Kokkuri atau Kokkuri-San adalah sebuah permainan memanggil hantu yang berasal daripada Jepun. ciri-ciri permainan ini hampir sama dengan papan Ouija. Masyarakat Jepun menganggap permainan ini sebagai bentuk ramalan mengenai masa depan. permainan ini boleh dilakukan oleh 2 orang pemain atau lebih. Mereka akan meletakkan jari diatas syiling dan bertanya, "apakah kokkuri-san sudah hadir"?. sekiranya, syiling itu bergerak, bermaksud kokkuri (roh) sudah berada di tempat itu dan mereka boleh memulakan sebarang pertanyaan. best kan?
p/s : setiap permainan yang berkaitan dengan memanggil roh pasti ada kesannya kepada diri pemain. berhati-hati...
2. JALANGKUNG
Jalangkung atau Jailangkung adalah sejenis permainan yang berasal daripada Nusantara (merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang melayu yang merangkumi kepulauan indonesia, malaysia, singapura, bahagian selatan thailand, brunei, timor timur dan taiwan). secara umumnya, permainan ini pada asalnya bertujuan sebagai pemujaan roh. pelbagai versi jalankung di pelusuk Nusantara. Masyarakat tradisional TiongHoa, menggelar permainan ini sebagai "cay lan gong". mereka beranggapan jelangkung ini sebagai pelindung kepada kanak-kanak.
Dalam versi masyarakat Jawa pula, jailangkung lebih dikenali sebagai "Nini Thowong". mereka beranggapan bahawa ianya bertujuan bagi menjaga keselamatan desa dan menolak bala. manakala dalam versi masyarakat Minangkabau, permainan ini dikenali sebagai "Lukoh Gilo". permainan ini biasanya akan dimainkan ketika ada majlis-majlis tertentu seperti. Pada umumnya, permainan ini akan dimainkan pada waktu malam, lebih mudah bagi pemain untuk memanggil roh.
3. BLOODY MARY
Bloody Mary adalah sejenis permainan lagenda yang berasal daripada US. kononnya, asal usul permainan ini bermula bilamana Mary Whirningthon yang dikhabarkan telah mati dihadapan cermin. Rohnya telah terperangkap dan tidak akan keluar daripada cermin sehingga akan ada seseorang yang akan membawanya keluar daripada cermin. dikatakan, hantu Mary ini adalah seorang yang sangat pemarah dan mampu melakukan apa-apa sahaja diluar batasan manusia. cara bermainnya sangat mudah, jika anda berminat. sebut nama Blood Mary dihadapan cermin bilik mandi dengan lampu yang mati dan kemudian Blood Mary akan muncul daripada cermin itu untuk mengambil mata orang yang memanggilnya.
4. PAPAN OIJA
permainan ini kita semua tahu kan?. kalau dekat asrama, memang selalu main benda ni. permainan ini pada asalnya digunakan sebagai medium untuk berkomukasi dengan roh. cara bermain permainan ini sangat mudah. bahan-bahan yang diperlukan, sebuah papan oija, sebuah meja untuk meletakkan papan oija dan syiling. syaratnya, kawasan permainan haruslah ditempat yang sunyi dan sedikit gelap, kononnya bagi memudahkan pemain berkomukasi dengan roh; pemain juga harus menyebut mantera "spirit..spirit..spirit of the coin".
5. BABY BLUE
cara bermain permainan ini sangat mudah. anda hanya perlu masuk ke dalam tandas dan perlu ada cermin dibilik tandas itu. semasa berada ditandas, anda perlu berdiri dihadapan cermin dan lampu perlu dimatikan. lakukan posisi seperti mendukung bayi dan sebut "baby blue" sebanyak 13 kali. jika anda bernasib malang, tangan anda akan terasa berat seperti ada bayi ditangan anda. dikatakan, tangan anda akan merasa sangat dan seperti ada yang mencakar dibahagian dada anda. jika anda dapat merasakan perkara-perkara ini, kononnya buang bayi itu ke dalam lubang tandas dan flush. jika tidak, anda memang akan menerima nasib yang sangat malang. akan muncul seperti bayangan perempuan yang sangat menakutkan dihadapn cermin dan berkata "kembalikan anakku!".
6. LADY IN WHITE
permainan Lady In White ini adalah permainan bagi seseorang untuk melihat seseorang kita sayangi yang sudah mati (kekasih/isteri). caranya cukup mudah, anda hanya perlu ke bilik mandi dan matikan lampu. hidup dan matikan lampu sebanyak 5 kali sambil mengucapkan "lady in white". berpusing ke arah berlawanan anda dan ucapkan nama kekasih anda. dikatakan, mereka akan muncul dihadapan cermin.
p/s: permainan yang melibatkan roh/hantu adalah perkara yang sangat dilarang olehNya, lebih-lebih lagi jika kita sebagai umat islam. perkara ini adalah khurafat dan dilaknat olehNya. berhati-hati dalam apa juga yang kita lakukan. dikhuatiri akan membinasakan diri. cerita ini akan bersambung seterusnya...
AGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
ReplyDeletePasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
Sabung ayam
sbobet online
casino online
tembak ikan
daftar bisa langsung ke:
LINE : agens1288
WhatsApp : 085222555128