Sebenarnya makanan itu konon-konon untuk anaknya yang
bernama Monalisa. Anaknya terlibat dengan kemalangan beberapa tahun yang dulu. Beliau
dan isterinya koma selama beberapa tahun. Sebaik sahaja sedar daripada koma,
barulah mereka tahu bahawa anak mereka sudah tiada. Isterinya menjadi murung
dan tekanan akibat peristiwa itu. Oleh sebab itulah isterinya sentiasa bersama
patung itu, kerana patung itu adalah patung kegemaran anaknya dan isterinya
merasakan bahawa anaknya itu masih lagi hidup. Suasana pada ketika itu memang
sedih bila dapat tahu hal sebenarnya. Kitaorang pun minta maaf sebab bertindak
biadap tanya soalan macam tu. Walaubagaimana pun, senyum itu masih terukir di
wajah beliau. Seakan-akan senyuman yang menyimpan seribu kedukaan. Aku tengok
isteri dia berdiri dari meja makan dan mengambil patung tadi lalu beredar dari
situ. “Jangan ambil hati ye, makcik kamu
memang macam tu. Semenjak dapat tahu Monalisa sudah tiada perangai dia berubah”,
kata pakcik tu kepada kami. Selepas selesai makan tu, kami pun borak-boraklah
dengan pakcik tu di ruang tamu rumah tu. Pakcik tu pun mula lah bukak cerita
dia pasal potret-potret yang tergantung dekat rumah tu. Bermula dari moyang
sebelah ayah, ibunya dan sehingga datuknya, semua dia ceritakan. Sampai je
dekat potret terakhir tu, pakcik tu sentap. “Inilah anak kami, Monalisa”, kata orang tua itu.
Budak tu memang comel. Potret tu diambil semasa
Monalisa berumur 6 tahun. Monalisa pada ketika itu duduk di sebuah kerusi
(kerusi kegemarannya) dan memegang patung yang selalu makcik tu bawa
kemana-mana. Cerita punya cerita, tak sedar jam 12 malam. So, aku dengan member
aku ni minta izin lah untuk naik ke atas untuk tidur. Sampai je dalam bilik,
kawan-kawan aku ni apa lagi, semua tunding jari dengan Iqbal. Yang buat hati ni
sakit, Iqbal sedikit pun tak rasa bersalah. Siap buat lawak lagi, keparat punya
kawan. Aku rasa badan aku ni sakit sangat, so aku tidur awal sikit lah dari
diorang. Tak lama pun selepas tu member aku pun tidur. Entah macam mana aku
pula yang dikejutkan oleh si Iqbal. “Daus…Daus..Daus,
bangun la kejap. Ada benda nak cerita ni!”, kat Iqbal sambil mengejutkan
aku. Aku tengok muka dia pucat, macam nampak hantu. Aku pun tanya lah kat dia
apa yang dah jadi. Dengan wajah yang pucat dan cemas, dia mula ceritakan pada
aku. “Tadi masa korang tido, aku turun g
bawah jap nak hisap rokok. Tetiba aku nampak hantu!”, kata Iqbal kepada
aku. Aku pun ikut cemas la time tu. Aku tengok kat katil, Hisyam, Saipul, Khai
takde kat katil. Aku pun pelik, diorang pergi mana pulak. Tetiba pula aku dengar
ada suara menangis. Tengah-tengah malam macam ni pula makhluk ni muncul. Aku
tengok Iqbal baring kat katil sambil menutup mukanya dengan bantal. Perasaan
aku time tu tak tahu nak kata apa. Aku cuba beranikan diri aku untuk melihat ke
luar tingkap. Kat depan tingkap tu ada beranda kecil. Dah lah bilik tu gelap,
aku pun perlahan-lahan menuju ke tingkap tu. Suara menangis tadi makin dekat,
aku rasa makhluk tu mesti ada dekat beranda tu. Apa nak jadi, jadilah. Aku
tarik langsir tu!. Tak tahu nak cakap apa time tu, apa yang aku nampak adalah…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment