Advertisement

Advertisement

Friday, August 18, 2017

MIDNIGHT KILLER EPISOD 6

Pada keesokan paginya, Inspektor Hasyiem kembali semula ke pejabat. Seperti biasa beliau pastinya akan bertanya kepada anggota beliau jika terdapat sebarang perkembangan mengenai kes pembunuhan ini. Beliau kemudian dimaklumkan oleh anggotanya bahawa, pada jam 12 malam kelmarin semasa mereka melakukan tugasan diluar, admin blog itu ada memuatnaik 1 status. Dalam statusnya itu menyatakan, “time to work! xOxO”. Inspektor hasyiem tertanya-tanya, apakah maksud disebalik status yang dimuatnaik oleh admin blog ini. Apakah berlakunya lagi pembunuhan kelmarin?. Setakat ini, belum ada lagi sebarang laporan dari anggota polis yang bertugas mahupun aduan daripada orang awam. Inspektor hasyiem kemudian menuju ke bilik beliau dan duduk di mejanya sambil memikirkan hal ini. Tiba-tiba, beliau teringat semula tentang kejadian kelmarin. Inspektor hasyiem masih merasa hairan sekali, bila melihat wajah Doktor Shima. Seperti ada masalah yang berlaku terhadap diri beliau. Lalu, Inspektor Hasyiem mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Doktor Shima tanpa menghubunginya terlebih dahulu. Dalam perjalanan beliau menuju ke pejabat Doktor Shima, beliau menuju sebentar ke sebuah stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak kereta. 

Sedang beliau mengisi minyak, tiba-tiba Inspektor Hasyiem terlihat Doktor Shima keluar daripada sebuah kereta mewah “Vellfire” berwarna putih dan sedang menuju ke tandas. Inspektor Hasyiem cuba untuk berselindung disebalik pam minyak itu. Terlihat seorang lelaki yang berusia dalam linkungan 40-an sedang menuju ke kereta mewah itu dan mengisi minyak.

 Inspektor Hasyiem merasa curiga. Beberapa hari yang lalu, Doktor Shima baru sahaja berjalan dengan seorang jejaka tampan yang membawa kereta “Audi” dan hari ini beliau bersama dengan lelaki lain lagi. Apakah Doktor Shima ini seorang “play girl”?.

 Inspektor hasyiem membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan Doktor Shima. Sebaik sahaja mengisi minyak, beliau bergegas menaiki kereta dan kembali semula ke pejabat. Tibanya di pejabat, beliau meminta anggotanya untuk membuat pengesahan nombor pendaftaran kereta beserta alamat pemilik kereta “Audi” yang ditahan oleh beliau kelmarin. Setelah mendapatkan nama dan alamat pemilik kereta itu, beliau mengarahkan beberapa pasukan peronda yang bertugas untuk memeriksa rumah pemilik kereta itu yang terletak di sebuah rumah kondominium mewah. Hatinya berdebar-debar dan fikirannya bercelaru. Beliau dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Doktor Shima!. Setengah jam kemudian, beliau menerima satu panggilan daripada anggota polis yang bertugas memaklumkan bahawa berlaku satu kematian di kondominum mewah itu. Beliau hanya tertunduk dan mengusap dahi beliau sambil memegang telefon untuk mendengar keterangan daripada anggota beliau. Ternyata benarlah apa yang beliau rasakan. Beliau mengambil keputusan untuk datang ke tempat kejadian. Sesampainya beliau di tempat kejadian, beliau melihat unit forensik sedang memeriksa mayat mangsa. Benarlah, mayat itu adalah jejaka tampan yang beliau lihat kelmarin berjalan menaiki kereta bersama Doktor Shima. Keadaan mayat ini adalah sama seperti pembunuhan kejam yang berlaku pada bulan lepas. Inspektor Hasyiem tertanya-tanya, mengapakah setiap mangsa yang terbunuh ini pastinya mempunyai sangkut paut dengan Doktor Shima. Apakah benar Doktor Shima yang melakukan perbuatan terkutuk ini?   Bersambung….


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *