Inspektor hasyiem bersama pasukannya, bergerak menuju
ke rumah doktor shima. Beliau membawa keretanya sendiri, manakala anggotanya yang lain turut membawa kereta masing-masing bagi mengelakkan operasi mereka dikesan oleh Doktor Shima. Anggota pasukan beliau mengekorinya dari jauh.
Jarak rumah doktor shima agak jauh daripada Kota Kuala Lumpur yang mengambil masa
lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana.
Akhirnya mereka tiba di rumah
doktor shima. Agak menyeramkan bila dilihat, sepanjang persimpangan menuju ke
rumah doktor shima kelihatan tiada sebuah rumahpun yang berada di sana. Jalan
menuju ke sana juga agak gelap kerana ketiadaan lampu jalan. Inspektor hasyiem
pada ketika itu merasa sangat gementar. Dahinya berpeluh tanpa henti. Namun,
beliau tetap menguatkan semangatnya. Beliau memperlahankan kereta beliau untuk
memasuki halaman rumah Doktor Shima, kemudian meletakkan kenderaannya dihadapan
rumah.
Beliau menaiki tangga, dan memberanikan diri untuk mengetuk pintu rumah
itu. Belum sempatpun beliau mengetuk pintu rumah itu, doktor shima sudah
membuka pintu rumah itu sambil tersenyum, menjemput inspektor hasyiem masuk ke
rumah. Keayuan dan senyuman manisnya itu sudah tidak menjadi igauan mimpi indah
Inspektor Hasyiem, apa yang beliau lihat sekarang adalah senyuman yang
menakutkan!. Inspektor Hasyiem tetap memberanikan diri dan berlakon seperti
biasa bagi mengelakkan Doktor Shima merasa ragu. Sementara itu, pasukan polis
yang lain telah membuat gerakan secara senyap dan mengepung rumah itu. Mereka
berada dalam keadaan “stand-by” untuk menyerbu masuk bila-bila masa sahaja. Inspektor
Hasyiem yang pada ketika itu kelihatan berpeluh dan gagap ketika mereka sedang
berbual-bual. Doktor shima merasa pelik, dan dapat merasakan bahawa Inspektor Hasyiem
sudah mengetahui kegiatannya selama ini. Doktor shima kemudian mempelawa
Inspektor Hasyiem untuk makan malam bersamanya. Sebelum menghidangkan makanan,
doktor Shima telah meletakkan ubat pelali pada makanan itu. Sedang Inspektor Hasyiem
makan, Doktor Shima hanya tersenyum sambil menyuap makanan dimulutnya. Pandangannya
tidak pernah lari daripada melihat Inspektor Hasyiem. Inspektor Hasyiem hanya
tersenyum dan memuji Doktor Shima bahawa masakannya begitu sedap sekali. Tidak
lama selepas itu, Inspektor Hasyiem merasa pening dan sakit kepala. Beliau
tidak dapat mengawal dirinya lalu terjatuh dari bangku itu dan terus terbaring.
Sebelum melelapkan mata, beliau sempat melihat Doktor Shima tersenyum lebar
seakan-akan beliau tahu bahawa tujuannnya ke sana adalah untuk memberkasnya. Beberapa ketika kemudian, Inspektor Hasyiem tersedar dari pengsan. Beliau
merasakan tangan dan kakinya seperti diikat. Sebaik sahaja beliau membuka mata,
alangkah terkejut beliau. Tangan dan kakinya diikat di atas meja makan tadi. Kelihatan
Doktor Shima sedang mengasah pisau di dapur sambil ketawa seperti orang gila!.
Dia kemudiannya menuju ke arah Inspektor Hasyiem dan menggeser-geser bilah
pisau itu dimuka Inspektor Hasyiem sambil ketawa terbahak-bahak.
Beliau
menceritakan segalanya kepada Inspektor Hasyiem mengenai pembunuhan yang berlaku
baru-baru ini. Beliau mengakui bahawa semua itu adalah perbuatannya. Doktor Shima
mengatakan bahawa beliau begitu obses dengan organ manusia, kerana rasanya yang
berbeza berbanding organ haiwan. Beliau merasakan 1 nikmat bila memakan organ
manusia yang membuat dirinya ketagih untuk terus memakan organ manusia. Inspektor
hasyiem sangat terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Doktor Shima. Namun,
beliau tidak berdaya untuk melakukan apa-apa pada ketika itu. Bersambung….
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment