Advertisement

Advertisement

Thursday, August 10, 2017

MIDNIGHT KILLER EPISOD 2

 Inspektor Hasyiem kembali semula ke pejabat bagi menyerahkan laporan “post-moterm” kepada pihak atasan sebagai rujukan. Sepanjang berada di pejabat, beliau masih terfikir siapakah pembunuh kejam ini. Keesokan harinya, inspektor hasyiem mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang pakar “psychologist” disebuah hospital sakit jiwa untuk membuat soal selidik mengenai pesakit yang menghidap penyakit “psychopath”. Tibanya beliau di hospital itu, inspektor hasyiem kemudian menuju ke kaunter pertanyaan dan memberitahu kepada jururawat yang bertugas pada ketika itu mengenai tujuan beliau kesana. Beberapa minit selepas itu, jururawat yang bertugas membenarkan inspektor hasyiem untuk masuk ke bilik doktor pakar “psychologist” itu. Alangkah terkejutnya beliau sebaik sahaja masuk ke bilik itu. Doktor pakar itu merupakan seorang sahabat lama beliau, Doktor Shima. Doktor Shima pada mulanya tidak mempercayai bahawa orang yang ingin berjumpa dengannya adalah sahabat lama beliau.  Inspektor Hasyiem yang dahulunya seorang yang kurus kering, kini berbadan sasa dan nampak segak sekali ketika memakai uniform polis. Inspektor Hasyiem dan Doktor Shima merupakan sahabat rapat sejak dari bangku sekolah lagi. Doktor Shima merupakan seorang yang bersopan santun dan cantik orangnya. Inspektor Hasyiem sendiri mengakui beliau pernah jatuh hati semasa mereka masih dibangku sekolah dahulu. Namun, niat beliau untuk menyatakan hasrat cintanya itu tidak kesampaian apabila Doktor Shima melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mereka terputus hubungan selama beberapa tahun. Selepas itu mereka membawa hala tuju masing-masing bagi mengejar cita-cita. Namun akhirnya, mereka dipertemukan semula. Adakah ini kebetulan atau ianya suratan takdir?, tiada siapa yang tahu. Walaupun agak kekok pada ketika itu, inspektor hasyiem tetap professional. Mereka berbual seperti biasa, bertanyakan khabar. Sepanjang mereka berbual-bual, Doktor Shima asyik bercerita mengenai kisah lalu mereka. Beliau benar-benar tidak menyangka, lelaki yang dahulunya penakut, kurus kering, kini terlihat begitu tampan dan segak. Pastinya ramai gadis terpikat dengan beliau, perli Doktor Shima sambil ketawa. Inspektor Hasyiem yang pada ketika itu turut ketawa dengan gurauan Doktor Shima. Sepanjang mereka berbual-bual, Inspektor Hasyiem tidak pernah mengalih pandangannya terhadap Doktor Shima walaupun seketika. Ternyata, Keayuan dan senyuman Doktor shima itu sama seperti dahulu yang membuatkan Inspektor Hasyiem terkenang akan kisah-kisah mereka semasa dibangku sekolah dahulu. Inspektor Hasyiem menamatkan cerita masa lalu itu dengan mengajukan soalan mengenai penyakit “psychopath”. Doktor Shima merasa hairan kerana secara tiba-tiba inspektor hasyiem bertanyakan mengenai penyakit “psychopath”. Lalu Inspektor Hasyiem menerangkan kepada Doktor Shima mengenai satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku sebulan yang lalu. Inspektor Hasyiem kemudian mengeluarkan beberapa keping foto mayat mangsa dan ditunjukkan kepada Doktor Shima. Inspektor Hasyiem yakin bahawa pembunuh ini berkemungkinan besar adalah seorang pesakit “psychopath”. Setelah beliau, melihat foto-foto yang dikeluarkan oleh Inspektor Hasyiem, ekspresi wajah beliau berubah dan menangis teresak-esak. Inspektor Hasyiem mula hairan. Mengapakah Doktor Shima menangis secara tiba-tiba selepas melihat foto-foto itu?. Apakah kaitan Doktor Shima dengan si mati?. Bersambung…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *