Advertisement

Advertisement

Monday, September 25, 2017

KISAH SERAM: Barang Terpakai...

“PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI! JUALAN BESAR-BESARAN BARANGAN TERPAKAI KINI BERMULA! BARANGAN BERMULA DENGAN RM10. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!” Aku masih ingat lagi promosi ni, memang excited sangatlah masa tu. Banyak juga barang-barang yang kitaorang beli. Memang rambang mata lah masa tu! Dari korang je nak beli yang mana, semua murah belaka! Tapi lepas aku dan suami dah kena dengan benda tu, eeee! Sumpah aku taknak lagi beli barangan terpakai ni. Cukup lah sekali kena, taknak lagi kena kali kedua. Baik beli je barang-barang 1st hand ni, walaupun mahal tapi takdelah sampai jadi kes macam kitaorang. Benda ni terjadi beberapa bulan lalu, masa tu aku dan suami baru sahaja berpindah ke sebuah rumah. faham-faham jela, perabot pon takde lagi, hiasan-hiasan dalam rumah pun takde lagi. Nak beli perabot 1st mahal pulak, aku pun kesian gak ngan suami aku. Rase-rasenye dah banyak sangat duit yang dia keluarkan semenjak kitaorang berpindah ni. Bila ade peluang macam ni, aku memang tak buang masa! Kalau-kalau ade barang yang kena dekat hati memang angkat. Harga pun memang padan kalau ade promosi macam ni. Semua murah dan rambang mata!


Dijadikan cerita, aku dan suami menujulah ke gudang lelongan tu. Tak jauh sangat pun, lebih kurang 5 ke 6 minit dah sampai ke situ. Sampai dekat situ, aku macam tak caye gak. Keta berderet-deret cari parking! Memang meriah lah sambutan promosi ni, semua tak lepaskan peluang. Cari punya cari, jumpe lah juga kitaorang parking. Kami pun masuk ke dalam gudang tu, wahhh! Banyak nyer barang! Semua barang-barang dalam ni nampak macam baru! Memang rambang mata. Alah, biaselah orang pompuan kot. Kami pun berpusing-pusing lah sambil memerhati barang-barang yang di lelong masa tu. Perabot ade, Almari ade, peti ais ade, katil ade, senang cerita semua barang-barang rumah yang nak dicari, semua ade dekat situ! Suami aku sedang sibuk merambang mata barang-barang yang ade dekat situ. Aku pun tinggalkan lah suami aku sebentar untuk melihat barang-barang lain. Aku tengok almari-almari yang ade dekat situ, semua murah. Bermula dari harga RM 20 hingga RM 100. Sedang-sedang merambang mata, aku teringat sesuatu! Katil kitaorang belum ade lagi. Jadi aku pun berjalan menuju ke bahagian katil. Waaa, banyaknye!

Tetibe aku tertarik dengan sebuah katil kayu yang sangat elegen dan klasik, diperbuat daripada kayu. Aku perhatikan setiap inci rekaan katil tu. Sangat menawan! “Amboi? Macam pakar abang tengok sayang ni. Hehe. Nak ke katil tu?” suami ku datang melihat aku. “cantik lah katil ni! Abang… Kita beli katil ni ye? Boleh?” Entah kenapa aku rase tertarik sangat dengan katil kayu tu, macam ade sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu. Akhirnya suami ku bersetuju untuk membeli katil itu dengan harga RM 50. Senangnya dalam hati, hajat aku tercapai juga! Selain tu suami aku turut membeli beberapa peralatan lain seperti perabot, almari, set meja makan. Memang tak disangka-sangka, setelah dikira dengan cas pengangkutan sekali Cuma RM 250. Kalau beli dekat kedai-kedai perabot, ntah cukup ke idok dengan RM 250. Dipendekkan cerita, kami pun pulang semula ke rumah sementara menanti kedatangan lori yang akan menghantar barangan kami. Sampai je dekat rumah, aku dengan suami kemas-kemas ruang tamu dan bilik.

Lebih kurang dalam jam 5 macam tu, lori penghantaran pun sampai ke sini. Depa pun angkatlah barang-barang kami. Almari, Perabot, Katil dan beberapa barang lain diletakkan ke dalam setiap ruangan rumah ni. Baru nampak macam berisi sikit rumah ni! Masa tu aku takde rase apa-apa pun pasal barang-barang yang baru kami beli tu, entah mungkin sebab excited sangat kot. Malam pun menjelang tiba, seperti biasa kami solat sama-sama, makan sama-sama dan nonton Tv sama-sama. Tanpa disedari, tengok jam dah pukul 11 malam. Kami pun masuklah ke dalam bilik untuk tidur. Malam tu aku rase takleh nak tido, entah kenapa. Mungkin sebab dah lama tak tido atas katil kot! Tetibe lak rasa nak ke tandas. Aku nampak suami aku sedap je tido, malas ah nak kacau. Aku pergi ke tandas seorang diri. Masa dekat tandas tu, aku rase lain macam sikit! Rase meremang je. Aik, tak penah-penah aku rase macam ni selama tinggal dekat umah baru ni. ”Hik Hik Hik, kejarlah-kejar lah” aku terdengar dengan jelas suara bebudak sedang bermain-main di ruang rumah kami! Eeee! Apa hal pulak ni? Tak pernah-pernah aku dengar sebelum ni!

Perlahan-lahan aku buka pintu tandas tu, tengok sekeliling aku… Tapi takde apa-apa yang mencurigakan! Mungkin perasaan aku je. Aku pun berjalan menuju ke bilik kami. Entah aku tersalah pandang atau pun tak, terlihat dari pandangan sisi ku, satu susuk tubuh seperti bebudak sedang duduk di perabot tu! Aku dapat rasakan budak tu macam tengah pandang aku! Aku tak pandang ke situ dan bergegas masuk ke bilik! “Abang! Abang! Bangun sat! Ade bende nak citer ni!” “Asal ni sayang? Orang nak tido la esok keja!” Aku tak peduli dah masa tu, aku berkeras juga bangunkan suami aku! “Tadi…sayang dengar ade suara bebudak dekat luar tu! Lagi satu, sayang ade nampak orang duduk dekat perabot tu!” Suami aku terkejut mendengar penjelasan aku. Dia pun memberanikan diri untuk keluar dari bilik dan memerhatikan setiap ruangan rumah kami. Eee! Aku memang tak berani keluar masa tu. Aku duduk dekat bilik je!

“Takde apa-apa lah sayang… perasaan sayang je tu. Dah kita tido naa?” Hmmm, harap-harap betul lah apa yang suami aku cakap. Kami pun mengambil tempat masing-masing untuk tido. Dekat sejam lebih aku cuba untuk melelapkan mata tapi tak dapat juga. Ish, kenapa lah mata ni! Aku memusingkan badan aku ke sebelah kiri menghadap lampu tidur. Masa tu aku tak berani nak padamkan lampu, aku biar je lampu tido ni ON. Aku tutup mata aku rapat-rapat, siap baca doa lagi. Entah kenapa aku rasa seram sejuk sangat! Kipas syiling memang ON tapi aku tak bagi full, cukup sampai nombor 2. Aku membuka mata ku dengan perlahan-lahan… Allahu! Aku hampir pengsan bila membuka mata ku! Seorang budak lelaki sedang tercegat duk memerhatikan aku! Wajahnya pucat dan sangat menakutkan! “Abang! Tolongggg!” Aku menutup mata ku semula dan teriak sepenuh hati! “Kenapa ni sayang? Memalam macam ni teriak!” “Tet… Tengok tu! Aku menunding jari ku ke arah itu sambil terketar-ketar dan menutup mata ku dengan selimut. “Takde apa-apa lah sayang! Ish dia ni, dah tido lah. Esok abang kerja”

Aku membuka mata ku semula dan melihat ke arah itu, tetapi kelibat budak itu sudah tiada! Malam tu aku langsung takleh tido! Aku tutup mata sambil memeluk suami ku. Akhirnya, aku berjaya tido gak malam tu… “Tititit… Tititit… Tititit” Jam henfon aku berbunyi, aku tengok dah pukul 7 pagi. Aku pun bersiap, mencuci muka, dan menyediakan sarapan untuk suami aku. Bila difikirkan kejadian semalam tu, aku rase tak sedap hati nak tinggal sorang-sorang dekat rumah ni! Lepas je sarapan, suami aku pun bergerak menuju ke tempat kerja. Tinggal lah aku sorang diri di rumah ni. Macam ni lah tugasan sebagai suri rumah, menyapu rumah, bersihkan apa yang patut, masak. Lepas dah siap buat kerja semua, aku pun duduk di perabot tu sambil menonton TV. Tetibe suami aku kol, aku pun angkatlah panggilan tu “Hello sayang, malam ni abang lewat sikit balik umah. Tapi abang cuba balik awal kalau dapat, jangan lupa kunci rumah tau?” Balik lewat? Habis siapa nak temankan aku dekat rumah ni? Eeee! Asal lah suami aku takleh balik awal sikit. Nanti apa-apa jadi, dengan siapa aku nak minta tolong!

Nak tak nak, aku kena tabahkan hati! Tengok jam, dah dekat pukul 6 petang. Aku bersiap-siap untuk mandi dan menunaikan solat… Lepas siap semua, aku pun ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk suami. Awal lagi masa tu baru pukul 9 malam, aku dah rase tak sedap hati! Rase macam ade je yang memerhati aku dari tingkap dapur ni! Aku tak peduli dan meneruskan kerja aku. Sehinggalah selesai semua, aku tunggu lah suami aku di meja makan ni. Rase lama sangat! Tak sedar-sedar, aku pun terlelap sebentar dekat meja makan tu. Aku rase badan aku ni berat sangat! Macam ade je orang duduk dekat belakang aku! Aish! Asal pula ni? Aku alihkan pandangan aku ke atas. Aku hampir rebah pengsan masa tu! Budak yang aku nampak semalam duduk di atas bahu aku! Dia siap-siap senyum lagi! Aku tak peduli masa tu, aku terus lari menuju ke bilik dan kunci pintu! Aku terus kol suami aku berkali-kali tapi tak jawab-jawab juga! Eee! Mana lah suami aku ni? Aku duk diam-diam dekat bilik tu sambil memeluk bantal aku.

“Bam! Bam! Bam!” Kalau budak tu masuk sini mampus lah aku! “Ibu bukak lah pintu ni! Adik nak masuk!” “Bam! Bam! Bam!” Eee! Apa yang dia merepek ni? Bila masa aku jadi ibu kau! Tak henti-henti dia ganggu aku masa tu. Aku pun tak tahu nak buat ape masa tu! Tetibe aku dengar pagar rumah ni dibuka dan kedengaran bunyi kereta sedang masuk ke garaj. Mesti suami aku. Tapi aku tak berani keluar! “sayang! Abang balik ni… Tok! Tok! Tok!” ya memang benar suami aku dah balik, selamat aku! Dengan terketar-ketarnya aku membuka pintu bilik… Aku nampak suami aku berdiri dihadapan, tapi… Budak tu sedang memegang tangan suami aku! “Abanggg! Tengok tu!” ya allah, budak tu tak habis-habis nak buat kacau! Lepas aku, suami aku pula yang dia ganggu! “Eeee! Siapa budak ni?” Kami bergegas keluar dari rumah itu dan suami ku menghidupkan kereta untuk beredar dari rumah kami.

“Kan sayang dah cakap, ade yang tak kena dengan rumah kita sejak ade barang-barang tu! Tapi abang tak caye!” suami hanya mendiamkan diri, wajahnya pucat dan jari jemarinya terketar-ketar. Suami aku membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang pakcik yang tinggal di kawasan perumahan ni juga bagi menolong kami. Aku ade juga dengar-dengar cerita, pakcik tu memang pakar dalam bab-bab macam ni. Mungkin dia boleh membantu kami. Setibanya di rumah pakcik tu, kami menceritakan segalanya tentang apa yang terjadi. Pakcik tu akhirnya bersetuju untuk membantu kami. Rase berat hati juga nak ganggu dia memalam macam ni, tapi nak buat macam mana. Kami benar-benar memohon pertolongan daripada beliau. Kami bertiga kemudian berpatah balik semula menuju ke rumah. suami ku meletakkan kereta di hadapan garaj. “Panggggg!” “Bam! Bam! Bam!” jelas kedengaran di dalam rumah kami, budak itu sedang membuat kacau! Aku memeluk suami ku dengan erat, aku sangat takut masa tu!

Pakcik tu masuk tanpa ade rase takut pun masa tu! Memang seram giler masa tu! Lampu rumah ni hidup, mati, hidup, mati! Pertama kali aku lihat gangguan dari makhluk halus yang sangat menakutkan terjadi di rumah kami! Pakcik tu masuk dan duduk bersimpuh di ruang tamu, sedang membaca jampi serapahnya. Aku dan suami menyaksikan sendiri masa tu di luar rumah. “Berani-berani kamu ganggu manusia ye? Kamu bukan asal sini! Buat apa kamu datang ke sini buat kacau?” kata pakcik tu kepada makhluk yang berada di dalam rumah. Makhluk tu masih berkeras dan melemparkan barang-barang yang ada di dalam rumah kami! “Panggg!” “Bam! Bam! Bam!” “Prakkk!” Pakcik tu diam, lalu mengeluarkan sebilah keris kecil dari kocek bajunya… “Jangan kamu berani-berani nak cabar aku! Aku cakap untuk kali yang terakhir, kamu nak keluar atau tidak?” “Tidaaaakkkkkk! Aku tak ingin! Ini rumah aku! Ini barang-barang aku!” aku terpaku dan tak terkata apa-apa langsung, suara makhluk itu jelas sekali kedengaran dan berkeras untuk terus berada di rumah kami.

“Aduhhhhh! Sakitttt! Jangan kacau aku! Aduhhhh! Sakittttt!” kelihatan satu cahaya seperti api sedang menyala di ruang tamu itu! Aku lihat pakcik tu sedang menghalakan keris kecilnya terhadap nyalaan api itu tadi. Sehingglah nyalaan api itu hilang dan keadaan di rumah kami menjadi seperti biasa, lampu rumah menyala semula, bunyi-bunyi yang didengari tadi sudah tiada. Aku dan suami ku perlahan-lahan masuk ke rumah. Seperti tak percaya dengan apa yang terjadi. Keadaan rumah kami masa tu seperti baru sahaja di landa gempa bumi! Habis berselerak! “Alhamdulillah, kamu jangan risau lah ye. Makhluk dah pergi dari rumah kamu. Elok lah malam ni kamu tidur tempat lain, jangan lupa esok barang-barang kepunyaan makhluk tu kamu buang, jangan simpan lagi. Pakcik risau sepupu sepapat dia pula datang claim barang-barang ni, lagi parah”



No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *