Advertisement

Advertisement

Monday, September 25, 2017

KISAH SERAM: Semangat Lisa...

Perkenalan pertama ku dengan Lisa bermula di sebuah café, dimana pada ketika itu aku sedang menikmati secawan coffee sambil membuat novel aku. Nak kata novel aku ni famous, takde lah famous sangat. Sebab aku ni buat novel English, jadi kureng sikitlah peminat di Malaysia. Tapi kalau dekat UK, Alhamdulillah agak mendapat sambutan jugalah. Setiap bulan, mesti ade sekali dua aku ke UK, untuk bertemu dengan client. Bincang pasal novel. Aku malas nak duduk UK, entah kenapa. Parent’s aku memang stay dekat sana, tapi aku stay di Malaysia dengan Opah aku. Entah kenapa aku addicted sangat dengan coffee di café ni. Boleh kira dalam seminggu tu, 3 hingga 4 kali aku ke sini. Senang cerita, aku ni memang ‘coffee lover’. Dah bermacam-macam café aku pergi, aku try coffee depa semua tak kena! And finally, I found this café. Wahh! Memang kenalah dengan jiwa aku. Aku kenal semua staff-staff dekat café ni, kalau aku masuk je ke sini memang siap-siap depa buat coffee khas untuk aku.


Sedang-sedang mencari ilham untuk membuat novel aku ni, tetibe aku ternampak sorang pekerja baru. Lawa orangnya, hati ini seakan-akan melting melihatnya. Memula tu aku tak nak la tanye dengan staff-staff dekat sini, malu! Semenjak hadirnya gadis tu di café ini, dalam seminggu 7 kali aku datang, semata-mata nak tengok dia. Alahai, I think I got a little crush on you! Pernah sekali kitaorang sama-sama terpandang antara satu sama lain, hati aku memang tak menentu masa tu, muka aku blushing! Tak sangka-sangka tingkah laku aku sedang diperhatikan oleh salah sorang staff dekat situ. “Hoi! Ape pandang-pandang? Kalau nak, cakap. Aku minta nombor dia” bahu ku ditolak dengan agak kasar sedikit oleh Pian. Kuang hajo! Disebabkan kegiatan tak bermoral aku telah diketahui, aku pun ceritakan lah hal yang sebenarnya. “Pian, tu…tu…tu budak baru kerja ke dekat sini. Aku dah lama minat dekat dia!” walaupun gagap ketika itu, aku cuba untuk memberanikan diri ku!

“Kau tunggu sat! ini Pian! Biar aku minta number dia” lalu Pian menuju ke arah gadis tu, yang pada ketika itu sedang melayan sorang customer. Alahai! Malunyer aku masa tu. Tuhan je tahu perasaan aku. Aku tunduk je masa tu, buat-buat tak nampak! “Hai, boleh saya duduk?” hati ku berdegup dengan kencang! Awek tadi tercegat berdiri dihadapan ku. Aku pun tergagap-gagap mempelawanya duduk. Dijadikan cerita, kami pun sembang-sembanglah. Sambil tu berkenalan lah juga. Serius aku katakan, tak pernah-pernah sebelum ni aku bercinta dan inilah kali pertama aku mencuba nasib! “saya Lisa. Budak baru dekat sini, saya selalu nampak awak dekat sini duduk ngadap lappy. Awak writer ke?” sedap nama tu, Lisa. Dia ni memang peramah orangnya, tak sampai beberapa minit kitaorang sembang-sembang macam setahun kenal! Hinggalah satu masa tu aku minta number fon dia. Maka kami pun berkenalan, sampai satu masa tu kami ‘fall in love’

Aku ni boleh kira most wanted dekat café tu. Setiap hari aku akan ke sana, semata-mata nak temankan si Lisa untuk balik bersama-sama selepas dia habis shift kerja. Aku buat keputusan untuk berkenalan dengan mak ayah dia. Opah dan parent’s aku dah tau pasal hubungan kami dan mereka merestui hubungan kami. Serius, lelaki mana tak gagap kalau berjumpa dengan bakal mentua! Aku pun bercerita lah dengan mak ayah dia. Depa memang peramah dan baik. Aku memang selesa berbual-bual dengan mereka. Begitulah cerita hidup aku, I’am the luckiest man! Setiap malam aku oncall dengan Lisa, memang sweet masa tu! Sehingglah ke satu masa…

Masa tu aku duduk dekat café, aku tengok Lisa macam tak sehat! Sedang-sedang dia melayan customer, tetibe dia pengsan! Memang kecoh mase tu. Aku tengok hidung Lisa berdarah. Tanpa membuang masa, aku angkat Lisa ke dalam kereta dan menuju ke hospital dengan serta merta. Lisa kini di hospital, aku menjaga Lisa yang sedang tidak sedarkan diri. Aku lihat, mak dan ayah dia tiba ke wad ini untuk melihat keadaan Lisa. “Asyraf, boleh pakcik berbual-bual dengan kamu sebentar dekat luar?” Aku pun hairan juga apa hal yang nak dibincangkan tu? Kami pun bergerak lah menuju ke sebuah taman berhampiran hospital tu. “Lisa tak bagitahu kamu apa-apa selama kamu berhubungan ni?” “Seingat saya, takde apa-apa pakcik. Cuma dia selalu cakap dengan saya, kalau dia mati kamu akan cari lain tak? Dia asyik cerita pasal mati. Saya risau juga” Ayah Lisa tersenyum mendengar penjelasan aku. “Sebenarnya Lisa dah lama sakit. Sebelum korang berkenal-kenal ni dia dah ade symptom-symptom awal kena sakit barah otak. Sebenarnya pakcik taknak cerita hal ni dengan kamu, pakcik takut kamu akan mengecewakan si Lisa. Risau keadaannya akan bertambah teruk!” Allahu! Aku terpaku mendengar jawapan yang keluar dari mulut ayahnya. Seakan-akan tidak percaya dengan semua ini!

Aku tetap berkeras dengan keputusan aku untuk terus mencintai Lisa sehingga ke akhir hayatnya. Selama Lisa berada di hospital, akulah yang sentiasa menemaninya tak kira masa. Bila Lisa tidur, aku ambil kesempatan untuk menyiapkan novel ku yang hampir siap. Sehinggalah ke satu masa bila aku mendapat panggilan daripada client aku berkenaan novel yang sedang aku siapkan. Alhamdulillah novel aku berjaya ku siapkan, dan Lisa beransur pulih. Doktor mengesahkan dia boleh kembali ke rumah. beberapa minggu kemudian tu, aku bergerak menuju ke UK untuk bertemu dengan client aku selama beberapa hari. Walaupun berat untuk tinggalkan Lisa, tapi aku terpaksa. Sampai je ke UK aku tak henti-henti untuk bertanyakan khabar Lisa, kalau boleh sehari tu tak putus-putus aku telefon untuk bertanyakan khabarnya.

Pada keesokan malamnya, aku mendapat satu mesej dari Lisa “Awak, saya dekat airport sekarang. Tolong ambik saya” Aik? Macam tak percaya dengan mesej ni. Aku cuba untuk berhubung dengan mak dan ayah Lisa tapi tak berjawab! Berkali-kali aku kol tetap tak angkat. Aku bergegas menuju ke Airport untuk mengambil lisa. Aku nampak Lisa tercegat seorang diri di balai ketibaan menunggu kehadiran ku. “Kenapa pergi ke sini jauh-jauh malam ni? Tak bagi tau saya pun ade plan nak ke sini!” Aku memeluk Lisa dengan erat! Wajahnya pucat seperti menahan kesakitan yang teramat sangat! Aku lihat orang-orang di sekeliling ku hairan melihat tingkah laku ku pada ketika itu. Diorang ni kenapa? Aku pun malas nak layan, aku pun bawalah si Lisa menuju ke hotel aku. Dia diam je tak keluar sepatah apa pun dari mulut dia! Aku tak salahkan dia, mungkin dia sedang menahan sakit.
Aku menjaganya dengan sepenuh hati ku. Makan pakainya aku sediakan. Lisa tidur di katil dan aku tidur di sebuah kerusi. Tetibe malam tu aku terhidu haruman yang jarang-jarang aku hidu, bau seperti haruman kemenyan memenuhi ruangan bilik ku! Aku pun rase lain macam juga. Siapa pula yang bakar kemenyan dekat hotel ni? Entah orang-orang dekat sini tau ke apa kegunaan kemenyan? Aku pun malas nak layan sangat. Aku pun tidur lah setelah membuat persiapan untuk bertemu dengan client. Keesokan paginya, aku terjaga dan lihat Lisa masih tidur. Aku pun malas nak ganggu, aku mandi dan bersiap. “Lisa, saya pergi dulu. Nanti kalau nak pesan apa-apa mesej je tau” Lisa tersenyum melihat aku. Wajahnya pucat sangat seperti mayat! Semoga Lisa cepat sembuh. Begitu lah kehidupan aku selama seminggu bersama-sama Lisa. Aku malas nak ceritakan hal ni dengan parents aku, takut depa pula yang risau. Selepas selesai urusan, Aku dan Lisa akhirnya tiba di airport untuk mengambil flight menuju ke Malaysia. Sebelum balik tu aku sempat telefon mak dan ayah lisa. “Pakcik dan makcik ape khabar? Lebih kurang sejam lagi saya dan Lisa akan bertolak menuju ke Malaysia” “Apa yang kamu merepek ni? Dah nanti sampai ke sini bagitau pakcik dan makcik. Ade hal nak dibincangkan….” Nada mereka seperti dalam kesedihan. Apa yang dah jadi? Aku tengok Lisa tunduk je tak cakap sepatah apa.

Kami pun bertolak dari UK menuju ke Malaysia sebelum subuh. Serius, aku memang tak rase apa-apa masa tu. Cuma orang disekeliling aku asyik memerhatikan kami berdua! Aku cepuk juga depa ni! Sebok hal orang! Aku tidur sambil memeluk Lisa. “Ting…ting…Ladies and gentlemen, in another 15 minutes we will landing…” Aku terjaga dari tidur, kejap lagi nak landing. Aku pandang di sebelah untuk melihat Lisa. Aik? Lisa mana? Mungkin dia dekat tandas kot. Sampailah kami mendarat dengan selamat di airport. Penumpang-penumpang semua dah turun. Aku masih lagi duduk tercari-cari Lisa. “Miss boleh tanye? Ade tak nampak seorang perempuan yang duduk di sebelah seat saya ni? Dari tadi tak nampak-nampak” pramugari tu memandang aku lain macam? “Actually sir, masa kita boarding tadi sir duduk seorang sahaja di seat ini tiada orang lain” Aku menjadi bingung dengan jawapan yang diberikan itu. Serabut aku rasa masa tu! Aku tak puas hati dan menelefon ayah dan ibu Lisa. “Pakcik, Lisa mana pakcik? Lisa ade dengan saya masa naik flight tadi, sekarang ntah dia g mana” “Kamu tunggu di situ, nanti pakcik ambik kamu”

Aku pun tak cakap banyak, aku keluar dari flight dan ambik barang-barang aku. Sementara menunggu ayah Lisa, aku cuba telefon Lisa. Tak jawab-jawab! Kenapa dengan semua orang ni? Ade sesuatu yang aku tak tahu ke? Apa yang dah jadi? Aku nampak Ayah lisa tiba di airport dan memeluk aku dengan erat. “Kamu sehat? Macam mana kerja kamu di UK?” “Alhamdulillah semua ok je pakcik. Lisa mana pakcik?” Ayah lisa sentap, seakan-akan menahan tangisan yang terukir di wajahnya! Kami pun bergerak dari airport itu dan menuju ke rumah Lisa. Aku lihat, keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu rumah. Aku lihat, sekujur tubuh sedang ditutupi oleh sehelai kain. “Apa semua ni pakcik? Makcik? Lisa mana? Lisa mana?” “Lisa dah takde nak, baru tadi dia meninggal. Kami taknak kamu terganggu dengan urusan kerja kamu” jawab ibu Lisa. Aku terpaku dan terkesima dengan jawapan yang diberikan itu. Selama seminggu aku berada di UK, aku tinggal dengan siapa? Bukan ke itu Lisa? Aku tak percaya, aku bergegas bukak kain itu. Allahu! Ternyata sekujur tubuh yang tidak bernyawa dan terbaring itu adalah kekasih ku Lisa! “Sabarlah nak, pakcik dan makcik nak minta maaf tak beritahu kamu hal yang sebenarnya. Seminggu sebelum tu, sakit Lisa semakin teruk selepas balik dari hospital. Dia asyik sebut tentang kamu. Dia kata dia nak ke UK untuk bertemu dengan kamu, tapi keadaan dirinya ini tidak mengizinkannya untuk ke sana bertemu dengan kamu” 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *