EPISOD 5
Sebulan berlalu, namun tanda-tanda menjejaki pembunuh ini masih tidak kelihatan. Inspektor Hasyiem sentiasa mengikuti perkembangan dari blog “midnight killer” itu. Namun, masih tiada perkembangan. Sebelum ini, pihak polis juga pernah melakukan soal siasat sekali lagi terhadap pembantu rumah si mati. Namun, pertuduhan tidak boleh dilakukan kerana kekurangan bukti yang kukuh untuk menahan pembantu rumah itu. Walaupun begitu, pihak polis masih melakukan intipan terhadapnya jika berlaku sesuatu yang dikhuatiri. Inspektor Hasyiem yakin, pastinya pembunuh ini akan melakukan lagi pembunuhan yang sama pada masa dan tarikh yang sama. Cuma apa yang menjadi pertanyaan sekarang, siapakah yang bakal menjadi mangsa si pembunuh durjana ini?. Beliau melihat kalender, dimana tarikh pada hari ini adalah 11 februari. Inspektor Hasyiem kemudian mengarahkan anggota yang bertugas pada ketika itu untuk berkumpul bersamanya bagi membuat perbincangan mengenai kes ini. “Pada malam ini, kita akan membuat sekatan jalan dan akan sesiapa sahaja yang dikuatiri akan ditahan bagi membantu siasatan. Selain daripada itu juga, unit pasukan peronda akan turut melakukan rondaan di sekitar bandaraya kuala lumpur, di kawasan lorong-lorong dan di kawasan perumahan. Saya juga akan turut sama dalam operasi ini”, kata Inspektor Hasyiem kepada anggota bawahannya dengan nada yang serius. Mereka memulakan sekatan jalan dan rondaan sekitar jam 10 malam. Dan pada malam itu, operasi mereka berjalan seperti yang dirancang. Sehinggalah Inspektor Hasyiem terlihat sebuah kereta “Audi” berwarna merah tiba dikawasan sekatan jalan. Lalu, Inspektor Hasyiem mengarahkan kereta itu untuk mengalihkan kereta ke tepi. Beliau mendakwa mungkin kereta “Audi” berwarna merah ini adalah milik kepada teman lelaki doktor shima. Ternyata sangkaan beliau itu adalah benar, Doktor Shima duduk di sebelah jejaka tampan itu. Walaupun luluh hati beliau pada ketika itu, Inspektor Hasyiem tetap professional. Beliau meminta lesen memandu jejaka itu sambil bertanyakan hala tuju mereka. Sambil tersenyum, jejaka itu menjawab mereka ingin menuju balik ke rumah. Inspektor Hasyiem meneruskan lagi soalannya, bertanyakan dimana rumah jejaka tampan itu. Jejaka tampan menjawab bahawa dia tinggal di sebuah kondominium mewah. Beliau melihat Doktor Shima hanya teduduk diam. Kelihatan wajah Doktor Shima pucat dan berpeluh. Inspektor Hasyiem merasa pelik dan tertanya-tanya mengapa wajah Doktor Shima kelihatan pucat. Sejurus selepas itu, beliau memberikan lesen itu semula dan mengarahkan jejaka tampan tadi untuk meneruskan perjalanan mereka. Inspektor Hasyiem meneruskan tugas mereka seperti biasa. Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam, tetapi belum ada perkembangan daripada pasukan peronda dan sekatan jalan juga menunjukkan tiada sebarang perkara yang mencurigakan. Akhirnya, Inspektor Hasyiem mengarahkan kesemua anggotanya untuk menghentikan sekatan jalan dan membuka laluan semula kepada pengguna jalan raya. Beliau juga turut mengarahkan pasukan peronda untuk kembali semula ke pejabat untuk membuat laporan. Sepanjang perjalannya pulang ke rumah beliau teringat semula tentang Doktor Shima. Beliau begitu hairan sekali, mengapa raut wajah doktor shima pada ketika itu kelihatan sangat pucat dan berpeluh? Bersambung….
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment