Advertisement

Advertisement

Sunday, September 24, 2017

KISAH SERAM: A.U.T.O.P.S.I (Bahagian |)

“Doktor Azree, pihak polis nak jumpa. Diorang ade kat luar sekarang ni” Pihak polis? Mesti depa nak hantar mayat lagi ni. Aku pun letak lah peralatan aku dan dan membuka sarung tangan bedah aku. Aku mengusung mayat yang baru sahaja aku bedah tadi masuk ke dalam peti semula. Aku basuh tangan kemudian keluar dari kamar mayat. “Doktor Azree, kami sedang menyiasat satu kematian yang melibatkan seorang wanita di sebuah rumah di kampung *****. Punca kematian belum dapat dipastikan. Apa yang kami temui mayat itu terbaring dan berlumuran dengan darah dibahagian mulutnya. Pihak kami menemui pelbagai barangan pemujaan di bilik mangsa. Mayat disahkan mati seminggu selepas kami mendapat laporan daripada orang kampung. Waris terdekat wanita ini juga masih dalam siasatan kami. Apa yang peliknya, tiada sebarang kesan pergelutan yang kami jumpa. Pihak kami berharap Doktor boleh membantu kami untuk menyelesaikan kes ini” Biar betul? Selama aku berkhidmat sebagai doktor di sini, aku belum pernah lagi terdengar kes seperti ini. berkemungkinan mayat ni ade ilmu hitam kot?

Aku kemudian mengarahkan pembantu aku untuk mengusung mayat ke kamar mayat. Aku masuk semula ke kamar mayat sambil memerhatikan rekod perbadi mayat. “Maimunah Binti Seman, berusia 70 tahun, berasal dari kampung ******, status perkahwinan janda” Hmmm, berkemungkinan juga mayat ni meninggal disebabkan usianya yang sudah lanjut. Aku memakai sarung tangan bedah semula dan meletakkan fail di tepi katil mayat. Perlahan-lahan aku membuka bungkusan hitam plastik mayat. Aku terpaku bila melihat keadaan mayat itu! Benarkah usia wanita ini sudah berusia 70 tahun? Wajahnya sangat cantik seperti baru berusia 30-an! Agak mustahil jika laporan yang diberikan oleh pihak polis adalah tidak benar? Aku menyentuh dan memerhatikan setiap inci wajah wanita itu. Aku seakan-akan tidak percaya dan terpaku melihat kejelitaannya seperti tidak dimamah usia! “Doc, saya rase lah kan… Mesti wanita ni pakai susuk! Boleh percaya ke dalam usia lanjut macam ni, wajahnya kekal muda?” Satu persoalan dan jawapan yang agak logik bila ku fikirkan! Tak mustahil juga bila pembantu aku cakap macam tu. Pihak polis pun cakap diorang ade jumpe barangan pemujaan di rumah mangsa. Ishh! Seram sejuk pula aku!

Tanpa membuang masa, kami memandikan mayat terlebih dahulu. Kami membuka pakaian mayat dan segala gelang, rantai yang aku percayai adalah azimat yang digunakan oleh wanita ini. kami kemudiannya memulakan sesi post-moterm terhadap mayat. Tiba-tiba! Mata mayat itu terbuka! Allahu, hampir rebah aku melihat pandangan matanya yang tajam merenung tepat ke arah aku! Aku menarik nafas panjang dan menutup kelopak matanya semula. “Nurse, ambil peralatan saya” pembantu ku kemudiannya mengambil peralatan bedah dan berdiri di samping ku. ku mulakan dengan “Bismillah”. Aku menyentuh perut mayat dan mengurut-urut isi dagingnya. Aku menolak dan menggerakkan pisau bedah ku dan cuba untuk membelah perut mayat. Dahi ku berkeringat! “Asal Doc? Pisau tu tumpul ke?” Bukan pisau ni yang tumpul, isi daging wanita ini liat! Aku mencuba berkali-kali untuk membenamkan pisau ini ke bahagian perut mayat namun tidak berhasil! Aku benar-benar tak sedap hati masa tu! Aku meletakkan peralatan bedah ke semula dan memerhatikan setiap inci tubuh dan wajah mayat itu. Aku meneliti dan menyentuh setiap jari jemari beliau, rambut beliau. Tiba-tiba aku merasakan ade sesuatu yang melekat, tertanam ditubuhnya, seperti jarum di tengkuk wanita itu.

Aku mencungkil jarum itu dan mengeluarkannya dari tubuh mayat itu. “Paaap!” Bekalan elektrik terputus! “Ape hal ni Doc? Bekalan elektrik terputus ke?” Jantung ku berdegup dengan kencang! Aku rase meremang sangat mase tu! Aku dapat rasakan ade seseorang yang sedang memerhatikan kami pada ketika itu! Ditambah lagi dengan satu suara aneh memecahkan kesunyian di kamar mayat itu “Herrrrrrrrrrr….” Ya Allah ape bende tu? “Paaap!” Bekalan eletrik kembali seperti biasa. Aku memerhatikan keadaan sekeliling ku, ternyata aku dan pembantu ku sahaja pada ketika itu. Mungkin perasaan aku je kot! Aku meletakkan jarum tadi ke dalam bekas dan mencuba sekali lagi, membenamkan pisau bedah ke isi daging perutnya. Kali ini berjaya! Ternyata pisau bedah ini berjaya ku benamkan ke dalam tubuhnya. Aku membelah perutnya perlahan-lahan dan tiba-tiba aku terhidu satu bau yang sangat busuk sekali! Rase nak muntah masa tu! Dari mana datang bau busuk ni? Aku menyelak dan melihat belahan perut mayat itu.

Aku hampir pengsan! Organ-organ dalaman wanita itu rosak dan hitam seperti dibakar! Apa yang lebih mengerikan, mayat itu mengeluarkan bau yang semakin kuat dan terdapat ulat-ulat yang berada di dalam organ tu! Aku bergegas menutup semula perut mayat itu dan meletakkannya ke dalam peti. Aku dan pembantu ku bergegas lari dari kamar itu menuju ke tandas. “Uwerrrrkkk!” kami termuntah akibat bau busuk dan isi perutnya yang mengerikan! Aku loya dan sangat pening mase tu. Aku menarik nafas dalam dan mencuci tangan dan wajah ku. Pembantu ku masih termuntah di dalam tandas. Aku menyeluk saku seluar dan mengeluarkan telefon bimbit ku. Tak sedar-sedar kami berada di kamar itu hampir 3 jam! Sekarang jam menunjukkan pukul 7 petang! “Doc saya balik dulu, rase tak sedap perut ni….” Pembantu ku keluar dari bilik tandas dan berlalu pergi. Rase kesian pulak nengok pembantu aku. Memang benar, ini adalah kali pertama kami melihat mayat yang aneh seperti itu. Aku mencuci wajah ku semula sebelum beredar balik. Aku lihat cermin dihadapan ku, Mayat wanita itu tadi tercegat berdiri di belakang ku! Aku memusingkan tubuh ku dan melihat ke belakang! Ternyata tiada dan lenyap begitu sahaja. Memang ade yang tak kena dengan mayat tu! Aku bergegas keluar dari tandas dan menuju ke kereta.


Aku beredar dari hospital. Entah kenapa, aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang sedang duduk di seat belakang kereta aku! Jantung ku berdegup dengan kencang, tubuh ku terketar-ketar! Aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Sehingglah aku tiba di rumah, aku bergegas keluar dari kereta membuka pintu rumah dan menguncinya! Aku menuju ke bilik untuk meletakkan peralatan aku kemudian menuju ke bilik mandi. Ya allah, benarkah apa yang aku lihat tadi? Aku seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi pada hari ini. Apakah yang telah aku lakukan sehingga aku merasakan ada sesuatu yang sedang mengekori ku! Aku keluar dari bilik mandi dan bersiap-siap untuk solat. Selepas selesai solat, aku menuju ke ruang dapur untuk mengisi perut. Sambil menjamu makanan itu, aku asyik terfikir tentang kejadian tadi. Aku lihat jam menunjukkan pukul 8 malam, waktu isyak telah masuk. Aku mencuci pinggan dan menuju ke bilik air. Terlihat dari pandangan sisi kiri, Aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang tercegat di pintu rumah ku! Ya Allah! Sampai ke sini kau kejar aku! Aku masuk ke bilik air cepat-cepat untuk mengambil air wudhu’ dan bergegas menuju ke bilik ku...

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *