Advertisement

Advertisement

Friday, August 18, 2017

TEMPAT-TEMPAT YANG MENYERAMKAN DAN MEMPUNYAI KISAH TERSENDIRI

Ini bukanlah rekaan semata-mata. Ramailah juga team-team paranormal yang datang ke tempat seram ni. diorang dah buktikan memang benar seram, tengok tempat pon dah seram apatah lagi masuk ke dalam. erggh!. kalau korang tak caye, nantilah buat vacation g tempat-tempat ni.

1.THE MISSING NAZI GOLD TRAIN
Terdapat cerita/lagenda menyatakan, pada tahun 1945 dan pada masa yang sama adalah hari terakhir perang dunia ke-2, tentera Nazi telah mengisi segala emas, senjata dan harta-harta berharga ke dalam kereta api kebal di poland. kereta api tersebut bertolak menuju ke Waldenburg (arah barat) lebih kurang 40 batu jauhnya.

kereta api tersebut hilang dalam perjalanan di pergunungan Owl, hilang bersama segala benda-benda berharga di dalam kereta api itu.

Walaubagaimanapun, tiada bukti yang menyatakan/mengesahkan wujudnya kereta api itu. Namun hakikatnya, Hitler (pemimpin Nazi) ada mengeluarkan arahan untuk menggali terowong bawah tanah rahsia. rasa-rasanya untuk apa?. sebagai "escape route" untuk membawa harta yang begitu banyak. make sense kan?


2. THE DEAD CHILDREN'S PLAYGROUND
Ada yang mendakwa bahawa apabila malam menjelang tiba, roh kanak-kanak yang dikubur berhampiran datang ke taman ini. Ramai saksi mendakwa pernah melihat kejadian paranormal ini berlaku. Untuk pengetahuan anda, taman permainan ini terletak di tanah perkuburan Maple Hill, Alabama.


3. GONJIAM PSYCHIATRIC HOSPITAL GWANJU
Hospital ini merupakan tempat yang paling menyeramkan di negara korea selatan. Hospital ini ditutup pada tahun 1990. Punca penutupan hospital ini disebabkan kematian pesakit yang misteri. Roh-roh yang tidak tenteram berlegar-legar di kawasan hospital itu.



4. JAMBATAN KOLKATA INDIA
Penduduk tempatan mendakwa sering kali melihat tangan tergapai-gapai disatu bahagian di bawah jambatan howrah di sungai tersebut. Apabila mereka cuba menyelamatkan mangsa yang disangkakan lemas, secara tiba-tiba sahaja tangan tadi hilang dan keadaan menjadi sunyi. Ada yang mempercayai bahawa tangan itu adalah mereka-mereka yang pernah membunuh diri terjun dari atas jambatan dan lemas. Terdapat beberapa lagi dakwaan daripada orang tempatan menyatakan bahawa pernah melihat seorang perempuan menangis di atas jambatan itu. sebaik sahaja dihampiri, gadis yang menangis tadi hilang.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *