Advertisement

Advertisement

Saturday, August 26, 2017

CIKGU SURAYA EPISOD 4

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Haziq mengambil basikalnya lalu bergerak menuju ke parit puyu untuk berjumpa dengan rakan karibnya. Sedang dalam perjalanan menuju ke parit puyu, Haziq terlihat cikgu Suraya sedang menuju ke sebuah kedai runcit di kampung itu. 

Haziq berniat untuk menegur cikgu Suraya, namun Haziq masih merasa takut dengan peristiwa yang berlaku semasa berada di sekolah pada pagi tadi. Haziq membatalkan niatnya dan terus menuju ke parit puyu. Setibanya Haziq disana, kelihatan Aiman sudahpun berada disana lebih awal daripadanya. Aiman menyapa haziq, “lewatnya kau sampai, dah lama aku tunggu kau. Lagi satu, hal apa yang nak dibincangkan?”. Haziq kemudian menceritakan hal yang ingin disampaikan kepada rakannya itu. “Aku rasa betullah apa yang kau cakap tadi, mungkin cikgu Suraya tu gila. Apa kata malam ni lepas solat isyak, kita intai cikgu Suraya di rumahnya. Nak tak?”, kata Haziq kepada sahabatnya. Aiman mencelah, “kau gila apa?, cikgu tu tinggal dekat kuartes guru-guru. Tak pasal-pasal kita kena cekup dengan Pak Mat”. Pak Mat merupakan seorang pengawal keselamatan di sekolah itu. Beliau sememangnya seorang yang sangat tegas dan garang orangnya. Haziq tidak mempedulikan kata-kata Aiman dan tetap berkeras untuk mengintai Cikgu Suraya. Aiman akhirnya bersetuju dengan cadangan Haziq. Malam ini mereka akan bertemu di masjid dan selepas solat isyak mereka akan menuju ke kuartes guru untuk mengintai cikgu Suraya. Selepas selesai sahaja perbincangan itu, mereka bergerak menuju ke rumah masing-masing. Azan isyak berkumandang, Haziq bergegas menuju ke masjid untuk solat isyak bersama-sama Aiman. Selesai sahaja solat isyak, Haziq dan rakannya menuju ke kuartes guru menggunakan basikal. Sedang dalam perjalan, Aiman menyapa Haziq. “aku takut la ziq!, nanti Pak Mat cekup kita nanti macam mana?. Mampus kita!”. Haziq mencelah, “kau jangan takutlah, kalau orang tua tu nampak kita, kita larilah!”. Akhirnya, mereka tiba di sekolah itu. Mereka memberhentikan basikal, lalu meletakkan basikal itu di tepi pagar sekolah. Haziq bersama rakannya bergerak perlahan-lahan sambil memerhatikan jika terlihat kelibat Pak Mat. Kelihatan Pak Mat pada ketika itu sedang leka mendengar radio.

 Tanpa disedarinya, Haziq dan Aiman menyusup masuk dengan perlahan-lahan melalui pintu masuk utama sekolah itu. Mereka bergerak perlahan-lahan, dan bersembunyi di sebalik pokok sambil menuju ke kuartes guru. Aiman berbisik, “aku takutlah ziq!, jom balik”. Haziq tetap berkeras dan memaksa Aiman untuk bersamanya. Kelihatan cikgu Azman sedang berjalan menuju ke sebuah rumah kuartes sekolah itu. Haziq tertanya-tanya, cikgu Azman pergi ke rumah siapa?. Haziq dan Aiman pada ketika itu tidak mengetahui langsung dimanakah rumah cikgu Suraya. Mereka hanya memerhatikan cikgu Azman sambil bersembunyi di sebalik pokok. Ternyata, cikgu Azman menuju ke rumah cikgu Suraya.

 Kelihatan, cikgu Suraya keluar daripada rumah itu dan mereka sedang bercerita di luar rumah. Jelas sekali wajah cikgu Suraya sememangnya cantik. Pastinya mana-mana lelaki akan terpesona. Mereka berbual-bual dan ketawa, sepertinya mereka sangat mesra dan seakan-akan sedang bercinta antara satu sama lain. Sedang Haziq dan Aiman mengintai dan mendengar perbualan cikgu mereka, kelihatan suluhan lampu suluh dan bunyi tapak kaki sedang berjalan menuju kearah mereka dan tahu bahawa itu adalah Pak Mat. Mereka dengan perlahan-lahan bergerak sambil bersembunyi di sebalik pokok agar tidak diketahui oleh Pak Mat. Kelihatan Pak Mat sedang menuju kearah cikgu Azman. Dengan pantasnya Haziq dan rakannya berlari keluar menuju kearah pintu gerbang sekolah. Mereka mengambil basikal masing-masing lalu beredar daripada sekolah itu. Bersambung….

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *