Advertisement

Advertisement

Sunday, September 10, 2017

kisah benar "7 MALAM DIGANGGU BADI MAYAT"...

"7 MALAM DIGANGGU BADI MAYAT"

Halim atau lebih dikenali sebagai Bang Lim, merupakan seorang AJK Masjid kampung (Rahsia) dan beliau juga merupakan seorang bilal di kampung itu. Menurutnya, selepas beliau mula bertugas sebagai bilal, pengalaman beliau dalam mengendalikan dan memandikan mayat sudah cukup banyak. Beliau ada menceritakan pengalamannya "7 malam diganggu badi mayat,"  dan kini beliau seakan-akan sudah lali dengan kisah-kisah misteri yang berlaku pada dirinya. Beliau berkata, "Saya sudah lali dengan benda-benda tu. Seingat saya, badan ni terketar-ketar dan demam selepas mengendalikan mayat. Namun kini saya sudah terbiasa dengan keadaan itu. saya lakukan semua ini kerana Allah SWT".

Kisahnya bermula semasa beliau dan beberapa orang lagi bertugas bagi memandikan mayat di kampung itu. menurutnya, itu adalah pengalaman pertama beliau. Perasaan takut pada masa itu menyelubungi dirinya, walaubagaimana pun beliau yakin bahawa apa yang dilakukannya itu adalah keranaNYA. Selepas selesai sahaja memandikan mayat, mereka kemudian mengkafankan mayat itu. Menurut beliau, mayat yang mereka kendalikan itu adalah orang tua yang sudah lama uzur dan sakit. Orang ramai di kampung itu berpendapat bahawa orang tua itu mungkin membela saka. Sepanjang hidupnya berada di kampung itu, belum pernah sekali pun beliau kelihatan solat jumaat apatah lagi solat fardhu di masjid. Bang Halim tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal itu, kerana dikhuatiri akan mengundang fitnah dan dosa.

selepas selesai sahaja menguruskan mayat, mereka kemudian menuju ke tanah perkuburan. Menurut beliau, keadaan pada masa itu agak pelik dan sedikit menyeramkan. Angin bertiup dengan kuat, seakan-akan hampir menumbangkan pokok-pokok kecil yang berada di tanah perkuburan itu. Beliau turut menceritakan semasa meletakkan mayat ke dalam kubur itu, "Saya agak terkejut bila melihat mata mayat itu terbuka dengan luas dan sangat menakutkan!", ujar beliau. Beliau hanya mendiamkan diri dan menutup semula mata mayat itu kerana beliau tidak ingin keluarga si mati merasa kecewa dengan apa yang terjadi pada masa itu. selepas selesai sahaja urusan itu, mereka semua kembali ke rumah si mati bagi membincangkan kenduri arwah pada malam nanti. 

setelah selesai berbincang dan menjamu sedikit makanan yang disediakan, beliau kembali semula ke rumah. "waktu dah dekat maghrib, saya berjalan seorang menuju ke rumah untuk bersiap menuju ke masjid. Saya rasa macam ada yang mengekori saya dari belakang, bulu roma saya naik dan badan saya terasa sejuk",  Bang Halim menceritakan kisahnya.   Selepas sahaja sampai ke rumah dan mandi, badannya terasa sangat sejuk dan demam pada malam itu. sakitnya itu berlanjutan sehingga seminggu.

"Selama seminggu tu, badan ni terasa sakit dan demam panas. selepas waktu maghrib, saya akan diganggu. kadang-kadang, jika saya menuju ke tandas pada waktu malam saya terasa seperti ada orang yang sedang melihat saya dari belakang. walhal, pintu berkunci,"  kata bang Lim. Menurutnya lagi, selama seminggu itu, beliau seringkali ternampak seperti ada orang sedang berdiri di sebelah pokok tanamannya dan hilang dengan pantas begitu sahaja. 



Selepas melakukan rawatan dengan salah seorang imam di kampung itu, Alhamdulillah beliau telah pulih. menurut beliau, pengalamannya itu cukup memberikannya seribu makna dan cabaran yang cukup kuat baginya. "kadang-kadang tu saya rasa ada juga yang mengekori saya setiap kali selesai menguruskan mayat, tapi saya dah lali dan tak macam dulu lagi,".  Berikut amalan yang sering diamalkan beliau selepas menguruskan jenazah bagi mengelakan diri dan keluarga terhindar dari badi mayat:

1. Baca Al-fatihah;
2. Ayat kursi;
3. Muawwizatain (Surah An-nas dan Surah Al-Falaq) dan juga Surah Al-Ikhlas
4. dan diakhiri dengan salam.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *