Pihak polis
dikejutkan dengan satu berita, dimana berlakunya satu pembunuhan yang
melibatkan seorang ahli perniagaan. Pembunuhan yang begitu kejam dan terancang
itu dilakukan disebuah rumah banglo, milik mangsa. Pihak polis menerima satu
panggilan daripada pembantu rumah mangsa pada jam 9 pagi, memaklumkan bahawa
tuannya telah mati dibunuh. Inspektor hasyiem bersama pasukan polis yang
bertugas dan juga unit forensik PDRM bergegas ketempat kejadian. Setibanya ke
tempat kejadian, anggota polis yang bertugas membuat sekatan dihadapan rumah
mangsa, bagi memudahkan kerja penyiasatan dilakukan. Inspektor hasyiem membuat
sesi soal siasat terhadap saksi, sementara unit forensik menjalankan siasatan
ditempat kejadian. Pembantu rumah itu memaklumkan inspektor hasyiem bahawa,
mangsa ada membawa seorang perempuan ke rumahnya. Namun, beliau tidak dapat
mengecam wajah mangsa kerana beliau sedang membuat kerja di dapur. Pada malam
kejadian, beliau mendakwa terdengar perbalahan antara mereka berdua. Pada
keesokan paginya pula setelah menyiapkan sarapan pagi, beliau kemudian ingin
mengejutkan tuannya untuk bersarapan pagi. Beliau pelik kerana pintu bilik
mangsa tidak berkunci. Pembantu rumah itu sangat terkejut, melihat mangsa yang
sudah tidak bernyawa dan terbaring diatas katil berlumuruan darah. Manakala perempuan
yang bersama-sama tuannya pada malam itu sudah tidak berada lagi di rumah itu.
Setelah selesai melakukan sesi soal siasat, Inspektor hasyiem masuk ke bilik
kejadian untuk melihat keadaan mangsa. Kedua-dua tangan dan kaki mangsa diikat
pada penjuru katil. Mulut mangsa diikat dan terdapat darah yang berlumuran
dibadan mangsa. Mayat kemudian dihantar ke hospital untuk sesi “post-mortem”.
Beberapa hari kemudian selepas kejadian, hasil “post-moterm” dikeluarkan.
Inspektor hasyiem tiba ke hospital bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai
keputusan “post-moterm” mangsa. Beliau kemudian berjumpa dengan seorang doktor
yang bertugas dalam mengendalikan mayat mangsa. Doktor itu mengulas secara
terperinci kepada inspektor hasyiem mengenai hasil “post-moterm” yang dilakukan
sambil menunjukkan gambar sebelum dan selepas “post-moterm” mayat mangsa.
Doktor itu memaklumkan bahawa terdapatnya kesan ikatan pada pergelangan kaki
dan tangan serta mulut mangsa. Terdapatnya kesan luka disyaki menggunakan pisau
pada dahi mangsa berbentuk nombor “12”. Beliau mensyaki bahawa suspek mungkin
adalah seorang doktor, kerana hasil “post-moterm” mendapati bahawa terdapat 2
jahitan kecil yang kemas dibahagian pinggang mangsa. Namun, apa yang lebih mengerikan, kedua-dua
buah pinggang mangsa telah dikeluarkan daripada badan mangsa!. Doktor
mengesahkan bahawa mangsa telah mati 8 jam yang lalu sebelum aduan dibuat oleh
pembantu rumah mangsa. Inspektor hasyiem mula merasakan sesuatu yang tidak kena
mengenai kes ini. Apakah motif sebenar pembunuh kejam ini. Adakah pembunuh ini
seorang “psychopath”?, adakah pembunuh ini mempunyai dendam masa lalu terhadap
mangsa?. Bersambung….
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment