Hari ini merupakan hari pertama Syamil mendaftarkan diri ke asrama, memandangkan exam untuk SPM akan bermula tidak lama lagi. Selepas mendaftarkan diri, Syamil di tempatkan ke sebuah bilik asrama yang disediakan. Bilik itu sedikit usang, memandangkan usia bangunan asrama itu sudah lebih dari 30 tahun. Syamil di tempatkan di sebuah bilik di tingkat 3, manakala tingkat satu dan tingkat dua merupakan penempatan pelajar bagi tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. bilik itu agak luas dan sedikit panas, memandangkan kipas yang disediakan sedikit usang dan belum digantikan. Namun, itu tidak mematahkan semangat Syamil untuk tinggal di bilik itu bersama beberapa orang rakannya yang lain.
Pada malam itu, Syamil dan beberapa orang rakan sebiliknya lain bercerita sambil membincangkan berkenaan soalan yang bakal keluar untuk SPM nanti. salah seorang rakan sebiliknya, Afiq mula membuka cerita mengenai perkara aneh dan seram yang pernah berlaku di asrama itu. Dikatakan, pelajar di asrama itu pernah melihat lembaga berambut panjang sedang berlegar-legar di kawasan asrama itu dan berjalan dari tingkat satu hingga tingkat tiga. menurut cerita lagi, pelajar di asrama itu pernah terlihat secara bersemuka dengan lembaga itu di tingkap semasa belajar pada waktu tengah malam. Syamil mula merasa seram dengan perbualan mereka.
jam menunjukkan jam 11 malam, rakan-rakannya mula mengemas buku dan menuju ke katil masing-masing untuk merehatkan diri. Syamil masih lagi meneruskan ulang kaji nya, cerita-cerita yang didengarinya itu tidak langsung mematahkan semangatnya. malam itu agak sunyi, memandangkan semua pelajar sudah tidur dan lampu bilik sudah diarahkan untuk ditutup oleh warden asrama. Syamil meneruskan ulang kajinya bertemankan lampu meja. "Tok, Tok, Tok", pintu biliknya diketuk. dia merasa hairan siapakah yang mengetuk pintu bilik mereka pada waktu ini? . Dia membuka pintu itu tanpa ada sebarang keraguan, ternyata tiada sesiapa pun yang berada di luar bilik itu. Syamil meneruskan ulang kajinya, sehinggalah bilik itu diketuk untuk kali yang kedua. "kum, kum", terdengar suara daripada luar bilik itu sambil pintu itu diketuk.
Syamil cuba untuk membuka pintu itu sekali lagi. seorang perempuan berdiri dihadapan syamil. bajunya kemas dan cantik orangnya. "hai, boleh saya pinjam pen?, nanti saya pulangkan". kata gadis itu sambil tersenyum kepadanya. Syamil seperti terkejut dengan kehadiran gadis itu didepannya, dan bergegas untuk mengambil pen untuk dipinjamkan kepada gadis itu. "Terima kasih. saya janji nanti saya pulangkan", kata gadis itu dan bergegas turun daripada bilik itu.
Syamil masuk semula ke bilik dan meneruskan ulang kaji. dia tersenyum bila teringatkan tentang gadis itu tadi. selepas sahaja selesai membuat ulang kaji, Syamil menuju ke katilnya untuk tidur. sesi persekolahan berjalan seperti biasa, sehinggalah tamat pada hari itu. Syamil bergerak bersama-sama rakannya menuju ke asrama. "korang tau tak, semalam ada awek cun datang ke bilik kita. dia pinjam pen dengan aku. cantik pula tu. hehe", kata Syamil kepada rakan-rakannya. Mereka terperanjat dan merasa pelik dengan kata-kata Syamil. "apa yang kau merepek ni?, ini asrama lelaki mana boleh perempuan masuk sesuka hati", balas Afiq. Syamil menjadi kaku dan mulai sedar dengan apa yang dikatakan oleh rakannya. Siapakah gadis yang meminjam pen nya itu?.
Selepas selesai solat isyak dan makan malam, mereka menuju ke bilik dan membuat sesi ulang kaji semula. Afiq mula membuka cerita berkenaan gadis misteri itu. dikatakan, dahulunya asrama yang mereka tinggal ini merupakan asrama perempuan pada mulanya. terjadi satu kes, dimana seorang gadis yang merupakan pelajar di situ tergelincir di tandas. belakang kepalanya terantuk di kepala paip menyebabkan pendarahan yang banyak dan mati di tempat kejadian. selepas kejadian itu, asrama itu ditutup untuk beberapa minggu sebelum dibuka semula.
selepas malam kejadian itu, Syamil sering kali diganggu oleh gadis itu. setiap malam, pintu bilik syamil akan diketuk. pernah sekali, Syamil cuba untuk melihat gadis itu melalui celah tingkap, gadis itu mengetuk bilik mereka sambil memegang pen milik Syamil. "kum, kum". terlihat dari sisi tepi, wajahnya sangat menakutkan. kelihatan darah mengalir dari belakang tengkuknya dan lebih menyeramkan kakinya kelihatan tidak mencecah lantai...
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment