Advertisement

Advertisement

Sunday, September 10, 2017

5 Perkara aneh yang pernah Viral di Malaysia

1.  Anak Kambing mirip Bayi Manusia
- Anak kambing yang menyerupai bayi manusia ini dilahirkan oleh kambing betina milik kepada seorang warga Felda Sungai Mas (Ibrahim Nasir). Bentuk wajah dan badan anak kambing itu seakan-akan bayi manusia, dan dikatakan tidak mempunyai tali pusat. Anak kambing ini disahkan mati, selepas beliau menemui anak kambing itu.



2. 'Selfie' di belakang cermin tingkap.
- Tular di media sosial selepas gambar ini dimuat naik pada laman sosial facebook. Apa yang menyeramkan tentang gambar ini, wajah perempuan itu noleh ke arah cermin tingkap sedangkan dia dan suaminya sedang menghadap ke arah cermin?   huhu seram juga tengok gambar ni.



3. Anak Duyung terdampar
- Pada tahun 2006, media sosial digemparkan dengan satu penemuan aneh yang berlaku di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Mereka telah menemui sejenis makhluk yang mirip seakan-akan duyung yang menyeramkan. Tapi ramai yang berpendapat gambar ni macam 'fake', tapi tak tahu lah nak cakap apa.




4. Filem The Conjuring
- Cerita ni pernah viral dulu semasa Filem The Conjuring ditayangkan di Malaysia. berlaku di sebuah bilik (Imperial Hotel Miri), kejadian tu berlaku sekitar jam 2.30 pagi selepas pasangan kekasih berasal daripada Singapore ni kembali ke bilik mereka. perempuan itu terkejut apabila dia menemui satu tanda "cross" di cermin bilik mandi bilik itu. Pada mulanya gadis itu menganggap teman lelakinya itu mahu melakukan "prank" terhadapnya. tapi bila mereka fikirkan semula, mereka pada masa itu sedang menonton filem itu. Jadi siapakah yang melakukannya? Ntah lah. 



5. Anak patung menyeramkan di Singapore
- Anak patung ini ditemui pada sebatang pokok berhampiran jalan raya. Apa yang pelik mengenai patung itu adalah, matanya diikat dengan sehelai kain yang bertulis. Mereka beranggapan bahawa patung itu bukan dibuang atau ditinggalkan, berkemungkinan ada seseorang yang cuba meletakkan anak patung itu di situ. 

Korang tahu tak kenapa patung ni jadi "viral?",   ada saksi mendakwa pernah melihat anak patung itu bergerak dengan sendirinnya semasa tiada orang melihatnya. Selain itu, saksi juga turut mendakwa pernah terdengar suara seorang dari patung itu. Macam cerita Annabelle pula kan?


Menurut pemilik asalnya, satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah dengan menutup mata patung itu dengan sehelai kain yang ditulis "Bismillah" dan meninggalkannya di satu tempat yang jauh. 


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *