Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Kelihatan begitu ramai
kanak-kanak yang sedang berjalan menuju ke sekolah dengan pakaian yang serba
baru. Hari ini merupakan sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar Sekolah
Kebangsaan Seri Melati. Suasana di SK Seri Melati pada hari ini sangat riuh
rendah. Kelihatan ibubapa pelajar juga turut bersama-sama ke sekolah bagi membuat
sesi pendaftaran pelajar. Ada pelajar yang menangis, ada juga pelajar yang
berlari-lari dan bermain-main bersama rakan.
Tahun ini, Haziq dan
rakan-rakannya yang lain akan menduduki darjah 6 dan merupakan tahun yang
terakhir bagi mereka berada di sekolah rendah itu. Haziq dan beberapa rakannya
yang lain begitu terkenal sekali dengan kenakalan mereka di sekolah. Didenda
oleh guru-guru adalah perkara biasa bagi mereka. Selepas sahaja didenda mereka
akan buat dan buat lagi sehinggakan guru-guru di sekolah itu “fed-up” dengan perangai mereka. Tepat
jam 8 pagi, sesi perhimpunan bermula sebelum pelajar dibenarkan memasuki kelas
masing-masing. Guru-guru mengarahkan semua pelajar untuk memasuki dewan dan
meminta pelajar-pelajar untuk berbaris mengikut kelas masing-masing.
Semasa
sesi perhimpunan berlangsung, guru besar sekolah telah mengumumkan bahawa
seorang guru sandaran akan mengajar disekolah itu. Guru Besar kemudian meminta
guru itu untuk berdiri dan membuat sedikit ucapan. Beliau ialah cikgu Suraya.
Wajahnya sangat cantik, kemas dan ramping orangnya. Semasa cikgu Suraya membuat
ucapan, suaranya yang halus dan ayu membuat seluruh orang di dewan itu terdiam
dan seakan-akan terpukau melihat kecantikan cikgu Suraya.
Haziq dan rakannya
berbisik-bisik antara satu sama lain bahawa cikgu itu sangat cantik dan
berharap bahawa cikgu Suraya akan mengajar di kelas mereka. Setelah cikgu
Suraya selesai memberi ucapan, guru besar kemudian meneruskan lagi ucapannya.
Sesi perhimpunan berakhir pada jam 8.30 pagi. Semua pelajar kemudian diarahkan
beratur mengikut kelas dan akan ada seorang guru yang akan membawa pelajar menuju
ke kelas. Ternyata apa yang disebutkan oleh Haziq tadi menjadi kenyataan. Cikgu
Suraya adalah guru kelas yang akan menggantikan guru kelas lama mereka yang
sedang cuti bersalin. Haziq dan rakan-rakannya hanya tersenyum sambil diiringi
cikgu Suraya menuju ke kelas mereka. Setibanya mereka di kelas, cikgu Suraya
mengarahkan pelajar-pelajar untuk mencari tempat duduk yang disediakan.
Kemudian, cikgu Suraya meminta pelajar yang ingin menjadi ketua kelas untuk
berdiri. “saya cikgu!”, Haziq
berdiri dengan penuh semangat berdiri dan mewakilkan dirinya untuk menjadi
ketua kelas.
cikgu Suraya hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat Haziq yang
begitu bersemangat sekali. Rakan-rakannya yang lain bertepuk tangan dan
bersorak menandakan tanda setuju bahawa Haziq adalah orang yang sesuai untuk menjadi
ketua kelas mereka. Haziq kemudian mengarahkan rakan-rakannya untuk berdiri
sambil berucap dengan semangatnya, “selamat
pagi cikgu!”. Rakan-rakan sekelas Haziq turut berdiri dan turut menyahut
laungan ketua kelas mereka. Cikgu Suraya tersenyum dan membalas ucapan
murid-muridnya, “selamat pagi
murid-murid”. Bermulanya sesi pengenalan antara murid-murid dan cikgu.
Sepanjang sesi pengenalan itu, Haziq tidak pernah putus-putus untuk bertanyakan
bermacam-macam soalan. Tidak kurangnya rakan-rakannya yang lain turut
bertanyakan bermacam-macam soalan. Cikgu Suraya hanya mampu ketawa dan melayan
karenah anak-anak muridnya. Senyum dan lirikan mata cikgu Suraya itu seakan-akan
memberi 1 rahsia yang tersembunyi disebaliknya. Bersambung….
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment