Lebih mengejutkan lagi, Doktor Shima memaklumkan
kepada inspektor hasyiem bahawa daging yang dimasaknya tadi adalah organ
manusia. Alangkah terkejutnya Inspektor Hasyiem mendengar kata-kata Doktor Shima
itu. Beliau benar-benar tidak menyangka, bahawa masakan itu adalah organ
manusia!. Ekspresi wajah Doktor Shima berubah menjadi serius. Beliau
memberitahu Inspektor Hasyiem bahawa beliau sangat membencinya kerana kegiatan
yang dilakukan oleh beliau telahpun terbongkar. Doktor Shima berkata bahawa beliau
akan membunuh dan akan membakar mayat Inspektor Hasyiem. Doktor Shima
menyatakan bahawa, beliau tidak akan
mengambil organ Inspektor Hasyiem kerana misteri pembunuhan ini diciptanya itu
tidak akan menjadi sebuah lagenda yang akan disebut-sebut oleh orang lagi kerana
beliau telah menetapkan matlamatnya, hanya akan membunuh dan mengambil organ
manusia pada jam 12 malam dan pada tarikh 12 haribulan. Tanpa membuang masa,
Doktor shima mengangkat pisaunya ke atas sambil menghalakan mata pisau itu ke
arah Inspektor Hasyiem!.
Inspektor Hasyiem dengan sekuat hatinya menjerit untuk meminta tolong. Namun tindakannya untuk menikam Inspektor Hasyiem terhenti, apabila pasukan polis dengan pantasnya memecah masuk rumah itu melalui pintu dan tingkap. Mereka mengarahkan Doktor Shima untuk meletakkan pisau itu ke lantai sambil menghalakan pistol kearah doktor Shima. Akhirnya, beliau menyerah diri dan anggota polis menggari tangannya.
Beliau kemudian dibawa masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. Sambil berjalan menuju ke kereta itu, beliau sempat memberitahu Inspektor Hasyiem sambil mengukir senyuman yang menakutkan. Beliau berkata, “its not over shiem, game baru je nak mula. Hehehe”. Anggota polis yang lain membuka ikatan pada tangan dan kaki Inspektor Hasyiem. Beliau pada ketika itu bangun dan duduk seketika sambil mengusap dahinya. Wajahnya kelihatan sangat pucat, anggota polis yang lain cuba menenangkan Inspektor Hasyiem dan memberitahunya bahawa kes yang selama ini menghantui mereka kini telah berakhir. Inspektor Hasyiem hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Pasukan ambulans dan pasukan forensik tiba di tempat kejadian. Setelah memeriksa rumah itu, mereka menemui sebahagian organ-organ manusia yang terdapat pada peti ais yang dipercayai adalah organ daripada mangsa-mangsa Doktor Shima. Organ-organ itu tadi beserta barangan peribadi Doktor Shima seperti laptop dan telefon bimbit dibawa ke ibu pejabat polis sebagai bahan bukti untuk mendakwa Doktor Shima atas kesalahan yang beliau lakukan. Inspektor Hasyiem kemudian berdiri, sambil melihat setiap bilik di rumah itu. Senyuman dan ketawa ngeri Doktor Shima itu masih terbayang-bayang difikirannya. Beliau kemudian membuka sebuah bilik, bersebelahan bilik Doktor shima. Terdapat sebuah katil, dan sebuah meja belajar. Bila kemudian membuka sebuah almari di bilik itu dan melihat terdapat banyak baju perempuan. Inspektor Hasyiem agak tertanya-tanya. Milik siapakah bilik ini?. Mungkinkah Doktor Shima menggunakan kedua-dua bilik ini? atau Doktor Shima mempunyai “house-mate”?.

Beberapa bulan selepas kejadian, pihak polis membuat
sidang media mengenai pembunuhan misteri ini. Pihak polis berjaya menyelesaikan
kes ini, dan menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang
kononnya pembunuh misteri ini masih bebas. Inspektor Hasyiem yang pada ketika
itu sedang duduk di pejabatnya sambil membuat laporan mengenai kes-kes lain.
Sedang beliau membuat kerjanya, biliknya diketuk oleh anggotanya. Dia
memaklumkan ada sedikit masalah yang pelik berlaku berkaitan dengan kes
pembunuhan yang dulu. Beliau dimaklumkan bahawa blog yang dinamakan sebagai “midnight killer” itu masih aktif. Admin
blog itu telah memuat naik status beberapa hari yang lalu iaitu, “hello uolss rindu admin tak? Lama tak on
blog ni. Bz sikit hehehe. Tak lama lagi admin nak cari mangsa. Watch out! xOxO”.
Beliau hairan dan merasa pelik, bukankah pemilik blog ini adalah doktor shima?,
adalah mustahil bagi Doktor Shima yang memuat naik status itu, kerana beliau
sekarang berada dalam tahanan polis. Apakah blog ini bukan milik Doktor Shima?.
Jadi siapakah yang memuat naik status itu?. Adakah ini cuma gurauan atau benar?.
Apakah ada lagi pembunuh misteri seterusnya selain Doktor Shima?, dan Siapakah
lagi yang bakal menjadi mangsa seterusnya?
TAMAT
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment