Advertisement

Advertisement

Thursday, August 24, 2017

CACING KAPAL MAKHLUK MISTERI

Selamat sejahtera kepada pembaca budiman. entry kali ni admin nak ceritakan tentang cacing kapal yang menjadi makhluk misteri, hidup di dalam lautan. untuk pengetahuan semua, saintis telah menemukan cacing kapal misteri ini di pedalaman Minando, Filipina yang berukuran 1.5 Meter. Agak panjang jugak daripada cacing biasa. Namun, saintis percaya makhluk misteri ini bukanlah tergolong dalam spesis cacing tapi dikatogerikan sebagai kumpulan cengkerang (tiada kupasan lanjut).

Makhluk ini dipercayai mempunyai insang, mulut dan saluran pencernaan yang kecil. Namun, apa yang lebih mengejutkan tentang makhluk ini ialah makhluk ini dipercayai memakan Gas!. setelah membuat pembedahan terhadap makhluk ini, korang jangan tak percaya pula. organ makhluk ini dipenuhi dengan bakteria pemakan hidrogen sulfida.

penemuan bakteria yang memakan hidrogen sulfida membuktikan bahawa adanya simbiosis (interaksi antara 2 spesis hidupan), berkemungkinan bakteria menjadikan perut Kuphus polythalamia (Makhluk misteri) sebagai tempat tinggalnya dan makhluk ini mendapatkan nutrisi daripada bakteria tadi. Bakteria itu kemudian mengubah hidrogen sulfida menjadi sulfat, sejenis sebatian yang digunakan oleh makhluk ini untuk mendapatkan nutrisi.

kemampuan bakteria dan Kuphus polythalamia ini bekerjasama menyebabkan makhluk ini mampu bertahan dan membesar lebih jauh daripada cacing biasa. pelik dan seram kan?


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *