Advertisement

Advertisement

Tuesday, September 5, 2017

ADAKAH BENAR HANTU PENANGGAL ITU WUJUD?

Adakah anda tahu apakah itu hantu penanggal?.   Menurut mitos dan cerita daripada nenek moyang kita, penanggal merupakan ilmu pemeliharaan makhluk halus dan atau lebih dikenali sebagai saka. kebiasaannya, hantu penanggal ini diamalkan oleh golongan wanita. Dipercayai, makhluk ini akan diberikan makanan (darah daripada ibu mengandung/baru melahirkan anak) oleh tuannya.

Menurut kepercayaan nenek moyang kita, hantu penanggal ini membolehkan tuannya untuk menjelma kepada sejenis makhluk berkepala dengan urat perut (organ dalaman), dikatakan mampu terbang untuk mencari mangsanya.  apa yang menyeramkan mengenai hantu penanggal ini, ia mampu mengesan dan mengenal pasti wanita yang sedang sarat mengandung/wanita yang baru sahaja habis bersalin. hantu penanggal ini akan mencari peluang dan kesempatan untuk menghisap darah sekiranya mangsa terleka. Dikatakan, darah daripada wanita yang baru sahaja melahirkan anak membuatkan pengamal hantu penanggal ini menjadi awet muda dan kekuatannya akan bertambah.


mungkin anda sedikit 'confuse' dengan penerangan tadi kan?. pengamal ilmu penanggal ini dikatakan mampu menanggalkan kepala bersama-sama isi perutnya (organ dalaman) untuk mencari mangsa. bermaksud, Tuan kepada pemilik ilmu ini membenarkan 'saka' tadi untuk meminjamkan tubuhnya bagi mencari mangsa. pada masa itu, tuan pemilik kepala itu tidak lagi mengawal pergerakan atau tingkah lakunya,   sebaliknya saka itu yang mengawal sepenuhnya kepala itu sehingga ianya kembali ke tubuh asal tuannya. lebih kurang macam tula. selepas sahaja makan, dikatakan hantu penanggal ini akan merendam urat perutnya ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan isi perutnya sebelum bercantum kembali ke dalam tubuh.


apa yang lebih menakutkan tentang hantu penanggal ini, ilmu penanggalan ini harus diwariskan kepada seseorang sebelum tuan pemilik itu mati. sekiranya tidak, hantu penanggal ini akan hidup liar dan akan menganggu penduduk di sekitarnya. kalau kat Malaysia memang famous hantu penanggal ni kan?.   kat Kota Belud, Sabah kalau tak silap. ada yang mendakwa pernah menangkap benda ni. tapi, belum ada kepastian lagi lah sama ada benar atau pun tak. 


Tak tahu lah betul atau tak, hantu penanggal ni kita boleh tahu bunyi 'dia' macam mana. lebih kurang macam bunyi burung. "Kuak.Kuak.Kuak",   kalau bunyi ni korang dengar macam jauh, maksudnya benda ni dekat. Kalau bunyi ni korang dengar kuat dan dekat, maksudnya benda ni jauh. Lagi satu, benda ni korang jangan cabar-cabar. kalau 'dia' tak dapat ganggu kau, 'dia' akan ganggu saudara/isteri kau (perempuan). Lagi-lagi kalau tengah sarat mengandung. 


Untuk pengetahuan korang, hantu penanggal ni takut dengan benda berduri (daun mengkuang, batang buah limau purut berduri). letakkan di bawah rumah. kononnya, benda ini takut duri-duri ni tersangkut di tali perutnya. 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *