Advertisement

Advertisement

Friday, September 8, 2017

6 benda yang ditakuti "HANTU"

benda-benda ni adalah kepercayaan daripada nenek moyang kita dalam usaha menghalau hantu jika berada di kawasan rumah. Apa yang pasti, berpegang teguhlah Al-Quran dan Sunnah. Inn sha allah,   bila kita yakin denganNYA, dengan izinNYA kita tidak akan diganggu. Kita hanya mampu berusaha dan DIA yang menentukan segalanya. Menurut kepercayaan nenek moyang kita, ada beberapa benda yang ditakuti oleh makhluk-makhluk ini;


1. Lada/ Cili padi.
- Lada/cili padi dipercayai boleh menghalau dan melemahkan hantu yang sedang berlegar-legar di kawasan halaman rumah kita. Pengalaman ni sendiri terjadi kepada admin, semasa kakak ipar sedang sarat mengandung di rumah kat kampung. doktor telah mengesahkan bahawa dalam masa seminggu lagi, kakak ipar akan melahirkan anak. so, abang ngan family dia ni balik lah ke kampung untuk menyambut bakal cucu yang pertama dalam keluarga. dipendekkan cerita, dalam masa seminggu tu kitaorang dengar banyak bunyi. bunyi macam batu kene baling kat dinding rumah, bunyi macam orang sedang merangkak kat bumbung. Disyaki yang menganggu tu adalah hantu penanggal. Abah pesan kat abang, bakar cili padi dalam 3 ke 4 biji sehingga kering dan picit serta sapukan di sekeliling bilik diorang. terpulanglah kepada korang untuk percaya atau tidak, lepas abang buat apa yg abah suruh, satu bunyi yang sangat kuat "Kedebakkk".   bunyi macam ada benda jatuh dekat bumbung rumah.  selepas kejadian tu, depa tak kacau lagi dah dan anak buah aku selamat dilahirkan. 



2. Duri limau purut.
- Dikatakan, duri limau ni sangat ditakuti oleh hantu penanggal. hantu ni memang tak sah kalau ada orang mengandung kat rumah memang dia pergi. so, korang ikhtihar lah cari duri limau purut dan letakkan di tingkap/bawah rumah korang. inn sha allah, benda tu akan lari dari situ.


3. Cuka getah
- Korang tahu tak cuka getah ni?,  kalau budak bandar memang tak tahu la kan. almaklumlah, budak hipster. cuka getah ni pun sangat ditakuti oleh hantu. sekirannya anda merasakan ada sesuatu yang mengganggu di kawasan rumah korang, petuanya korang renjis cuka getah ni dikawasan rumah dan ucap lah selawat (Allah humma solli' ala sayyi'dina muhammad) 3X dan renjis la di setiap sudut rumah korang (lakukan pada waktu siang). hati-hati, cuka getah ni jangan main-main ye. kalau tersilap, kulit korang boleh luka.


4. Garam kasar
- Garam kasar ni turut dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi menghalau hantu. tapi kena ikut jenis garam, bukan yang halus tu. Mesti garam kasar juga, baru menjadi. taburlah disekeliling rumah anda bagi mengelakkan hantu untuk datang ke rumah anda.


5. Ekor Pari
- ekor pari bukan stakat digunakan untuk merontan punggung budak. hahah. Sebenarnya, ekor pari ni juga ditakuti oleh hantu. Menurut cerita orang dulu-dulu, ekor pari ni dikatakan mampu mencederakan hantu. benda ni akan dibawa oleh nelayan dulu-dulu, sekiranya mereka diganggu oleh makhluk yg tidak di undang, ekor pari ni akan dilibas bagi menghalaunya.  p/s: (ekor pari yang telah dikeringkan). 


6. Cermin
- Menurut kepercayaan nenek moyang kita, hantu sangat takutkan cermin. kononnya, hantu itu sendiri takut untuk melihat wajahnya. 


1 comment:

  1. Yang No.6 tu, nampak sangat menipunya... �� �� ��

    ReplyDelete

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *