Advertisement

Advertisement

Wednesday, September 27, 2017

KISAH SERAM: C.E.R.M.I.N (Bahagian ||)

Suasana pada malam itu sangat sejuk dan bernyamuk! Aku rase takleh tido masa tu. Aku nampak member aku ni sedap je tido. Mungkin disebabkan kepenatan. Aku bangkit dari tidur dan melihat keadaan di luar rumah. keadaan hujan masih lebat di tambah lagi dengan kabus menyukarkan pemandangan. Aku berdiri dan bersandar di ruangan pintu itu menghadap mereka yang sedang dibuai tidur sambil memikirkan masalah ini. Tetibe aku rase ade sesuatu yang tak kena! cermin antik itu seperti bergerak-gerak! Aku tak salah pandang ke? Kilat sambung menyambung, melalui pancaran cahaya kilat yang pantas itu aku terlihat satu susuk tubuh wanita, wajahnya ditutupi oleh rambutnya yang panjang, sedang keluar, perlahan-lahan dari cermin itu! Ya allah, benar kah ape yang aku nampak ni? Aku menjerit memanggil member ku “Man! Fiq! Bangun oi bangun!” “Ape hal ni zim? Kau tak tido lagi ke?” Aku terpaku melihat wanita itu tadi berdiri di belakang kawan ku! “Lariiii! Lariiii dari situ! Hantu!” Aku seakan-akan tak mempercayai dengan apa yang aku lihat ketika itu! Aku rebah terjatuh menunding jari ke arah wanita itu! Aku merangkak ketakutan keluar dari rumah itu, mengarahkan sahabat ku untuk lari bersama ku! Belum sempat Aiman mengetahui hal sebenar, kakinya ditarik dan masuk ke dalam cermin itu bersama wanita itu!


Afiq sempat berlari keluar dari rumah itu dan menarik tangan ku untuk lari bersama-sama! Kami kebingungan, tak tahu menuju ke arah mana, semuanya aku lihat sama! Ditambah lagi dengan hujan yang lebat dan berkabus! Keadaan menjadi lebih cemas bila aku lihat Afiq terjatuh dan seperti ditarik oleh sesuatu! Aku terus berlari tak tentu arah dan meninggalkan tempat itu, menjerit untuk meminta pertolongan! “Tolongggg! Tolongggg! Tolonggg!” aku berlari dan terus berlari jauh meninggalkan sahabat ku dan rumah tinggal itu. Aku terlihat satu cahaya lampu, seperti lampu suluh! Mungkin itu guider kami! Aku menuju ke arah cahaya itu. Memang benar sangkaan ku, En Tapuh sedang menyuluh-nyuluh, memakai pakaian hujannya dan kebetulan bertujuan mencari kami. “Eh! Kamu kenapa? Mana sahabat kamu yang lain? Puas pakcik cari kamu tak jumpa-jumpa!” “Tolong saya pakcik! Kawan-kawan saya…. Kawan-kawan saya! Diorang kena tarik dengan hantu! Dekat rumah tinggal tu” En Tapuh seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku katakan! “Setahu pakcik, mana ada rumah di hutan ni? Takpa mari tunjukkan pakcik di mana rumah itu”

Aku dan En Tapuh bergegas menuju ke tempat itu, keadaan cuaca yang sangat berkabus itu menyukarkan kami menjumpai tempat itu. Setelah puas mencari, akhirnya kami berjaya menemui rumah itu. “Dimana sahabat kamu?” “Did…Did…. Rasanya diorang kena cekup dengan hantu tu dekat dalam cermin!” Aku tergagap-gagap dan sangat takut pada masa itu. En Tapuh kemudian menghampiri cermin itu lalu menyentuh dan mengangkat cermin itu dan meletakkan di atas lantai. Beliau kemudian duduk bersimpuh dihadapan cermin itu, kelihatan seperti beliau berkomunikasi dengan cermin itu dalam bahasa asing! Sepatah apa aku tak tahu. Terlihat dari sepintas cahaya kilat pada ketika itu, wanita itu tadi berdiri dihadapannya! Wanita itu duduk memandang En Tapuh dengan renungan yang sangat menakutkan! Rambutnya panjang! Kukunya tajam! Menyentuh tubuh En Tapuh! Aku menyaksikan sendiri pada ketika itu. Aku terdiam seperti patung, tak tahu untuk melakukan apa-apa.


En Tapuh kelihatan tenang, sedikit pun tidak gentar! Beliau membaca jampi serapahnya. Aku seakan-akan tak percaya pada masa tu, sedikit demi sedikit Aiman dan Afiq keluar dari cermin itu dengan perlahan-lahan dan kemudiannya terbaring di atas lantai, tidak sedarkan diri! Lembaga itu mengundurkan dirinnya ke belakang dan lenyap! En tapuh kemudian meletakkan semula cermin itu di atas dinding. Wanita itu memunculkan dirinya semula lalu masuk ke dalam cermin itu. Aku kebingungan melihat kejadian itu, benarkah apa yang aku lihat ini? “Mari sini, tolong pakcik, kita bawa mereka ke hospital” Kami bergegas pergi dari tempat itu. Sehingglah kami tiba di hospital dan rakan-rakan ku dibawa ke wad kecemasan. Aku duduk di kerusi bersama-sama En Tapuh dan Mr Ravesh. Aku hanya mendiamkan diri, trauma dengan kejadian tadi. “Nasib baik lah kita sempat menuju ke situ. Kamu nak tahu apa yang akan jadi sekiranya kita lambat ke sana” En Tapuh menyoal ku. Aku seakan-akan bingung dengan soalan yang diajukan itu… “Tadi pakcik bercakap-cakap dengan wanita itu, dia mahu menjadikan rakan-rakan kamu sebagai penemannya. Wanita itu hampir-hampir ingin memecahkan cermin itu, sekiranya cermin itu pecah, rakan-rakan kamu akan terperangkap selama-lamanya bersama wanita itu…”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *