1. Lelaki berpakaian "hipster" pada tahun 1941
Gambar ini diambil sekitar tahun 1941 semasa majlis pembukaan semula jambatan South Fork Ridge di Gold Bridge, British Columbia. Terlihat seorang lelaki yang berpakaian moden dan memakai spek mata hitam berada di sana ketika majlis itu berlangsung. Mereka mendakwa bahawa pakaian yang digayakan oleh lelaki misteri itu tidak seperti gaya pemakaian yang dipakai pada zaman itu.
2. Chaplin's The Time-Traveller
Gambar ini menjadi popular dan menjadi tajuk utama di berita televisyen dimana, terlihatnya seorang wanita sedang berjalan sambil bercakap menggunakan sejenis peranti yang berwarna hitam yang dipercayai adalah "telefon". pada oktober 2010, "Northern Irish Film Maker" (George Clark) memuat naik sebuah video yang bertajuk "Chaplin's The Time-Traveller" di YouTube. Klip ini kemudian dianalisis sebagai bonus dalam bentuk DVD yang bertajuk Charlie Chaplin film The Circus, termasuk DVD penggambaran dari The Film's Los Angeles premiere di Grauman's Chinese Theatre sekitar tahun 1928. Dan pada satu ketika video ini ditayangkan, mereka melihat seorang perempuan sedang memegang sejenis peranti di telinganya yang dipercayai adalah "telefon".
3. Woman In The centre
Gambar ini diambil sekitar tahun 1938, menyaksikan seorang perempuan sedang meninggalkan sebuah bangunan "Dupont Factory", Massachusetts. Kelihatan wanita itu sedang memegang sebuah telefon semasa sedang berjalan meninggalkan tempat itu. Agak mustahil pada zaman itu wujudnya telefon bimbit, kerana telefon hanya dicipta dan boleh didapati di kereta. Telefon bimbit hanya dicipta selepas itu pada tahun 1973.
4. "Time Traveller" di perlawanan tinju "Mike Tyson"
Berlaku sekitar tahun 1995, perlawanan antara Mike Tyson dan Peter McNeely. terlihat seorang penonton sedang merakam perlawanan itu menggunakan "smartphone". Apa yang menjadi tanda tanya ialah, telefon berkamera pertama kalinya dilancarkan sekitar tahun 2000.
Adakah benda ni mustahil boleh berlaku?, wallahualam. DIA lebih mengetahui apa yang terjadi.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment