1. Yanomami Make out soup of their dead
- Yanomami adalah satu suku pribumi yang tinggal di sebuah hutan tebal Venezuala yang mengamalkan satu upacara mengerikan. iaitu, membuat sup daripada si mati. Dikatakan, proses upacara pengembumian itu mengambil masa berbulan-bulan yang bermula dimana, si mati akan dibawa jauh daripada perkampungan itu dan akan dibakar sehingga tulang dan abu sahaja yang tinggal. abu dan tulang itu akan dibawa semula ke kampung itu, dan mereka akan memulakan upacara tersebut. Tulang yang telah dibakar tadi akan ditumbuk sehingga halus dan akan dijadikan sebagai bahan campuran ke dalam rebusan pisang bersama abu tadi.
Air rebusan pisang bersama abu mayat diminum bagi memperingati si mati.
- Menurut kajian, "Endocannibalism" adalah 1 budaya yang dikaitkan, menghormati si mati dengan memakan tubuhnya. Ahli "Anthropologist" menyimpulkan bahawa upacara "Feast Of Dead" ini adalah cara untuk mengekalkan hubungan hubungan antara yang hidup dan mati. Upacara ini juga dikatakan sebagai cara untuk "melegakan emosi" bagi melepaskan kebencian dan ketakutan yang berkait rapat dengan kematian. Budaya "Endocannilbalism" ini diamalkan oleh puak Melanesian di Papua Guinea dan puak Wari di Brazil.
"Feast Of Dead" diraikan bagi memperingati si mati
3. Thibetan Buddhist Celestial Burial
- Ini adalah satu upacara bagi penganut agama Budha Tibbet dan menganggap upacara ini sebagai "Sky Burial". Korang tau tak macam mana upacara ni dilakukan?. Mereka mengamalkan satu tradisi iaitu memotong daging si mati menjadi cebisan kecil dan memberikannya burung atau haiwan.
Memang sangat mengerikan dan menjijikkan. Agama Budha Tibbet ini menganggap tubuh yang sudah tidak bernyawa itu tidak lagi berguna (Empty Vessel). Mereka lebih mengutamakan dan menghormati kepada semua hidupan (Yang masih bernyawa). Sehingga kini, lebih dari 80% penganut agama Budha Tibbet masih mengamalkan upacara "Sky Burial" ini, kerana upacara ini sudah diamalkan selama ribuan tahun.
Cebisan mayat diberikan kepada burung
4. Suspended Burial (Kubur Tergantung)
- Menurut sejarah, puak "Bo" di Hemp Pond Valley, Selatan China berkembang selama beribu tahun selepas mereka dibunuh beramai-ramai pada Zaman Dinasti Ming sejak 5 abad yang lalu. dan hari ini, puak BO semakin dilupakan dan apa yang tinggal hanyalah keranda-keranda menakutkan yang tergantung. keranda-keranda itu disusun di tebing bukit setinggi 300 meter. lebih kurang 160 kerana diletakkan sepanjang pemukaan bukit itu. Terdapat banyak lukisan di tebing bukit itu dengan warna merah , yang menggambarkan kehidupan puak BO. cara mereka menguburkan orang yang telah mati dalam cara ini sememangnya misteri.
Keranda diletakkan pada tebing bukit
5. Ritual finger Amputation
- Upacara kematian ini diamalkan oleh puak Dani di west Papua, New Guinea. Mereka (Golongan Wanita) mengamalkan ritual "memotong jari" sekiranya si mati mempunyai kaitan dengannya atau kanak-kanak yang mati. Kononnya, ritual itu dilakukan sebagai cara untuk memberikan kepuasan dan mengusir roh jahat, sementara ritual itu digunakan sebagai tanda sedih dan penderitaan terhadap si mati. Cara ritual ini dilakukan, jari diikat dengan ketat dan dipotong menggunakan kapak. jari yang telah dipotong tadi akan dikeringkan dan dibakar sehingga menjadi abu dan disimpan dalam sebuah bekas. Kini, ritual itu sudah diharamkan di Papua Guinea.
Jari dipotong bagi memperingati si mati
6. Famadihana
- Masyarakat Malagasi di Madagascar, mengamalkan satu ritual kematian dimana mereka akan menggali semula kubur saudara mereka yang sudah mati dan menggantikan kain baru (kain kafan) dan mereka akan mengarak mayat itu di kawasan kuburnya sambil menari mengikut rentak muzik. dikatakan, ritual ini sudah diamalkan oleh masyarakat Malagasi selama 3 abad. mereka percaya bahawa selepas kematian, akan ada kehidupan semula selepas itu. setiap 7 tahun, mayat si mati akan digali semula dan mereka akan melakukan perarakan ini bagi memperingati si mati.
Mayat dibawa berarak disekitar kuburnya
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment