Advertisement

Advertisement

Sunday, September 3, 2017

MEMANGGIL HANTU TANPA KITA SEDAR

Tanpa kita sedari, ada sesetengah perbuatan yang kita lakukan sebenarnya memanggil 'hantu'   . sekiranya anda perasan, orang tua dulu-dulu (Atok dan Opah kita) banyak memberi nasihat kepada kita. Mungkin kadang-kadang nasihat yang diberikan tidak masuk akal atau mungkin anda kurang yakin dengan nasihat atau pun pantang larang yang diberikan kepada kita. Ingatlah, walaupun zaman kita sekarang jauh lebih maju daripada mereka dahulu, ternyata makhluk halus/hantu ini masih wujud pada masa kini.

1. JANGAN BERCAKAP BESAR BILA BERADA DI TEMPAT ORANG
 ini antara nasihat yang sering kali kita dengar bukan?. Jangan pandang rendah dengan nasihat ini. sebagai contoh kita berada di sebuah tempat pelancongan ataupun kawasan hutan, elakkan untuk bercakap besar. perbuatan seperti itu seakan-akan anda mencabar 'semangat' di kawasan itu. hal ini sudah sering kali terjadi, terutamanya kepada anak muda yang langsung tidak tahu tentang adat dan pantang larang. pernah terjadi dalam satu kes, dimana orang tersebut dirasuk dan mengalami histeria selepas membuat perkhemahan di sebuah hutan.


2. JANGAN MENEPUK-NEPUK BANTAL PADA WAKTU MALAM
sememangnya tidak logik difikiran bila mendengar ayat ini. perlu anda ingatkan, orang tua dulu-dulu tidak akan sesuka hati memberi nasihat/pantang larang sekiranya benda ini tidak pernah terjadi. dikatakan, sekiranya kita menepuk-nepuk bantal kita lebih dari 3 kali, kita seakan-akan cuba untuk bermain-main dengan 'hantu'. 'hantu' itu akan berlegar-legar di luar rumah, menanti kita untuk keluar berjumpa dengannya!


3. JANGAN MENEGUR APA SAHAJA BENDA YANG KITA RASA PELIK
benda ni selalu terjadi semasa kita berjalan jauh atau pun berkhemah di hutan dan apa-apa sahaja aktiviti luar rumah. pernah terjadi dalam banyak kes, bilamana seorang pemuda merasa hairan bila melihat seekor ayam yang sangat besar dan berwarna hitam semasa berada di hutan. pemuda itu memberitahu kepada rakan-rakannya tentang kejadian itu dan bercadang untuk menangkapnya. dikatakan, perkhemahannya bersama rakan-rakan dibatalkan dan mereka balik pada malam itu juga kerana diganggu dengan bunyi ayam berkokok yang sangat kuat dan bunyi-bunyi lain yang sangat pelik dan menyeramkan. nasihat admin, bila ternampak benda yang pelik, lebih baik diamkan dan ceritakan sahaja bila anda sudah keluar daripada tempat itu.

4. JANGAN MEMBAWA APA-APA DAGING PADA WAKTU MALAM
kejadian ini sering kali terjadi kepada orang. terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. kejadian ini berlaku semasa pemuda sedang menuju balik ke rumah sambil membawa hasil buruannya (rusa) pada waktu malam. menurut cerita, kereta yang dinaiki beliau sangat berat (padahal jalan menuju ke rumahnya tidak berbukit). beliau tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai ke rumah. bila dilihat hasil buruannya itu, rusa itu seperti bangkai. darah dan isi dagingnya menjadi putih menyebabkan hasil buruannya itu dibuang begitu sahaja. terdapat lagi 1 kes, bila mana seorang pemuda baru sahaja balik daripada kenduri dan membawa sedikit daging mentah ke rumahnya. kenderaannya menjadi berat dan sukar untuk bergerak. pemuda itu terkejut bila melihat 'side mirror' beliau. lembaga putih (pontianak) sedang terbang mengejarnya.. dengan pantas pemuda itu membuang daging tersebut dan keretanya kembali seperti biasa (tidak berat).



5. JANGAN MENYANYI DI TANDAS PADA WAKTU MALAM
benda ni rasanya selalu terjadi kalau korang pernah tinggal di asrama. ini berdasarkan pengalaman sepupu admin. dia mandi pada waktu tengah malam sambil mencuci kainnya. hujung minggu, member dia semua balik rumah.  dia je tinggal asrama, sebab rumah jauh. mula-mula menyanyi ada orang ketawa. dia sambung lagi nyanyi sambil basuh baju. tandas sebelah dia sambung lirik daa... siapa pula tu?.  basuh kain cepat-cepat dan larikk masuk bilik. tandas ni tempat kotor, memang favourite 'hantu' tinggal. jadi berhati-hati lah.


6. JANGAN BERGAMBAR/MELIHAT DI BELAKANG CERMIN PADA WAKTU MALAM
dulu ada viral dekat facebook perempuan tu bergambar dibelakang cermin solek dia. apa yang pelik, bayangannya mesti menghadap belakang juga kan?. ini tidak, bayangan menghadap kamera juga. seperti 'dia' juga turut serta untuk bergambar. ada betulnya juga nasihat orang-orang tua ni. jangan pandang remeh. Ada satu kes lagi, 1 family bergambar di sebuah pokok pada waktu malam. apa yang peliknya, kat belakang depa ada satu 'lembaga' putih turut serta dalam photoshoot itu. seram kan?...


7. JANGAN KELUAR RUMAH PADA WAKTU SENJA
pantang larang ni pun kita selalu dengar juga kan?. seperti yang korang semua tahu, waktu-waktu macam ni semua 'lembaga' berkeliaran. ada satu kes tu, seorang budak bermain di sebuah pokok ara (pokok tua yang besar) bersama rakannya yang lain. dikhabarkan budak itu hilang selama 2 hari dan tidak dijumpai. dengan izinNYa, budak tu akhirnya dijumpai di pokok itu juga, termasuk ke dalam akar-akar pokok itu. peliknya, bagaimana mereka-mereka yang cuba mencari budak itu selama 2 hari itu tidak perasan langsung bahawa budak itu berada di pokok itu juga?. selepas kejadian, budak itu menjadi pendiam dan selalu dirasuk. terpulang dengan korang untuk percaya kan. itu pendapat masing-masing.


sebenarnya banyak lagi perbuatan yang kita lakukan tanpa sedar, memanggil 'hantu'. ingat, orang-orang tua tidak akan memberi nasihat/pantang larang sesuka hati jika benda itu tidak pernah terjadi. Nanti admin kongsikan lagi kepada korang...

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *