Advertisement

Advertisement

Friday, August 25, 2017

CIKGU SURAYA EPISOD 3

Selepas selesai sahaja sesi perkenalan itu, Cikgu Azman kemudian menukar topiknya. “cikgu dengar, ada guru baru yang akan mengajar kamu betulkah?. Dengar-dengar cantik orangnya”, kata cikgu Azman sambil tersenyum. Murid-muridnya terketawa dengan pertanyaan beliau sambil memperli cikgu Azman. Haziq kemudian mencelah, “cikgu tanya-tanya macam ni, cikgu minat dengan cikgu Suraya ke?”. Cikgu Azman hanya tersenyum dan tergelak dengan pertanyaan muridnya. Aiman kemudian cuba untuk mencelah, “tapi kan cikgu, cikgu Suraya tu macam tak siu!”, Haziq menutup mulut rakannya itu menggunakan tangan.

 Keadaan di kelas pada ketika itu menjadi sunyi. Semua orang memandang kearah Aiman. Lalu cikgu Azman merasa pelik dan bertanya kepada Aiman, “kenapa dengan cikgu Suraya?”. Haziq mencelah pertanyaan cikgu Azman, “Aiman tadi nak cakap, cikgu Suraya tu memang cantik dan baik orangnnya”. Haziq tidak mahu guru-guru di sekolah ini tahu dengan peristiwa yang berlaku tadi, Haziq khuatir bila perkara ini sampai ke pengetahuan guru-guru lain pastinya mereka semua akan terkena tempias.

 Cikgu Azman masih merasa pelik dengan perangai anak muridnya itu. Cikgu azman kemudian menyambung semula ceritanya mengenai cikgu Suraya. Jujur beliau katakan, cikgu Suraya itu memang cantik orangnya. Perwatakannya yang lemah lembut dan peramah membuatkan sesiapa sahaja merasa senang dan selesa untuk berkawan dengannya. 

Haziq menjeling rakan-rakannya yang lain, memberi “signal” bahawa jangan ada yang membuka cerita mengenai peristiwa tadi. Mereka hanya mendengar perbualan cikgu Azman sambil memperlinya sehinggalah masa untuk kelas cikgu Azman berakhir. Cikgu Azman kemudian beredar daripada kelas. Rakan-rakan sekelas Haziq yang lain menuju kearah Aiman dan memarahinya kerana hampir memberitahu mengenai perwatakan cikgu Suraya. Aiman hanya tertunduk diam, dan meminta maaf kepada rakan-rakannya. Lalu Haziq memberitahu kepada rakan-rakan sekelasnya, bahawanya mereka semua akan berjanji tidak akan menceritakan hal ini kepada sesiapapun. Rakan-rakan sekelasnya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Haziq. Sesi pembelajaran seterusnya bermula seperti biasa, sehinggalah masa sekolah berakhir. Haziq dan Aiman berjalan bersama-sama untuk pulang menuju ke rumah mereka. 

Aiman tertunduk dan tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan itu. Haziq kemudian menyapa, “kau janganlah ambil hati sangat pasal hal tadi, aku Cuma takut kalau-kalau berita ni sampai dengan cikgu-cikgu yang lain, mampus kita!”. Aiman hanya mengangguk-angguk dan diam. Jarak perjalanan mereka menuju ke rumah mereka memakan masa lebih kurang 10 minit. Haziq dan Aiman serta beberapa rakan-rakan sekelasnya yang lain tinggal di sebuah kampung. Mereka akan melalui sawah padi dan jalan yang tidak berturap. Namun kelengkapan asas seperti elektrik dan air ada di perkampungan itu. Boleh dikatakan kampung itu juga serba kekurangan, kerana kekurangan kenderaan awam dan kereta-kereta di kampung itu. Namun, suasana di kampung itu aman dan damai. Udaranya begitu segar. Akhirnya, Haziq dan Aiman tiba di kampung itu. Sebelum mereka berpecah menuju ke rumah masing-masing, Haziq berkata kepada Aiman bahawa mereka akan berjumpa di tempat biasa pada jam 5 petang dan ada hal yang ingin dibincangkan. Orang-orang kampung menggelar tempat itu sebagai parit puyu. Haziq kemudian tiba di rumahnya. “assalammualaikum mak ayah, haziq dah balik ini”, kata Haziq. Ayah Haziq keluar ke pintu rumah. “walaikumsalam, Haziq masuklah mak dah siap masak tu. Bolehlah kita makan sama-sama”, kata ayahnya. Haziq kemudian masuk ke bilik untuk menukar pakaian sekolahnya dan menuju ke dapur untuk makan bersama-sama ibu dan ayahnya

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *