Haziq membalas pertanyaan cikgunya, “sesuai sangat cikgu!, bagai pinang dibelah
dua. Hehe”. Mereka semua ketawa sambil memperli cikgu Azman. Waktu
persekolahan pada hari itu akhirnya tamat. Kesemua pelajar beredar pulang
daripada sekolah. Haziq dan Aiman pada ketika itu sedang berjalan bersama-sama
untuk balik ke rumah. Haziq kemudian membuka cerita, “aku rasa serba salahlah
pasal kita tuduh cikgu Suraya tu gila. Mustahillah cantik macam tu gila kan?”.
Aiman membalas pertanyaan sahabatnya, “yalah
ziq, cikgu tu ok sebenarnya. Mungkin kita ni je yang rasa lain”. Pada malam
ini Haziq dan Aiman serta beberapa orang budak di kampung itu akan belajar
mengaji di rumah Haji Ayup. Rumah Haji Ayup berada di hujung kampung,
memandangkan beliau ialah seorang petani dan memiliki beberapa buah sawah padi
di kampung itu. Haziq dan Aiman kemudiannya menuju ke rumah masing-masing untuk
berehat dan bersiap sedia untuk menunaikan solat di masjid sebelum menuju ke
rumah Haji Ayup. Azan isyak berkumandang, Haziq kemudiannya bergegas menaiki
basikal dan menuju ke masjid. Terlihat, Aiman sedang mengambil air wudhu’.
Haziq menyapa rakannya, “awal kau sampai?.
Dah mandi ke belom?. hehe”. Haziq kemudian mengambil air wudhu’
bersebelahan dengan Aiman dan kemudiannya menunaikan solat bersama-sama.
Selesai sahaja solat isyak, mereka tercari-cari di mana Haji Ayup. “Ziq, Pak Haji mana? Tak Nampak pon?”,
kata Aiman. “Malam ni dia solat dekat
rumah kot. Kan malam ni kita nak mengaji kat rumah dia. Dah jom pergi”,
ujar Haziq. Haziq dan Aiman mengambil basikal masing-masing dan memulakan
perjalanan menuju ke rumah Haji Ayup. Keadaan pada ketika itu agak gelap kerana
ketiadaan lampu jalan dan hanya mengharapkan lampu di rumah orang. Haziq dan
Aiman akan membawa lampu suluh setiap kali mereka menuju ke rumah Haji Ayup.
Sedang Haziq mengayuh basikalnya, tiba-tiba sahaja dia memberhentikan
basikalnya. Aiman turut terhenti dan menegur rakannya, “Apa hal Ziq? Tetiba je berhenti.”. Haziq membalas, “kau tengok kat pondok tu!”. Kelihatan,
seorang perempuan sedang duduk di sebuah pondok berdekatan sawah padi.
Aiman
merasa cemas. “Ziq jomlah kita pergi
rumah Haji Ayup. Aku takutlah!”, kata Aiman kepada rakannya. “kau jangan takut, mana ada hantu zaman
sekarang ni. Jom ikut aku!”, ujar Haziq. Aiman dengan berat hati merelakan
dirinya dan tunduk kepada Haziq. Mereka meletakkan basikal mereka di tepi jalan
dan bergerak perlahan-lahan menuju ke arah pondok itu. Mereka berhenti di
sebuah semak dan menyorok. Haziq memerhatikan perempuan itu. Rambutnya terurai
dan sedang memegang payung sambil menggoyangkan kakinya. Kedengaran wanita itu
sedang menyanyi. Aiman menutup matanya dan badannya terketar-ketar. “ziq marilah balik, aku takut!”, bisik
Aiman kepada Haziq. Namun Haziq tidak menghiraukan kata-kata sahabatnya. Wanita
itu kemudiannya berhenti menyanyi dan tiba-tiba menangis sambil berkata
sesuatu. Haziq cuba untuk mendengar apa yang dibualkan oleh wanita itu namun
tidak kedengaran. Haziq dapat merasakan wanita itu adalah cikgu Suraya. Suaranya
yang lemah lembut itu sebijik macam cikgu Suraya. Namun wajahnya tidak
kelihatan. “Siapa tu!”, kata wanita
itu sambil menoleh ke belakang dengan nada yang marah. “Lari!”, kata Haziq kepada Aiman. Mereka bergegas berlari dan
mengambil basikal mereka lalu beredar dari tempat itu. Haziq dan Aiman tiba di
rumah Haji Ayup.
Kelihatan beliau sedang memegang rotan sambil melihat di luar
rumah, menanti kehadiran mereka berdua. “kamu
dari mana?, lama pak haji tunggu korang berdua!”. Kata Haji Ayup kepada
mereka. “Kami… Nampak hantu Pak Haji!”,
kata Haziq dan Aiman sambil terketar-ketar. Bersambung….
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment