Advertisement

Advertisement

Sunday, September 3, 2017

MISTERI CIKGU SURAYA EPISOD AKHIR

Cikgu Azman duduk di kerusi sambil memikirkan hal tadi. Dalam masa yang sama, Cikgu Suraya sudah tidak sedarkan diri. Perasaannya berubah-ubah ditambah lagi bila beliau kehabisan ubat penenang menyebabkan fikirannya semakin bercelaru dan teringat kisah-kisah lalunya. Cikgu Suraya mengambil sebilah pisau di dapurnya dan berjalan menuju ke arah cikgu Azman sambil memegang pisau itu di belakangnya. Bila melihat wajah cikgu Azman, beliau seakan-akan teringat dengan bekas suaminya yang dulu pergi meninggalkannya. Dendam bercampur sayang menyebabkan dia tidak boleh melupakan bekas suaminya. “Abang..Sayang ada hadiah untuk abang. Hehehe”, kata cikgu Suraya sambil berjalan menuju ke arah cikgu Azman. Cikgu Azman pada ketika itu berdiri dan merasa hairan dengan tingkah laku cikgu Suraya. “Kau ok ke su?. Ni buat surprise apa pula ni?”, cikgu Azman bertanya. “Tutup mata dulu, baru sayang beritahu. Hehe”, jawab cikgu Suraya. Cikgu Azman menutup matanya tanpa mensyaki apa pun dengan apa yang akan dilakukan oleh cikgu Suraya kepadanya. “shakkkk!”, perut cikgu Azman ditikam. “Su! Apa yang kau buat ni?!. Tolonggggg!”, cikgu Azman menjerit dengan kesakitan yang teramat akibat tikaman di perutnya. 

Cikgu Azman merasa pening, lalu pengsan tidak sedarkan diri. “Abang tahu tak su sayang sangat dengan Abang?. Kenapa abang tinggalkan Su seorang?”, kata cikgu Suraya dengan nada yang sedih berbaur marah. Cikgu Suraya duduk di sebelah cikgu Azman sambil mengusap rambutnya. “Abang pergilah dengan tenang, nanti su kejar abang di sana… hehehe”, cikgu Suraya tersenyum dan ketawa.


 Haziq pada ketika ini sedang berada di rumah, tidak sedarkan diri. Aiman hanya terdiam tanpa berkata apa-apa langsung semasa berada di rumah Haziq. Pak Mat pada ketika itu merasa pelik dengan Haziq yang tiba-tiba sahaja pengsan. Semasa berada di rumah itu, Pak Mat menceritakan kepada Ayah Haziq tentang apa yang berlaku semasa mereka membawa Haziq ke rumah. Ayah Haziq cuba untuk bertanya kepada Aiman, namun Aiman hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepalanya. Wajah Aiman pada ketika itu kelihatan pucat, tangannya menggeletar kerana masih mengingatkan apa yang terjadi semasa mereka berada di rumah cikgu Suraya. Keesokan paginya, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Kelihatan kereta peronda polis sedang memasuki sekolah itu. Keadaan menjadi tegang seketika. Murid-murid keluar daripada kelas kerana merasa hairan dengan kedatangan pihak polis. 

Guru besar sekolah itu, Encik Abu keluar daripada pejabatnya dan merasa hairan dengan kedatangan pihak polis ke sekolah itu. “Assalammualikum Cikgu. Boleh kita berbincang sedikit di pejabat cikgu?”, kata pegawai polis itu kepada En Abu. “Boleh tuan, silakan ke pejabat saya”, balas En Abu. Mereka kemudian memasuki pejabat itu. “Silakan duduk Tuan. Boleh saya tahu apa tujuan pihak Tuan datang ke sekolah ini?”, Encik Abu bertanya. “Cikgu kenal dengan seorang perempuan yang kononnya dia adalah seorang cikgu. Namanya Suraya”, pegawai polis itu bertanya kepada En Abu. Pihak polis kemudian menerangkan segalanya kepada Encik Abu akan siapa sebenarnya cikgu Suraya. Encik Abu terperanjat dengan penerangan yang dibuat oleh pihak polis itu. Rupa-rupanya, cikgu Suraya merupakan seorang pesakit mental yang melarikan diri daripada hospital. Cikgu Suraya dulunya memang benar adalah cikgu dan menjadi gila selepas sahaja ditinggalkan oleh bekas suaminya. Semenjak terlepas daripada hospital, cikgu Suraya berpura-pura menjadi guru pelatih di kawasan pedalaman agar beliau sukar dikesan. Dokumen-dokumen yang menunjukkan beliau ialah guru pelatih adalah palsu. Encik Abu memaklumkan kepada pihak polis polis, bahawa cikgu Suraya kini sedang mengajar di sekolah ini. Beliau tertunduk tanpa berkata apa-apa. Pihak polis kemudian meminta izin kepada Encik Abu untuk membawa mereka menuju ke rumah cikgu Suraya. Setibanya mereka di rumah cikgu Suraya, kelihatan pintu tidak berkunci. Pihak polis mengacukan pistol mereka sambil memasuki rumah itu. Kelihatan, cikgu Azman sedang terbaring dengan berlumuran darah.

 Pihak polis memeriksa kawasan rumah itu. Ternyata, cikgu Suraya sudah tidak berada lagi di rumah itu. Pihak polis mengesahkan cikgu Azman mati akibat pendarahan yang berlebihan. Sehingga kini, Pihak polis masih lagi mencari dan mengesan di manakah lokasi cikgu Suraya seterusnya. Adakah cikgu Suraya kini sedang berada di sekolah berdekatan dengan perkampungan anda?. Tiada siapa yang tahu. hehehehe


TAMAT

1 comment:

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *