Advertisement

Advertisement

Tuesday, August 29, 2017

TANDA-TANDA DISERANG SANTAU DAN CARA MERAWATNYA

seperti yang kita semua tahu, santau merupakan sejenis amalan sihir bagi memudaratkan seseorang yang dikehendaki. kebiasannya, serangan santau berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat. pakar-pakar perubatan islam menyatakan bahawa berkemungkinan santau ini akan menyerang pesakit selepas 7 hari, 21 hari, 40 hari, atau 100 hari bergantung kepada jenis santau dan tahap amalan sihir.


TANDA-TANDA DISERANG SANTAU

1. Batuk yang berpanjangan ( samada kering ataupun berlendir);
2. Sakit kepala yang berpanjangan;
3. Demam atau selsema;
4. Hilang selera makan secara tiba-tiba;
5. Sukar untuk bernafas atau sakit dada;
6. Sakit dibahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, lutut;
7. Sakit dibahagian tekak;
8. Sukar untuk tidur pada waktu malam, rasa gelisah seperti ada yang mengganggu;
9. Merasa kebas pada bahagia kaki atau tangan;
10.Batuk berdarah;
11. Gangguan emosi (panas baran, kemurungan. boleh menjadi gila kesan daripada itu);
12. badan menjadi kurus, pucat dan badan menjadi lemah;
13. biji mata menjadi kuning, jari jemari dan tangan menjadi hitam;
14. sukar untuk berjalan dan berkemungkinan akan menjadi lumpuh;
15. Kerosakan pada organ dalaman dan menyebabkan kematian.


CARA-CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU

1. Pesakit harus dirawat secara berterusan sehingga sembuh dengan izinNya. Dikhuatiri jika tidak dirawat secara berterusan, 'santau' tadi akan kembali merebak di dalam tubuh;

2. Perubatan islam. melakukan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran (Ruqyah Syar'iyah) dan bahan-bahan rawatan selagi tidak bertentangan dengan syariat islam;


3. Pesakit haruslah berpantang beberapa makanan tertentu (Nenas, limau, cendawan, rebung, serai, cuka, pulut, organ dalaman haiwan, durian, nangka, cempedak, berjeruk, makanan yang masam, ikan berduri dan makanan yang pedas serta sejuk). Elakkan daripada memakan makanan yang dilarang, dikhuatiri penyakit akan bertambah lebih parah jika melanggar pantang.

p/s: kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha, Allah Swt yang menentukan segalanya. semoga bermanfaat. kongsikan kepada keluarga, sahabat andai, orang tersayang.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *