Advertisement

Advertisement

Tuesday, August 22, 2017

MISTERI HUKUMAN MATI MENGGUNAKAN KERUSI ELEKTRIK

                                                         Adakah anda tahu kerusi elektrik?.

Hukuman mati menggunakan kerusi elektrik ini sebenarnya berasal dari pada Amerika Syarikat selama beberapa dekad. Hukuman ini juga turut digunakan oleh Filipina pada tahun 1924 sehinggalah tahun 1976.
Kerusi elektrik ini adalah sejenis hukuman mati (berasal daripada US) dimana, penjenayah akan dibunuh dengan cara badannya diikat pada kerusi itu dan diberikan kejutan elektrik melalui elektrod yang dipasang pada badan. terdapat beberapa kitaran sebelum penjenayah mati di kerusi elektrik itu. kejutan elektrik yang pertama, menyebabkan penjenayah mengalami ketidaksedaran dan mematikan otak. kejutan elektrik yang kedua, memberikan kerosakan kepada organ dalaman. secara Am nya, penjenayah mati disebabkan oleh kejutan elektrik yang berlebihan pada organ jantung. Hukuman ini hanya dijalankan di US dan filipina (semasa penjajahan US); Hukuman ini sama sekali tidak diterima oleh negara lain kerana cara pembunuhan ini adalah sangat kejam dan mengerikan.

terdapat beberapa fakta berkenaan kerusi elektrik ini:

1. Alfred Southwick, seorang doktor gigi yang berasal daripada Buffalo, New York merupakan pengasas/pencipta kepada kerusi elektrik ini. Idea ini terhasil bila mana, beliau terbaca satu berita mengenai kes kematian seorang lelaki mabuk yang memecah masuk ke dalam sebuah bangunan dan tersentuh kotak elektrik lalu mati akibat renjatan elektrik. setelah terciptanya kerusi ini, beliau pada mulanya menjalankan ujian ini kepada haiwan-haiwan. Ideanya itu kemudian telah dicadangkan dalam senarai hukuman mati dan diterima sebagai salah satu hukuman mati terhadap banduan.

2. Selain daripada mati, terdapat juga beberapa perkara yang akan berlaku semasa arus elektrik ini mengalir pada tubuh badan banduan. Renjatan elektrik itu mengakibatkan mangsa terberak dan terkencing termasuk juga muntah. 'banduan akan dipakaikan lampin' sebagai persiapan akhir bagi memudahkan kerja pembersihan dilakukan.

3. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa terdapat beberapa kes dimana, badan banduan terbakar yang mengakibatkan kesakitan yang teramat kepada banduan. diceritakan, ada seorang banduan yang bernama pedro madina yang akan menjalani hukuman mati di kerusi elektrik pada Mac 1997. kegagalan pada kerusi elektrik itu menyebabkan api menyala di kepala pedro. kejadian menyebabkan bau yang sangat busuk dan menyebabkan saksi kejadian termuntah.

4. Dalam sesetengah kes, apabila arus elektrik masuk kedalam tubuh banduan, badan membengkak dengan pantas dan bebola mata terkeluar dan tergantung daripada wajah bandauan itu. terdapat beberapa kes juga menyatakan bahawa suhu kerusi elektrik yang melampau menyebabkan bebola mata menjadi cair. bagi mengelakkan perkara ini terjadi, mata banduan akan diikat menggunakan pita pelekat terlebih dahulu sebelum menjalani hukuman ini.

5. sebelum hukuman ini dijalankan, warden yang bertanggungjawab harus memastikan segala persiapan telah lengkap dan akan memberikan arahan kepada pelaksana. 500V hingga 200V akan dikenakan kepada banduan dan akan kekal selama 30 saat. prosedur ini akan diberhentikan selepas 30 saat dan akan diteruskan sehingga banduan mati.


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *