Advertisement

Advertisement

Wednesday, September 13, 2017

KISAH BENAR: Lambaian Lembaga Hitam!

Assalammualaikum min, aku teringin nak kongsikan satu kisah seram ni. Kisah ni terjadi semasa zaman sekolah dulu, biasalah zaman budak-budak, memang nakal, keluar malam, lepak ngan member, tu memang perkara biasa. Jangan nak tipu lah kan. hehe. Kisah ni terjadi sewaktu aku dan si 'bobo' A.K.A bestfriend/sahabat sejati aku berhajat untuk ke kedai runcit berdekatan, jarak ke kedai runcit tu lebih kurang satu batu juga jauhnye. Kampung aku ni dlu min, suasananya agak menyeramkan kalau tak biasa keluar masuk, lagi-lagi kalau orang luar. Tapi tu dulu lah, sekarang ok dah. Pembangunan pon dah ade, rumah pun dah makin banyak jadi suasana keseraman tu kurang sikit lah. Cuaca pada malam kejadian tu agak baik, bulan pon terang benderang, kalau naik moto takyah pakai lampu pon takpe.


Dipendekkan cerita, aku dengan si 'bobo' ni bergerak la menuju ke kedai runcit tu. Maklumlah, moto masa tu sekadar yamaha kambing aje. kekadang tu 'pickup' pon nak tak nak je jalannya. haha. Dalam perjalanan kami tu (Aku pembonceng), kami perlu melalui satu simpang 3, rumah salah seorang member dan untuk pengetahuan, simpang jalan menuju ke rumah tu ada satu pintu air lama. Dengar citer, pintu air dah lama wujud sejak zaman jepun lagi. Semasa melalui simpang tu, aku sempat beritahu si 'bobo' yang tengah bawa moto ni,  "Weyh, nanti balik dari kedai kita singgah rumah Rashid jom"...  Maka si 'bobo' pun bersetujulah dengan cadangan aku. Jadi kami pun menuju sampai ke kedai runcit tu dan selepas selesai membeli apa yang patut, kitaorang pon meneruskan perjalanan menuju ke rumah si Rashid.



Semasa semakin hampir ngan simpang masuk ke rumah si Rashid tu, aku cepat-cepat beritahu si 'bobo' umah si Rashid, dan disini lah bermulanya babak penampakan sejenis lembaga. Malam sepi di pagar bintang, bulan pon mengambang dan cahayanya menerangi di ruang malam. Aku tertumpu pada sesusuk tubuh hitam legam duduk bersimpuh diatas batu pintu air sebelah kiri. aku pun bertanya kepada si 'bobo', "ea apa tu?...  Si bobo pun perasan dengan apa yang aku nampak, dan bila kami hampir masuk ke simpang tu, dengan ayunya lembaga tu melambai tangan pada kami berdua!.  Ya allah min, masa tu hanya Tuhan je tau perasaan kitaorang. Si bobo pon dah gelabah time tu, tak sempat dia nak tukar gear rendah, aku yang dekat belakang ni guna kaki je terus pickup moto tu.


Terus meluncur laju moto tu, dengan bantuan kaki saya ni menginjak ke jalan tu. Sepanjang perjalanan tu aku dan bobo hanya mampu menjerit, serius kitaorang memang takut masa tu. Sesampai di rumah, aku tak citer hal ni ngan family aku. tapi, pada malam tu selepas keadaan jadi tenang sikit, kami keluar balik dan tengok benda tu balik kalau masih ada. Tengok benda dah takde, so aku dengan si 'bobo' ni cuba untuk bertanya kepada orang kampung lain, kalau-kalau diorang perasan ke tak benda tu. Memang betul lah benda tu ada, tapi diorang buat-buat tak tahu je. Keesokan harinye, kami pun menuju lah ke rumah si Rashid tu dan cuba untuk bertanya pasal hal semalam. Nak buat kepastian, betul ke tak benda tu. "Weyh, ko ade ke kluar rumah g dok kat pintu air tu semalam?"...  Si Rashid kata takda. tanya adik-beradik dia pun takde juga, sebab diorang pon tak berani duduk kat situ malam-malam. Dengar citer, ada orang buang tanam benda kat situ...


-P/S: cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi kepada salah seorang sahabat kita dan cerita ini disunting semula, bagi memudahkan anda semua faham dengan jalan ceritanya.

kiriman: Azuan Mohamad, Pontian Johor

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *