Terdapat pelbagai cerita daripada orang-orang disitu, yang menyatakan bahawa bangunan itu berhantu semenjak hospital itu ditutup. Ada yang mendakwa pernah melihat seorang budak kecil sedang bermain bola yang diperbuat daripada kulitnya, seorang nenek tua yang meminta pertolongan serta pelbagai lagi kejadian aneh dan misteri yang berlaku di bangunan itu.
1. PINTU MASUK
Ada cerita mengatakan bahawa di pintu ini akan terlihat seorang wanita tua yang menangis untuk meminta pertolongan. bukan itu sahaja, wanita tua juga memunculkan dirinya dari bawah lantai dan terbang ke atas. selepas itu, kelibat wanita tua itu hilang.
2. TINGKAT 3
Menurut cerita saksi, di tingkat 3 ini mereka pernah melihat seorang budak kecil yang dikenali sebagai Maria sewaktu hidupnya. Pada permulaannya, kanak-kanak ini kelihatan seperti biasa dan lama-kelamaan budak kecil ini akan berubah wajahnya dalam keadaan yang sangat mengerikan!. saksi juga turut menyatakan bahawa, melihat hantu Maria sedang bermain-main bola dan bola itu diperbuat daripada kulit....
3. BILIK 502
bilik 502 merupakan tempat yang paling menyeramkan sekali di hospital ini. dikatakan, ada yang melihat jelmaan seorang jururawat, hakikatnya ia adalah hantu!. kisahnya bermula bilamana jururawat itu menggantung diri di bilik itu akibat tekanan jiwa. semenjak kejadian itu, sesiapa sahaja yang berani untuk masuk ke bilik 502, bersiap sedia untuk bertemu dengan hantu jururawat itu.
4. TEROWONG
terdapat 1 lagi kisah di kawasan terowong di hospital sakit jiwa ini. terowong ini lebih dikenali sebagai "death tunnel" dan menghubungkan hospital dan stesen kereta api. ada yang mengatakan bahawa terdengar suara-suara yang menyeramkan.
5. TINGKAT 4
tempat ini selalunya terjadi penampakan hantu-hantu dan disini lah para hantu-hantu di bangunan ini akan berkumpul. dikatakan tempat ini adalah tempat yang paling menyeramkan kerana sering terlihat hantu-hantu itu sedang berkeliaran di tingkat ini.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment