Advertisement

Advertisement

Wednesday, September 13, 2017

KISAH SERAM: "Ku sangkakan jiran, rupanya hantu!"

Masa tu aku dan bini aku baru berpindah ke sebuah rumah. Kitaorang baru je berkahwin masa tu. Aku membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah di sebuah perumahan berdekatan tempat kerja aku. Kerja aku takde lah bagus mana, setakat kerani pejabat swasta tapi aku tetap bersyukur, aku yakin aku mampu tanggung makan minum, pakaian bini aku buat masa ni. dipendekkan cerita, aku nampak ada iklan rumah dan rasa macam kebetulan pula, macam tau-tau je aku nak sewa rumah. so aku pun contact la si pemilik rumah ni, nama dia Mr Chong. Dia cakap memang iklan tu betul, dah lama dia cari penyewa. Aku pun tak tau nak cakap apa, Alhamdulillah hehe. rumah yang aku sewa ni agak murah. Ada 2 bilik tidur kat atas, 1 tandas. Aku pun rasa pelik juga masa 'deal' rumah ni dengan tuan empunya. kau rase logik ke, rumah sewa RM 100 sebulan?  tengah bandar pulak tu. Aku pun malas nak cakap panjang, aku deal terus dengan empunya rumah tu. yang beshh nyer, no deposit, no 2+1, terus dia bagi kunci dan blah. Rumah kat sebelah kanan tu memang ada jiran, cuma tak berapa nak ramah orangnye. Diorang 2 beranak je tinggal, suami isteri. Agak lanjut juga usia diorang, mungkin 50 tahun mcm tu. Yang sebelah kiri ni pulak nampak macam kosong, rumput pun dah tinggi mcam hutan aku nampak tapi ada pula kereta parking kat situ. Rasa mcam dah bertahun tak cuci kereta tu, aku ade lah jg tnya Mr Chong pasal bakal jiran aku di sebelah kiri tu. Gelabah je aku tengok dia, macam nak tak nak je jawab soalan aku, apesal pulak dia ni...

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Aku masih ingat tarikh kami berpindah ke rumah tu, 27 Nov 2010. Tarikh yang cukup bermakna buat aku dan isteri aku. Sebelum kitaorang kahwin, aku sempat juga bersihkan rumah tu. Lain macam je aku rasa time tu, biasalah rumah lama. tapi semangat aku tetap kuat, berkorban demi isteri. hehe.  Ada sekali tu, dekat-dekat maghrib. Aku baru balik kerja dan terniat pula hati ni nak jenguk-jenguk bakal rumah aku ni. Aku selamba je masuk, buka pagar rumah dan tengok sekeliling rumah tu kalau-kalau ada lagi benda yang kena baikkan. Tiba-tiba aku dengar suara perempuan menjerit dekat rumah sebelah kiri ni. Aik, apahal pulak terjerit-jerit time maghrib macam ni?  tak reti nak hormat jiran sebelah ke. malas nak ambil kisah, aku kunci pagar rumah tu dan blah dari situ. dengan rasminya, aku dan isteri ku berpindah ke rumah itu. Banyak juga barang-barang yg kami bawak ke rumah tu, perabot, peti ais, dapur tu aku dah lama beli, bukan beli bayar ansur-ansur. hehe

Setelah selesai kemas semua barang-barang, aku pun rehat sambil nonton tv. Bini aku tengah prepare untuk makan malam. Rasa lenguh pula badan ni nak keluar, plan aku tadi nak makan kat luar. Aku masih ingat malam tu, "Ahhhhhhh! Abangggg!",  bini aku teriak tak tentu pasal. Lepas tu berlari peluk aku. Aku pun hairan gak, nampak hantu ke dia ni?.   "Abanggg... Tadi ada perempuan pakai baju kebaya merah tenung sayang kat tingkap dapur tu!".  Berdegup kencang jantung aku ni lepas dapat tahu bini aku nampak hantu. Aku tak peduli, apa nak jadi jadilah. Aku pergi ke dapur tu sambil membaca ayat qursi. serius time tu memang takde apa aku nampak. Aku kunci pintu dapur, tutup semua makanan dan bawa bini aku naik ke bilik. Aku cuba tenangkan dia dan pujuk dia untuk tidur. Dan pada malam pertama tu juga aku mimpi buruk. Mimpi yang tak pernah aku alami sebelum ni. Aku bangkit dari tidur aku dan cuba untuk tenangkan diri. masa tu pukul 2 pagi, aku turun ke dapur kejap untuk minum segelas air dan tengok tv kejap. "pit..pit", kedengaran bunyi 'alarm' kereta. aik, macam bukan bunyi alarm kereta aku. rasa macam jiran sebelah punya. aku pun tengok lah kat celah tingkap tu, aku nampak ada sorang perempuan. Cantik memang cantik, lengkap berpakaian baju kebaya warna merah. lama juga dia duk dalam keta tu, lpas tu dia keluar dan masuk balik ke rumah. Aik, macam sama je ngan apa yang bini aku cakap semalam. Tapi aku malas nak pikiq, hantu mana pandai tekan alarm lepas tu panaskan enjin. biarlah, bersangka baik aje...

GAMBAR SEKADAR HIASAN

lebih kurang 2 hari selepas tu, aku jemput saudara mara aku untuk datang ke rumah. Nak buat kenduri kesyukuran. Memandangkan aku kerja di sebelah pagi, so aku bercadang untuk buat kenduri tu sebelah malam. Aku dah siap-siap bagitau ngan mak ayah aku, dan adik-adik aku pasal kenduri ni. Awal pagi lagi, diorang dah sampai kat rumah untuk membuat persiapan kenduri. Macam kebiasaanlah, aku memang akan sampai dekat-dekat maghrib. sangkut dengan jem lagi. aduhh. Aku pun sampai la di rumah tu, agak riuh rendah juga rumah tu. Mana tak nya, dari pak long sampai pak su sekeluarga datang ke rumah tu. Aku ni pun cuba lah untuk beramah mesra dengan jiran-jiran aku ni. "Assalammualaikum...Asaalamulaikum... " tak berjawab. aku cuba lagi untuk memberi salam, dan akhirnya orang tua tu keluar. "Wasalam nak, ada hal apa ye?", jawab isteri kepada orang tua itu. Aku bagitahu lah dengan diorang pasal kenduri ni dan jemput diorang untuk datang ke rumah. "yela, inn sha allah nanti makcik datang. Pakcik kau ni tak berapa sehat"  . Aku pun mengangguk-angguk jela, mungkin diorang taknak datang lah tu. takpe lah. so, aku berkunjung lagi ke rumah sebelah ni. Belum sempat aku nak beri salam, dia dah buka pintu rumah. Serius aku cakap memang cantik orangnya, tapi bau perfume dia lain macam sikit. Bau macam bunga kemboja. "saya minta maaflah tak dapat nak hadir kenduri tu, ini saya ada sediakan sedikit kuih-muih", kata perempuan tu sambil tersenyum. Baju yang dia pakai semalam hari ni pun dia pakai jugak?, baju kebaya warna merah. Aku rasa macam tak sedap hati. perempuan ni normal ke tak normal?

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Aku parking lah dekat tepi-tepi rumah jiran, kereta tak muat banyak sangat kereta parking di rumah aku. Perempuan tadi tu pun masuk lah ke rumah dia. lepas tu dia matikan semua lampu. Aik, awal kot nak tido. Bermulalah kenduri doa selamat tu. Bacaan doa selamat ni diketuai oleh pak long aku. sepanjang pak long aku baca tahlil tu, semacam je bau yang menusuk ke hidung kami masuk ke rumah tu. selama beberapa hari aku dan bini aku tinggal kat rumah ni takde pula bau macam ni. "Arghhhhhhhhhh! Tolongggggggg!", kedengaran suara jiran di sebelah rumah ni. Kami semua terdiam. Apa hal pulak tu? . Abah aku pesan biarkan, tu masalah orang jangan masuk campur. Jadi nak dipendekkan cerita selesailah kenduri tu. Kitaorang menjamulah makanan yang telah tersedia. serius bau busuk tadi masih terhidu tapi tak sekuat time pak long baca tahlil tadi. setelah selesai majlis tu, family aku pun beransur lah pulang. Alhamdulillah, hajat aku pun dah tertunai. Aku teringin juga nak makan kuih yang jiran aku tu bagi, kot-kot sedap. Aik, ni kuih ke apa?. Batu dengan daun kering. Memang tak siuman perempuan ni. Aku rasa tak sedap hati. Aku pun bagitau lah ngan bini aku pasal batu dengan daun tu. Bini aku pun rasa jiran kami tu tak siuman. so, kitaorang pun tak ambik kisahlah pasal benda tu. Lepas kemas semua barang-barang, aku pun mandi dan solat...

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Masa tu jam 11 malam, aku berada di ruang tamu rumah dan tengah membuat sedikit kerja untuk dihantar pada keesokan paginya. bini aku tido awal malam ni, penat katanya. "Tok..tok...tok... ", pintu rumah aku diketuk. Pulakk, siapalah yang ketuk malam-malam macam ni. Bau perfume bunga kemboja terhidu... Aik, macam kenal bau perfume ni?  . Serius aku memang seram sejuk time tu. aku syak, jiran sebelah tu yang ketuk. fikir logik lah kan, apa pulak hajat si perempuan ni datang malam-malam macam ni? . Aku tak bukak lagi pintu tu, aku tengok kat celah-celah tingap. Ya allah, naik seram aku bila tengok perempuan tu. wajah dia pucat dan sangat menakutkan! . Aku kemas barang-barang aku dan naik ke atas bilik. habis satu badan aku ni terketar-ketar. Makin lama aku dengar makin kuat pintu rumah ni diketuk, "Bamm! Bamm! Bamm!  . Memang mengganas 'dia' ni. Tak lama lepas tu, senyap seketika. Aik, mungkin 'dia' dah blah kot. tu cuma firasat aku. tetiba lah pulak, haruman bunga cempaka itu masuk ke bilik ni. Allahhuakbar!, badan aku menggigil. Dengan perlahan-lahan aku bukak sedikit langsir tingkap bilik ni nak tengok haruman tu datang dari mana. Aku rasa macam nak pengsan, 'dia' duduk kat atas bumbung garaj rumah ni. kau rasa tu orang lagi ke?

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Serius aku cakap, malam tu aku tak senang tidur. 'dia' menangis... Jelas sungguh suaranya menusuk ke telinga ni. Aku bukak sejadah dan baca surah yassin. Bini aku terbangun, "Suara siapa menangis tu bang?",  aku tak cakap apa-apa dan meneruskan bacaan yassin. walaupun tergagap-gagap baca yassin, aku tetap teruskan. Makin lama makin kuat dan jelas suara tangisan tu! bini aku terus peluk aku sambil menutup matanya. Lama-kelamaan suara tangisan tu hilang, alhamdulillah. Keesokan pagi tu, aku mengambil keputusan untuk menyerahkan kunci rumah tu semula kepada Mr Chong dan pada hari tu juga aku dan bini aku keluar dari rumah tu. aku minta pertolongan dari family aku untuk membawa barang-barang kami dan tinggal di rumah abah aku buat sementara waktu. Sehingga kini aku masih teringat-ingat perempuan berbaju kebaya merah dan haruman bunga cempaka...



No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *