1. Thermal Camera
- secara Am nya, kamera ini digunakan untuk mengesan sesuatu objek yang dikatakan memiliki titik panas atau sejuk. satu kanta khas yang dicipta bagi menumpukan cahaya inframerah yang dipancarkan disemua objek yang dikehendaki. seperti yang diketahui secara umum, 'hantu' adalah satu "energy" boleh dirasai. bermaksud, sekiranya Thermal Camera ini digunakan dan anda melihat seperti ada satu "energy" pada paparan, bermaksud ada hantu!
cara untuk menggunakan alat ni senang je. kalau korang betul-betul nak tahu tempat tu ada hantu atau tak, korang pergi ke satu tempat yang gelap dan halakan kamera itu ke kawasan yang kita rasakan ada sesuatu. Mohon jangan lakukan ni jika anda penakut.
2. Digital Voice Recorder
- Alat ni digunakan bagi merakam suara yang dihasilkan oleh hantu. Mungkin ada saat-saat tertentu suara hantu itu tidak mampu didengari oleh kita dan oleh sebab itulah alat ni digunakan bagi merakam suara hantu. Biasanya kalau kita tengok kat TV, ahli-ahli paranormal akan bawa hantu bercakap dan merakam setiap perbualan itu dan mereka akan memainkan semula rakaman itu, sekiranya terdapat suara hantu ketika berlangsungnya rakaman itu.
3. EMF Meter
- Pada asalnya, EMF meter digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap elektromagnet pada sesuatu benda. Kebiasaannya, benda yang diperbuat daripada besi. Ternyata, bukan besi sahaja yang mempunyai kuasa elektromagnetik, hantu juga mempunyai hal yang sama! sekiranya, bacaan elektromagnetik menjadi kucar kacir (Tidak menentu), bermaksud ada hantu disekeliling anda. Kalau korang peminat setia cerita Supernatural, si Sam ngan Dean selalu guna alat ni. hehe
4. Full-Spectrum Camera
- Kamera ini mampu mengesan objek atau cahaya menggunakan teknologi inframerah dan ultraviolet. Alat ni agak canggih sedikit sebab alat ni "2 dalam 1". Mohon kuatkan semangat semasa menggunakan alat ni.
5. Motion Detector
- Alat ni digunakan bagi mengesan sebarang pergerakan yang berlaku. Menurut ahli paranormal, kalau alat ni memberikan signal tanpa henti, bermaksud ada hantu yang mungkin sedang berlegar-legar di sekeliling kawasan anda.
6. Laser grid scope
- alat ni lebih senang kita bagi istilah "mengesan kehadiran hantu di kawasan sekeliling". Alat ni akan memancarkan cahaya hijau yang berbentuk titik-titik. Maksudnya, kalau ada kehadiran hantu di kawasan tu, ia akan lebih pantas dikesan menggunakan alat ni walaupun hanya sedikit pola bentuk cahaya hijau itu berubah.
7. Thermometer
- Alat ini digunakan bagi mengesan suhu pada sesuatu kawasan. kebiasaannya, sekiranya makhluk ini masuk ke sesuatu tempat (bilik) suhu akan berubah dengan drastik. kononnya, bila suhu bilik itu menjadi lebih atau kurang daripada 10 darjah selsius, bermaksud tempat itu berhantu!
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memburu hantu?! hehehe
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment