Advertisement

Advertisement

Monday, August 28, 2017

HANTU BERAMBUT PANJANG DI BILIK ASRAMA

Hari pertama mendaftar, ibu dan ayahnya menghantar Anis ke asrama. Anis tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya kerana terpaksa berpisah daripada keluarga tersayang, memandangkan ini adalah pengalaman pertama Anis untuk Tinggal di asrama. Sejak mula tinggal di bilik itu bersama rakan-rakannya yang lain, Anis dapat merasakan sesuatu yang agak menyeramkan di bilik itu. Lebih-lebih lagi bila dia berada di bilik itu seorang diri, bulu romanya sentiasa tegak.

Pada malam itu, Anis mengambil keputusan untuk tidur lebih awal. manakala rakan-rakannya yang lain masih lagi sibuk untuk mengemas baju, dan barang-barang lain. Jam menunjukkan pukul 12 malam, rakan-rakan Anis mula masuk tidur memandang esok adalah hari pertama persekolahan mereka di sekolah baru itu. Anis cuba untuk melelapkan mata, namun gagal. pada masa yang sama dia merasa hairan kenapa jantungnya berdegup dengan pantas. Anis cuba untuk memejamkan lagi matanya tapi tidak berjaya. beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik itu.

tiba-tiba, Anis dikejutkan dengan satu bunyi yang aneh. Dia cuba memerhatikan dari mana datangnya bunyi itu. Anis terkejut dan tergamam. kelihatan, cahaya samar-samar dari kaki lima dorm itu. kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilnya. Rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Anis menggigil ketakutan, dalam keadaan separuh sedar dia cuba untuk mengejutkan rakannya yang tidur di katil sebelah. "Ayu! Ayu! Ayu..!"   Ayu tersedar. "Kenapa Nis?"   kata Ayu sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, Anis memuncungkan mulutnya.  "Tengok tu."  Ayu memandang ke arah Anis semula. 

"Tak ada apa pun! Dahlah, tidurlah! esok kena bangun awal lagi." kata Ayu sambil menarik selimutnya. kelihatan makhluk berambut panjang itu terus menyikat rambutnya. Anis merasa sangat takut pada ketika itu. Mahluk itu ketawa sambil menyikat rambutnya. Tubuh Anis seram sejuk dibuatnya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya, seperti orang hilang akal. Anis memusingkan badannya dan memekup telinganya dengan bantal. tapi, ketawa makhluk itu semakin kuat dan sangat menakutkan.

selang beberapa minit kemudian, bunyi ketawa itu semakin perlahan dan terus lenyap. Namun, Anis masih tidak berani untuk melihat ke arah Makhluk itu tadi. Ruang dorm yang tadinya gelap kini terang benderang. Anis terkejut bila melihat ada Makhluk di kiri dan kanannya. ada yang membawa baldi dan tuala.

"Anis bangun! Mandi."  Anis mengangkat kepalanya sambil melihat ke arah kaki lima dorm itu. Ternyata, Makhluk menyeramkan itu seudah lenyap dari situ.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *