terdapat satu kawasan di gunung itu yang digelar sebagai "Death Zone" dimana, bekalan oksigen semula jadi adalah sangat kurang disebabkan cuaca yang sangat sejuk (menyukarkan pernafasan). sekiranya, pendaki tidak membawa bekalan oksigen, kebarangkalian untuk berlaku halusinasi dan mati adalah sangat tinggi.
pernah dengar perkataan "frost bite"?. haaa, "frost bite" ni bermaksud berlaku kebekuan yang menyebabkan anggota badan seperti jari jemari mati. jangan main-main dengan fenomena ini. boleh dikatakan, sesiapa yang cuba untuk mendaki puncak tertinggi di gunung ini, akan ada 2 kebarangkalian. Mati ataupun hidup. Oh ya, admin nak bagi tahu ngan korang, ada satu perkara yang sangat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia iaitu, 2 orang pendaki dari malaysia yang berjaya menawakan puncak tertinggi gunung everest ( Datuk M Magendran dan Datuk N Mohandas ) pada tahun 1997. mungkin anak-anak muda sekarang ni tak tahu pasal kejayaan diorang ni, maklumlah budak wechat. hahaha.
Ada 1 lagi fenomena yang mengerikan tentang gunung everest ini. cuaca yang begitu ekstrim menyebabkan mayat yang tersadai disitu tidak mereput seperti biasa. mayat mereka masih dalam keadaan elok, begitu juga dengan peralatan mereka. oleh itu, mayat yang tersadai di situ menjadi penanda aras kepada pendaki.
setiap orang mempunyai matlamat dan cita-cita masing-masing. semuanya bergantung kepada diri sendiri. sekiranya anda mempunyai matlamat untuk mendaki gunung ini, sudah kah anda bersedia?
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment