikat tersebut didenda dan menutup perniagaan mereka. Akhirnya, kerajaan telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat (kapten dan dive master harus mengesahkan setiap jumlah penyelam yang ada sebelum meninggalkan kawasan menyelam)



3. THE EXORCISM OF EMILY ROSE
Berdasarkan kisah seram yang benar yang berlaku di jerman pada tahun 1970-an, mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun meninggal dunia akibat luka dan kekurangan makanan akibat percubaan ekorisme.

Semasa dia berusia 17 tahun, Anneliese Michel mula mengalami sawan dan di masukkan ke hospital. Dia didiagnosis dan epelepsi mengikut tahap penyakitnya. Anneliese mula melihat perkara pelik dan mendakwa mendengar suara-suara yang memberitahunya untuk direbus di neraka. pelbagai bantuan yang dilakukan oleh ibu bapanya dengan meminta bantuan daripada paderi, namun ditolak kerana penyakit anak mereka sukar untuk dirawat.

keadaannya semakin teruk sehingga cuba untuk menghina dan menyerang keluarganya. Anneliese menolak untuk makan kerana kerana iblis melarangnya untuk makan. Dia tidur di lantai batu, makan labah-labah dan bahkan meminum air kencingnya sendiri. Dia menjerit dan memusnahkan mana-mana salib atau benda-benda keagamaan yang ditemuinya. Gereja Katolik akhirnya bersetuju dan melakukan sesi rawatan yang dijalankan 2 kali seminggu sekitar 1975 dan 1976.

Sehingga satu masa, Anneliese mula menderita penyakit radang paru-paru dan mati. Ibu bapanya dan mereka yang terbabit dalam rawatan didapati bersalah kerana melakukan kecuaian dan dipenjara selama 6 bulan. Ibunya menyatakan bahawa, "Dia(Anneliese) mati untuk menyelamatkan jiwa yang lain yang hilang, untuk menebus dosa-dosanya".



4.ANNABELLE
Sekitar tahun 1970, seorang mahasiswa Donna dihadiahkan sebuah boneka Raggedy Ann oleh ibunya sempena ulang tahun kelahirannya. Pada awalnya, donna dan Angie (rakan sebilik donna) tidak mengetahui kisah berkenaan boneka itu, sehinggalah boneka itu mula bergerak dengan sendirinya. pergerakan boneka itu pada mulanya agak tidak ketara namun selepas itu, boneka berhantu itu mula menghilangkan diri dan muncul semula di bilik yang berlainan.

Episod hitam bermula, dimana rakan Donna (Lou) merasakan sesuatu yang aneh tetapi gadis-gadis itu tidak mempercayainya. Berlakulah pelbagai kejadian-kejadian aneh. Donna menjumpai sehelai nota di dalam rumah tersebut yang bertulis "bantu kami". Donna kemudian kembali ke rumah untuk mencari boneka itu di tempat tidurnya. kelihatan, darah ditangan dan dadanya, yang sepertinya mengalir keluar dari boneka berhantu itu.

seorang medium (pakar mistik) menjelaskan bahawa ada seorang gadis bernama Annabelle Hinggins yang berusia 7 tahun telah meninggal dunia di daerah tersebut sebelum bangunan pangsapuri mereka dibina. pada masa boneka itu masuk ke rumah, semangat Annabelle masuk ke sana. semangat itu mempecayai Donna dan Angie dan hanya ingin tinggal bersama mereka.

Semenjak itu, Lou seringkali mengalami mimpi buruk. dia tidak boleh bergerak saat Annabelle memanjat tubuhnya, mencakar dan mencekiknya. beberapa hari selepas itu, Angie dan Lou mendengar suatu gerakan dari bilik Donna. Lou membuka pintu bilik itu dan mendapati Annabelle telah berpindah tempat tidur ke sudut jalan. Apabila Lou mendekatinya, tiba-tiba dia merasakan rasa sakit di dadanya, dan meninggalkan kesan cakar ditubuhnya.

Mereka mengambil keputusan untuk memanggil penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine (PENYIASAT THE CONJURING). Mereka membuat satu kesimpulan bahawa iblis yang memanipulasi boneka itu dan membuatnya kelihantan seolah-olah memiliki roh bertujuan untuk memiliki jiwa Donna. akhirnya, seorang pendeta dipanggil bagi menghalau hantu Annabelle di pangsapuri itu. Warrens membawa boneka itu ke sebuah muzium ghaib dan disitulah tempat tinggalnya sehingga hari ini. boneka Annabelle disimpan dalam sebuah pintu berkunci. Warrens mendakwa iblis itu masih ada bersama boneka itu.

Ada beberapa saksi menyatakan disebalik misteri boneka Annabelle. Seorang pengunjung melawat muzium Warrens dan mengetuk peti kaca itu, dengan niat mencabar roh Annabelle. Pengunjung itu segera dihalau dari muzium itu. kira-kira 3 jam selepas itu, pengunjung terbabit meninggal dunia ketika menunggang motorsikal disebabkan hilang kawalan dan jatuh.



5. THE TEXAS CHAIN SAW MASSACRE
Kisah seram ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ed Gein, dibesarkan dalm suasana kehidupan yang teruk. Ayahnya adalah seorang kaki botol dan selalu memukul adiknya, Henry. ibunnya pula adalah seorang yang taat dan berpegang teguh kepada agama. beliau sentiasa mengajar anaknya tentang keagamaan dan menanamkan rasa takut pada Tuhan. ibunya juga mengingatkan kepada mereka agar tidak mempunyai rasa percaya dengan wanita. Ed dan Henry dilarang sama sekali untuk mempunyai rakan-rakan dan dikenakan hukuman jika mempunyai rakan lagi-lagi jika bercinta dengan perempuan.

pada tahun 1940, Ayah Ed meninggal akibat serangan jantung. selang 4 tahun selepas itu, adiknya Henry meninggal dalam kebakaran di ladang keluarganya dan pada tahun 1945 ibunya meninggal dunia. kehidupan Ed mula sunyi dan mengalami tekanan mental. Ed mula mengasingkan dirinya dalam bilik dan mengambil upah kerja sambilan. Ed banyak menghabiskan masanya untuk membaca tentang NAzi dan kannibalisme.

Kehilangan Bernice Worden menjadi tanda tanya, pihak polis mensyaki Ed adalah suspek utama kerana dia adalah orang terakhir yang melihatnya. ketika misi mencari Bernice dijalankan, mereka menemui mayat Bernice yang telah dipenggal dan digantung di kawasan lombong. mereka menyerbu rumah Gein, apa yang mereka temui adalah sangat mengerikan. Terdapat kerusi yang diperbuat daripada kulit manusia, tengkorak, dan tali pinggang diperbuat daripada buah dada manusia. terdapat juga korset, legging, pakaian, bahkan topeng yang diperbuat daripada kulit manusia. Gein berusaha mencipta "suit wanita" kelihatan seperti ibunya.

Gein akhirnya dihantar ke Hospital jenyah berat dan meninggal pada tahun 1984.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *