Hari pertama pembukaan taska ini sangat tidak mengecewakan, ada lebih kurang 40 orang yang mendaftar. so, kami agih-agihkan, 20 orang sesi pagi dan 20 orang lagi pada sesi tengahari. Memandangkan kitaorang takde pekerja lagi, pagi aku mengajar dan shila menyediakan makanan serta permainan untuk budak. untuk sesi kedua pula, shila mengajar aku menyediakan makanan dan permainan untuk budak-budak. sesudah budak-budak tu pulang, kami bertugas sama-sama bagi membersihkan ruang tamu tu. begitulah tugas kami selama seminggu tu, memang penat tapi best dapat layan karenah kanak-kanak. Jadi aku dan shila ni berhajat untuk pulang ke rumah masing-masing, memandangkan hari tu adalah hari sabtu. rumah tu memang kitaorang kemas siap-siap, so takde lah nak pening kepala lagi.
Pada hari ahad tu kitaorang pun kembali lah semula ke rumah tu pada sebelah petang nak dekat-dekat maghrib. Shila bawa keta, jadi senang sikit lah kami nak gerak ke mana-mana. sampai ke rumah tu, aku rasa macam ada budak-budak berlari di kawasan lapang rumah tu dan terus melarikan diri ke belakang rumah lepas nampak kami. Aik, budak mana pula yang masuk ke sini? pintu pagar berkunci, agak mustahil kan kalau budak-budak boleh memanjat melalui pagar tu. Shila pon perasan dengan apa yang aku nampak. Aku pun keluar lah daripada keta dan membuka pagar, nak tengok kalau betul ada budak bermain dekat situ. pergi mana pula budak-budak tu tadi? aku tengok dekat halaman belakang pon takde. mungkin perasaan aku je kot. shila tengah ambik barang-barang dan aku pun bukak lah pintu rumah tu. Ya allah!, terkejut aku tengok. Bersepah barang-barang permainan tu, dinding berconteng. Shila pon macam tak caya dengan apa yang terjadi time tu. Dah la esok budak-budak tu nak datang ke sini. Aku dan shila cepat-cepat kemas barang-barang tu dan bersihkan dinding-dinding rumah tu. Aku syak memang ada sesuatu yang tak kena dengan rumah ni...
Dan pada malam tu, lepas selesai makan malam aku pun berbincang dengan Shila pasal kejadian tadi. "Kau rasa siapa yang sepahkan rumah ni?, jangan benda lain sudah!" . "Ish, kau ni jangan nak merepek lah. seram aku!", balas Shila. Lepas selesai makan tu kitaorang pun naik lah ke bilik sambil menonton cerita kegemaran aku, "Running Man". Shila tido awal, penat katanya. Masa tu pukul 10 malam, dan aku rasa aku masih normal dan tidak mengantuk. Aku terdengar suara budak diruang tamu rumah tu sedang bermain-main, "Weyhh, bagi la aku main bola tu!" "Jom kita main sesama nak?". Agak riuh rendah kedengaran di ruang tamu itu. "Shila! kau dengar tak?", Aku cuba kejutkan dia sambil menggoyakkan badanya. "dengar apa?, jangan kacau aku. Nak tido ni", kata Shila sambil menggosok matanya. Shila tergamam seketika, matanya menjadi bulat selepas mendengar suara-suara aneh itu!. Aku memang tak sangka benda ni terjadi kepada kami, aku tengok Shila terketar-ketar tak tahu nak buat apa time tu. aku cuba untuk memberanikan diri ku untuk keluar dan melihat sendiri apa yang terjadi di ruang tamu rumah itu. Aku cuba pastikan, adakah benar apa yang kami dengar atau cuma khayalan. Dengan perlahan-lahan aku berjalan, turun ke bawah...
Aku cuba menyembunyikan diri ku di sebalik tangga itu. ya allah, terkejut aku!, bukan seekor bukan dua, tapi ramai anak-anak kecil!. Ternyata benar apa yang kami dengar, toyol-toyol itu sedang bermain-main di ruang tamu itu. Aku tergamam seakan-akan tidak percaya dengan apa yang ku lihat dengan biji mata ku. Matanya merah, giginya tajam dan sangat menakutkan!. "Eh ada orang!, kakak jom main!", rupa-rupanya toyol-toyol itu perasan akan kehadiran ku di situ. Aku bergegas lari menuju ke bilik dan menutup pintu bilik itu dengan pantasnya. Aku dengar bunyi tapak kaki toyol-toyol itu sedang berlari menuju ke bilik kami. Aku menangis dan berdoa semoga benda tu tak kacau kami. "Tokkk..Tokkk..Tokkk... Kakak jom lah main!", Toyol-toyol itu mengetuk bilik kami seperti berasak-asak, berebut-rebut untuk mengetuk pintu bilik ini! . Aku bergegas ke katil dan memeluk Shila. "kita nak buat apa ni?, aku takut weyhh!", kata Shila kepada aku. Aku menjadi kaku dan tak tahu nak lakukan apa time. Sehinggalah keesokan paginya, toyol-toyol itu pergi dari rumah ini.
Dari malam hingga ke pagi kitaorang tak tidur. Tak henti-henti toyol itu mengganggu kami. Walaupun dalam keadaan takut, aku dan shila memberanikan diri untuk turun ke ruang tamu itu. keadaan ruang tamu tu sangat kotor dan semak. terdapat banyak kesan-kesan tapak kaki, kesan lumpur di lantai rumah itu. Barang-barang yang kami susun semalam dibongkar semula oleh toyol-toyol itu. Aku memaklumkan kepada "client" kami bahawa hari ni kami terpaksa menutup taska ini atas sebab "emergency". Aku kemudian cuba untuk menghubungi Ahmad mengenai kejadian ini. Setibanya beliau di sini, dia juga seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. "Seingat saya, memang benar Atok dulu ada bela toyol. Tapi, dia dah buang semua benda ni. Tak sangka pula toyol-toyol ni kembali semula ke rumah ni"...

No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment