Advertisement

Advertisement

Sunday, September 24, 2017

KISAH SERAM: A.U.T.O.P.S.I (Bahagian ||)

Tanpa membuang masa aku terus menunaikan solat. Bau busuk itu datang kembali, Memenuhi ruangan bilik ku! Aku meneruskan solat sehinggalah selesai dan membaca Al-Quran. Walaupun dalam ketakutan pada ketika itu, aku tetap meneruskan bacaan. Bau busuk yang aku hidu itu semakin lama semakin kuat! Rase nak muntah! ‘dia’ seakan-akan terlalu berdendam dengan ku! Aku menghentikan bacaan ku dan menuju ke katil untuk melelapkan mata. Perasaan aku memang tak menentu masa tu! Memang tak dinafikan lagi, bukan setakat bau sahaja yang aku hidu malah aku turut diganggu! Tingkap bilik ku di ketuk berkali-kali! “Bammmm!” bumbung rumah ini seperti di lontar dengan batu yang sangat besar! Aku terpaku dan memeluk bantal ku dengan kuat. Ya allah, kalau ‘dia’ berjaya masuk ke dalam bilik ni, aku pun tak tahu ape yang akan jadi! Aku berjaga pada malam itu, sehingglah gangguan itu berakhir pada keesokan paginya. Hebat sungguh gangguan makhluk itu!


Aku bersiap untuk menuju ke hospital semula. Fikiran ku tak menentu masa tu, seakan-akan diganggu. Seperti ada sesuatu yang berbisik-bisik di telinga ku! Ya Allah lindungilah aku! Aku menuju ke kamar mayat dan aku lihat pembantu ku sudah berada lebih awal di situ. “Doc ok ke? Asal mata bengkak semacam? Tak tido ke?” Aku hanya tersenyum dan tidak menceritakan apa-apa kepadanya. Memang cukup bertuah lah dia, lembaga tu tak ganggu kau. Aku juga yang di cari! Kami mengeluarkan mayat wanita itu semula bagi meneruskan sesi post-moterm. Aku mencuci tangan sementara pembantu ku menyediakan segala peralatan. “Doc! Doc! Tetetetet…. Tengok mayat ni Doc!” kata pembantu ku terketar-ketar melihat mayat itu setelah membuka selimut putih itu. Aik asal dia ni? Aku bergegas menuju ke situ. Aku terkesima dan terpaku bila melihat mayat wanita tu. Isi daging dibahagian perutnya tercantum semula! Adakah ini kebetulan atau memang ade yang tak kena? Tanpa membuang masa aku memanggil salah seorang ustaz yang bekerja di sini sebagai tukang mandi mayat di hospital.

Aku menceritakan segalanya kepada beliau tentang kejadian aneh dan menakutkan itu. “Doc jangan risau. Biar saya telefon beberapa orang lagi rakan-rakan saya, inn sha allah kami akan cuba semampu yang boleh” Kami pun menanti kehadiran rakan-rakannya di luar kamar mayat. “Gedebangggg!” “Panggggg!” “Doktor! Tolonggggggg!” Eh asal pembantu aku ni? Aku terdengar jeritan pembantu ku dan bunyi-bunyi lain seperti ada barang yang terjatuh! Aku dan Ustaz bergegas masuk semula ke dalam kamar mayat. Peralatan-peralatan di kamar itu berselerak! Katil-katil terjatuh, peti-peti mayat terbuka sehingga mayat-mayat yang berada di situ terjatuh dari peti asalnya! Aku terpaku bila melihat suasana kamar mayat itu. Aku lihat pembantu ku pengsan tidak sedarkan diri! Aku memanggil beberapa staff-staff yang lain bagi membawa pembantu ku untuk dirawat.

“Hello, Assalammualaikum ustaz. Ye ye Saya dekat bilik mayat sekarang ni. Nanti ustaz masuk je. Kami tunggu di sini” kata ustaz ketika menjawab panggilan daripada sahabatnya. Aku menarik nafas panjang dan berjalan melihat keadaan sekeliling kamar ini. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang ku lihat dengan mata ku. Mayat wanita itu masih lagi terbaring di atas katil, aku dapat rasakan syaitan yang berada dalam tubuhnya yang melakukan semua ini! “Assalammualaikum…” Aku lihat rakan-rakan ustaz sedang memasuki kamar ini dan turut terpaku melihat keadaan pada masa itu. Kami menceritakan tentang apa yang terjadi sebelum ketibaan mereka ke sini. Kami berdiri dihadapan mayat wanita itu dan beberapa orang yang lain memegang mayat itu. “Doktor jangan terkejut kalau ada apa-apa yang terjadi nanti. Biar kami yang uruskan ye. Inn sha allah” ustaz dan rakan-rakannya memulakan bacaan Ruqyah dihadapan mayat itu. Ternyata mereka sememangnya mahir dan berpengalaman dalam situasi sebegini!

Kedengaran bacaan Ruqyah itu memecah kesunyian kamar mayat ini. lampu kamar ini mula berkedip-kedip, aku lihat peralatan di lantai kamar ini bergegar seperti landa gempa bumi, bau busuk itu kembali mengisi ruang kamar ini! Mereka meneruskan bacaan tanpa henti. Aku hampir pengsan pada ketika itu, mayat wanita itu cuba melawan dan melepaskan pegangan mereka, seakan-akan masih bernyawa! Mereka terus dan terus menahan mayat itu! Aku lihat mayat itu cuba untuk bangkit dari katil itu tetapi ditahan oleh mereka. Ya allah, ternyata saka itu cuba melawan dan mengasak-asak ustaz dan rakan-rakannya dari terus menahannya! Tiba-tiba, mayat itu bercakap… “Jangan kacau kami! Jangan kacau kami!” Aku terpalit sama terkesima melihat buat pertama kalinya, mayat yang sudah mati dan bercakap! Suaranya sememangnya menakutkan! Matanya merenung dengan tajam sekali!

Dengan izinNya, pergelutan itu berakhir setelah beberapa jam lamanya! Ustaz itu kemudian menutup satu botol kaca kecil yang dipegangnya. Aku percaya, botol itu mesti digunakan untuk mengurung lembaga itu! Mayat itu kemudiannya rebah semula ke katil. Mereka melepaskan genggaman dari mayat itu dan menamatkan bacaan “Mai sini, kamu tengok ape sebab mayat ni tak lut” Aku perlahan-lahan menuju ke katil itu. Badan ku terketar-ketar. Allahu! Jarum-jarum kecil mulai keluar sedikit demi sedikit dari kulit wajahnya! Wajah wanita itu kemudiannya beransur-ansur menjadi tua dan menjadi hodoh! “Mayat ni sebenarnya memegang ilmu susuk. Ustaz yakin, beliau mati disebabkan terkena ilmu hitam yang lebih kuat darinya. Walaupun beliau sudah mati, tetapi saka yang berada dalam tubuhnya itu masih cuba untuk bertahan dan tinggal dalam tubuh tuannya”…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *