Advertisement

Advertisement

Friday, August 25, 2017

MANUSIA DIJADIKAN BAHAN EKSPERIMEN KEJAM

pastinya anda tertanya-tanya. bagaimankah sesuatu ubat itu berkesan terhadap kita?. Adakah ubat itu memberi kesan buruk atau kesan baik?. sukar untuk digambarkan bagi kita semua. mengikut sejarah, pelbagai eksperimen yang pernah dilakukan terhadap manusia dalam memastikan keberkesanan sesuatu ubat atau penemuan baru. mereka ini dipaksa tanpa kerelaan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjalankan sesuatu eksperimen. bunyi seperti kejam bukan?. Namun, itulah hakikat yang harus kita ketahui. Tanpa mereka-mereka ini, pastinya kemajuan dalam bidang perubatan, teknologi pada masa kini tidak mungkin kita akan kecapi. berikut merupakan beberapa eksperimen kejam yang pernah dilakukan terhadap manusia.


1. PEMBEDAHAN TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG BIUS

Mengikut sejarah, General Shiroo Ishi telah menubuhkan sebuah pasukan khas (unit 371) yang bertanggung jawab dalam menjalankan pembedahan terhadap pesakit tanpa menggunakan sebarang bius!. semasa berlakunya perang dunia ke 2, ramai pesalah yang dimasukkan ke dalam penjara telah dijangkiti penyakit.
Oleh yang demikian, pasukan ini bertanggungjawab dan membuat telah membuat pembedahan tanpa bius terhadap tahanan itu. Apa yang lebih mengerikan, mereka mengeluarkan organ yang dijangkiti penyakit tanpa menggunakan sebarang bius.

2. MENGUJI RACUN MERBAHAYA OLEH TENTERA KOREA

Seperti yang kita tahu pada masa kini, negara Korea Utara merupakan sebuah Negara yang menjalankan "Pemerintahan Diktator Keturunan". bila bercakap tentang kelengkapan senjata dalam menghadapi perang, sememangnya korea utara merupakan sebuah negara yang menjadikan bidang ketenteraan sebagai keutamaan. tidak hairanlah bila kita seringkali mendengar dalam berita tentang korea utara (pelancaran uji peluru berpandu, pembinaan loji nuklear).
Mengikut sejarah, kerajaan korea telah memilih 50 orang wanita untuk memakan sayur kubis yang dibubuh racun. eksperimen ini bertujuan bagi menguji tahap keberkesanan racun itu. 20 minit selepas itu, kesemua wanita tersebut mengalami muntah dan pendarahan yang teruk.


3. PROJEK MANHATTAN

Dikhabarkan semasa berjalannya projek Manhattan ini, beberapa orang pesakit telah datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, mereka-mereka ini telah mengambil kesempatan terhadap pesakit-pesakit ini dengan menyuntik cecair yang mengandungi bahan radioaktif plutonium tanpa pengetahuan pesakit!. eksperimen ini dijalankan sekitar 1945 sehingga tahun 1947.
Pesakit-pesakit yang terlibat dalam projek ini menghadapi kesan-kesan sampingan daripada suntikan radioaktif itu!

4. PROJEK 4.1

1 lagi eksperimen yang dilakukan terhadap golongan manusia, iaitu (projek 4.1), sebuah eksperimen yang dibuat oleh US bagi mengetahui kesan Radiasi kepada manusia. eksperimen ini dijalankan terhadap 3 kawasan berlainan dan 3 tahap radiasi yang berlainan:
1. Ailinginae (69 rads)
2. Utirik (14 rads)
3. Rongerik (79 rads)

Hasil daripada eksperimen itu mendapati bahawa, mangsa mengalami lelah, keguguran rambut kerosakan kulit, dan lain-lain kesan. Pada tahun 2010 pula, kajian mengesahkan bahawa 55% daripada mangsa mengalami kanser. kesan-kesan yang telah berlaku itu tidak berlaku dalam jangka pendek. kesan jangka masa panjang, telah memberikan kesan sampingan kepada mangsa.

5. RACUN PEMBUNUH

AGENSI RAHSIA SOVIET telah ditubuhkan pada tahun 1921. Agensi ini ditubuhkan bagi mencipta sebuah racun yang boleh membunuh sesiapa sahaja. Mereka mencipta racun ini tanpa ada bau dan rasa agar tidak dikesan ketika ujian dijalankan.
mereka menjalankan ujian keberkesanan racun ini terhadap pelbagai golongan tidak kira muda dan tua. bahan-bahan kimia seperti cyanide, curare, dan beberapa jenis racun lain telah diberi kepada golongan tadi melalui makanan atau berbentuk ubat. akhirnya, sejenis bahan kimia (carbylamine-choline-chloride) berjaya dicipta.


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *